Sunday, May 17, 2015

Rohingya The Forgotten People


Salam satu perpaduan sahabat2 yg dihormati,

Mana PBB, OIC dan Badan2 besar yang laungkan hak asasi manusia dalam isu kemanusiaan Rohingya? Ratusan ribu dibunuh secara kejam oleh pihak yg tiada perasaan kesian. Wanita dan anak2 kecil juga mangsa pembunuhan kejam dalam sejarah moden dunia. Tapi kenapa semua negara mengambil pendekatan berdiam diri ibarat tiada apa yg berlaku pada umat Islam di Rohingya? 


Ya Allah, kau selamatkan lah umatmu, kau bukakanlah hati pemimpin2 islam seluruh dunia utk hentikan kekejaman terhadap manusia. Semoga Allah SWT permudahkan segalanya buat umat Islam seluruh dunia terutama yg ditindas secara kejam.


Armand Azha Hj Abu Hanifah
#Pray4Rohingya
#Unite4Peace
#BrigedPrihatin
#SAM1MPrihatin

Mohon UITM berikan peluang pada anak muda Muhd Hasrul!!!



Saya secara peribadi tidak setuju pelajar UITM ini digantung selama 2tahun kerana selfie ketika konvo.

Pelajar ini masih muda dan tidak lari drpd melakukan kesilapan. Beliau juga dah dapat Diploma Fotografi sayang jika beliau digantungkan. 

Kesian anak muda melayu ni. Jika salah pun berikan amaran pada beliau kerana kesilapan beliau, tapi sehingga digantung rugi pada beliau serta keluarga beliau yg pasti sedih dapat berita anak mereka digantung. 

Saya rasa terpanggil bila pelajar tersebut Muhammad Hasrul Haris Mohd Radzi, 21 telah digantung pengajian selepas perbuataannya itu dianggap sebagai tidak menghormati etika majlis konvokesyen.


“Saya minta maaf jika tindakan saya ‘selfie’ atas pentas ketika istiadat konvokesyen berlangsung memalukan Universiti Teknologi Mara (UiTM), saya tidak mampu mengawal perasaan teruja dan seronok selepas menerima segulung diploma,” ujarnya.

Saya dengan rendah diri mohon jasabaik Naib Canselor UiTM Tan Sri Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar untuk mempertimbangkan isu ini atas dasar anak bangsa bumiputra. Berikan peluang beliau utk meneruskan pendidikan beliau di UITM. Anak muda tidak lari drpd melakukan kesilapan tapi kita yg menentukan bagi hala tuju masa hadapan mereka.

Ikhlas hati
Armand Azha Hj Abu Hanifah
Exco Pemuda UMNO Malaysia

Friday, May 15, 2015

XPDC mendaki Gunung Nuang Briged Kesatria Pemuda Selayang

Assalamualaikum dan salam 1perjuangan sahabat2 yang dihormati.



Saya ingin mengucapkan tahniah pada Sdr Nazri Ketua Pemuda UMNO bahagian Selayang , barisan exco beliau dan pemuda Selayang seramai 150orang yg bersama2 bagi XPDC Briged Kesatria Muda Menawan Gunung Nuang.


Misi bermula pada jam 3.30ptg dtapak checkpoint pertama. Para
peserta diberikan taklimat oleh ketua trekker abg Zali yg cukup berpengalaman mengenai keselamatan dan apa yg perlu dilakukan sepanjang XPDC. 

Peserta dibahagikan kepada 3kumpulan untuk mula pendakian. Kumpulan pertama bergerak pada jam 4ptg diikuti kumpulan kedua pada jam 5ptg dan kumpulan ketiga pada jam 6ptg.

Saya dan sdr Nazri diletakkan pada kumpulan ketiga kerana utk memastikan tiada mana2 perserta tertinggal sebelum tiba di tapak perkhemahan pertama.


Ianya suatu pengalaman yg tidak akan dilupakan oleh saya. Pendakian mengambil masa lebih 2.1/2 jam. Dalam keadaan trek yang agak lembap kerana hujan diawal pagi, ianya tidak mematahkan semangat para peserta utk meneruskan XPDC. Saya nak ucapkan tetima kasih pada sdr Nazri yg begitu konsisten dan prihatin utk berikan motivasi serta semangat pada semua pemuda beliau ketika XPDC. Keadaan dalam hutan pada jam 7mlm sudah gelap tetapi kerana amanah dan tanggungjawap ianya harus diteruskan juga secara berpasukan.


Pasukan kami tida di tapak perkhemahan pada jam 8.30mlm dalam keadaan selamat dan dimaklumkan semua peserta juga selamat sampai. Para peserta terus diarahkan membuat khemah  dan masak bagi makan malam sebelum sessi motivasi dan  perlancaran Briged Kesatria Muda pergerakan pemuda UMNO bahagian Selayang.


Selepas khemah dan makan malam selesai pada jam 9.45mlm selepas ucapanmotivasi oleh barisan kepimpinan pemuda bahagian bermula dengan ucapan Pengerusi Briged Kesatria Muda bahagian Selayang diikuti ucapan pembakar semangat oleh sdr Nazri selaku Ketua Pemuda UMNO bahagian Selayang dimana dimaklumkan daripada 150orang peserta ada lebih kurang 35orang merupakan ahli pemuda UMNO yang baru dan ini merupakan program pertama mereka. Ini merupakan salah satu inisiatif yg baik drpd kepimpinan Pemuda Selayang.

Saya diberikan penghormatan utk berikan ucapan perasmian jentera Briged Kesatria Muda pada jam 10.30mlm. Pemuda2 Selayang walaupun dalam keadaan kepenatan tapi masih mempunyai semangat yg tinggi dan berkobar2 sepanjang ucapan saya.

Saya merasmikan Briged Kesatria Muda Selayang tepat pada jam 11.30mlm dengan laungan "Kita1Hati" , "BrigedGempur" dan "HidupUMNO".
















Sekali lagi saya nak ucapkan tahniah pada kepimpinan pemuda UMNO bahagian Selayang atas program yg cukup berjaya.

Pagi ini mereka akan meneruskan XPDC menawan puncak Gunung Nuang yang akan mengambil masa 4jam perjalanan daripada tapak perkhemahan.

Saya doakan yang terbaik dan kejayaan bagi semua perserta XPDC serta barisan kepimpinan Pemuda UMNO Bahagian Selayang.

Teruskan perjuangan yg belum selesai



Monday, April 20, 2015

Hang Tuah atau Hang Jebat?


Malam ini tertarik saya mengenai laksamana melayu yg hebat,

Kisah Hang Tuah dan Hang Jebat, Siapa benar ? 

Ramai ada pendapat berbeza mengenai tajuk di atas, kita perlu melihat 'Perjanjian Demang Lebar Daun dengan Sang Sapurba' terlebih dahulu. Perjanjian ini dibuat sebelum kedatangan Islam ke Melaka. 

Perjanjian di antara Demang Lebar Daun dan Sang Sapurba adalah satu ikatan perjanjian yang melahirkan konsep bersultan dan berhamba dalam masyarakat Melayu Beraja (Darmabakti, 1990). Konsep perjanjian itu adalah daulat dan derhaka di mana rakyat tidak derhaka kepada raja walaupun raja itu zalim dan jahat. Begitu juga halnya dengan Raja, tidak berbuat zalim kepada rakyat. Seperti yang tercatat dalam Sejarah Melayu :

"Barang siapa mengubahkan perjanjian itu dibalikkan Allah bumbung-nya ke bawah, kaki tiangnya ke atas,"


Perjanjian Demang Lebar Daun dengan Sang Sapurba seperti yang dicatatkan dalam Sejarah Melayu adalah seperti berikut :

Sembah Demang Lebar Daun : "Adapun Tuanku segala anak cucu patik sedia akan jadi hamba ke bawah Duli Yang Dipertua: hendaklah ia diperbaiki  oleh anak cucu duli Tuanku. Dan jika ia berdosa, sebesar-besar dosanya pun, jangan difadihatkan, dinista dengan kata-kata yang jahat: jikalau besar dosanya dibunuh, itupun jikalau berlaku pada hukum Syarak,"

Titah Sang Sapurba : "Hendaklah pada akhir zaman kelak anak cucu bapa hamba jangan derhaka pada cucu kita, jikalau zalim dan jahat sekalipun,"

Maka sembah Demang Lebar Daun :
"Baiklah Tuanku, tetapi jikalau anak buah Tuanku dahulu mengubahkan dia, maka anak cucu patik pun mengubahkanlah,"

Apa yang kita boleh simpulkan daripada perjanjian di atas adalah, Raja tidak boleh berbuat zalim kepada rakyatnya, begitu juga dengan rakyat, rakyat mesti patuh dan taat setia kepada Raja walaupun Raja itu zalim atau jahat. Apabila Hang Tuah difitnah oleh Pati Karma Wijaya, Sultan Melaka tanpa usul periksa telah menjatuhkan hukuman bunuh kepada Hang Tuah. 


Pada saat inilah muncul Hang Jebat bangkit menuntut keadilan. "Raja Adil Raja disembah, Raja Zalim Raja disanggah," Berbalik kepada perjanjian di atas, ternyata Raja yang dahulu telah mengubahnya, tanpa usul periksa, baginda menjatuhkan hukuman bunuh kepada Hang Tuah walau pun sebelum ini Hang Tuah begitu setia dengan Sultan Melaka. 

Hang Tuah sanggup berkorban mempersembahkan kekasihnya iaitu Tun Teja kepada Sultan Melaka. Namun, Sultan tidak mengenang jasa-jasa Hang Tuah. Hang Jebat pula menuntut keadilan, mengamuk dan menyerang istana, sehinggakan Sultan menyesal dengan peristiwa itu. "Kalaulah Hang Tuah masih ada, sudah pasti kekacauan ini tidak akan berlaku," kata Sultan Melaka. Kemudian, Bendahara Melaka telah menjelaskan kepada Sultan bahawa Hang Tuah sebenarnya masih hidup. 


Selepas itu, Sultan memohon maaf kepada Hang Tuah dan menitahkannya agar membunuh Hang Jebat yang derhaka. Sebelum pertikaman di antara Hang Tuah dan Hang Jebat, Hang Tuah cuba memujuk Hang Jebat supaya memohon maaf kepada Sultan.

"Di daku tak ada erti menyesal Tuah. Aku berbuat atas keyakinanku, sebab Tuah atas nama persahabatan dan persaudaraan kita dan untuk apakah kesal itu bagiku kalau ia akan berbalik pula padamu kalau nanti kau akan membunuhku? Ya, barangkali benar kematianku ditanganmu, Apakah yang akan ku kesalkan pula, malah kalau nanti aku pula yang membunuhmu? pahlawan yang berbuat atas keyakinannya, percayalah Tuah, aku tak pernah menyesal," Kata Hang Jebat.

"Baiklah Hang jebat derhaka, aku tahu kau memang begitu dan untuk itu bukalah pintu supaya aku boleh naik dan bertikam denganmu," Jawab Hang Tuah.

"Engkau tidak berdosa memang ku akui Tuah, tapi taat setiamu itu menyebabkan aku tertawa dan begitu anehnya ku rasakan sekarang ketika orang yang menitahkan kematianmu kau junjung dengan segala kerelaan: seperti kau menjunjung titahnya sekarang untuk membunuh orang yang membela kematianmu," sahut Hang Jebat. 

"Aku datang tidak untuk mempertengkarkan siapa membela dan siapa menitahkan, aku datang untuk menentukan, menghukum, yang diwakilkan padaku untuk baginda menamatkan hidupmu yang telah derhaka," Hang Tuah melompat ke dalam. Kemudian, pertikaman telah tercetus di antara mereka berdua. Akhirnya, Hang Jebat rebah ditusuk Hang Tuah dengan keris Taming Sari.

Pada zaman sekarang, ajaran Agama Islam adalah tunggak dalam kehidupan, di mana Allah s.w.t adalah tempat kita memohon perlindungan dan menumpahkan taat setia kepada-Nya. Hang Jebat telah melangkaui zaman, sedangkan perjanjian itu hanyalah dibuat sebelum kedatangan Islam. 

Oleh itu, dalam hal ini untuk menentukan siapa benar dan siapa salah, biarlah kita menjawab dengan "Mata Hati" kita. Semoga kita mendapat pengajaran dan iktibar daripada kisah ini.


Siapa dalam diri kita Hang Tuah Atau Jebat?

Rujukan :

A. Samad Ahmad (2008). Sulalatus Salatin Sejarah Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Darmabakti (1990). Sejarah Melayu. Negeri Sembilan : Minerva Publications.

Mana Sikana (1984). Keris Laksamana Bentan. Selangor : Penertbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.



Saturday, April 18, 2015

Sport Unite Us As One,


Salam sahabat2 yang dihormati,

Semalam perlawanan diantara dua kelab bola terbaek EPL Chelsea menentang Manchester United.

Sepertimana yg kita tahu, bila sebut team Chelsea nama pemimpin yg konsisten bersama CFC Malaysia adalah Ds Ismail Sabri dimana beliau merangkap penaung CFC Malaysia manakala bila kita sebut team Manchester United selalunya nama yg akan naik pasti Khairy Jamaluddin  (KJ) yang dilihat konsisten dlm sokongan pada Man U baik ketika diatas dan ketika dalam keadaan yg tidak baik kerana beliau berpegang pada konsep SETIAKAWAN.

Seperti mana yang kita tahu kedua2  menteri ini mempunyai aura tarikan tersendiri dimedia sosial. Ini bermula dgn gerakan penyokong team masing2 dimedia sosial yg mahu kedua2 mereka hadir bagi tontonan big screen.

Bermula ngan gerakan fans dimedia sosial akhirnya dijawap oleh Ds Ismail Sabri dimana beliau bersetuju untuk hadir bersama Soljabiru malah mencadangkan lokasi bagi big screen malah telah mencabar KJ utk hadir di media sosial.

Tidak lama selepas itu KJ menerima cabaran tersebut utk hadir bersama Gerakan Evolusi Manchester United Kelab atau singkatanya GEMUK.


   

Kehadiran kedua2 pemimpin bersama fans mereka begitu meriah sejak mula hingga akhir perlawanan dimana dimenangi oleh Chelsea 1-0.

Sikap kedua2 fans menunjukkan semangat  kesukanan yg begitu tinggi walaupun bersaing tetapi apabila wisel penamat dibunyikan kedua-dua fans begitu matang bersalaman dan mengucapkan tahniah pada pemenang perlawanan.

Tahniah saya ucapkan pada kesemua yg hadir terutama fans club yang begitu bersemangat sebelum perlawanan sehingga keakhir perlawanan.

Sekali lagi boleh saya nyatakan bahawa "Sukan Boleh Satukan Negara"

Pada kedua pemimpin yg konsisten bersama FC mereka , Ds Ismail Sabri dan KJ teruskan mendekati generasi muda baik dalam bandar mahupun luar bandar melalui sukan.

Sport Unite Us As One,











Thursday, April 16, 2015

"Jika ular menyusur akar, tidak akan hilang bisanya

Salam sahabat2 yg dihormati,

Ramai tanya saya prinsip dlm diri saya. Bagi saya kita harus senantiasa ingat asal usul kita dan jangan kita malu,

"Jika ular menyusur akar, tidak akan hilang bisanya"

-Persamaan ngan gerakan team pisang-

Orang yang mulia, berpangkat tinggi atau berkuasa tidak akan hilang martabatnya jikalau merendah diri ataupun bergaul dengah orang kebanyakan

Walau bagaimana tinggi pangkat sekalipun, seseorang itu hendaklah bersikap merendah diri dan bergaul dengan orang lain kerana jika ular menyusur akar, tidak akan hilang bisanya

Saya senantiasa ingatkkan diri saya sendiri mengikut kata2 seperti diatas.


Pegang saya dalam dunia politik banyak saya dapat nasihat drpd hero saya iaitu arwah bapa saya Hj Abu Hanifah Bin Nek dimana mengingatkan saya semasa baru nak bertatih dalam dunia politik suatu masa dahulu.

"Biar orang buat kita, jangan kita buat orang armand"

"Bila kita maju senantiasa ikut resam padi armand, lagi berisi makin menunduk kemuka bumi"

"Senantiasa ingat asal usul kita armand"

"Sabar dalam apa jua cabaran armand, bukan mudah nak senangkan hati semua  orang dan bukan semua orang akan suka kita walau macamana baik pun kita buat kerja. Tapi Armand senantiasa berterima kasih pada yg selalu bersama dan sokong pasal merekalah sebenarnya kekuatan kamu"

"Kita bukan orang kaya, usaha kena kuat Armand"

Ni lah kata2 yg saya senantiasa pegang dlm diri saya..


Ini kata2 yg saya senantiasa pegang dalam diri saya utk terus menghadapi dunia perjuangan ini. Sama3 kita terus ngan agenda perjuangan anak bangsa dan martabat agama islam.


Walaupun dunia kian mencabar dan maju kehadapan tapi jangan sesekali kita lupa pada asas perjuangan kita.


Sama2 kita senantiasa berdoa dan bersyukur kehadrat Allah SWT. Terima kasih pada isteri, anak2 , keluargaku , sahabat2 seperjuangan diseluruh negara, kekanda2 , ayahanda2 , otai2 yang senantiasa menyokong serta sumber kekuatan ku utk terus bawa obor perjuangan ni kehadapan.

Berkata benar walaupun ianya pahit.

Armand Azha Hj Abu Hanifah
Drpd Akar Umbi Utk Akar Umbi
Aku Anak Kampung
Kita1Hati
Team Pisang