Wednesday, January 30, 2013

Kepimpinan PAKATAN Tak Layan Majlis Syura






KITA PUNYA AKAL DAN FIKIRAN YANG MATANG UNTUK MENILAI MANA BAIK DAN MANA TIDAK. NILAIKAN JANJI-JANJI PAKATAN PADA PRU12 YANG LALU SEHINGGA KINI HANYA JANJI.

KINI PRU13 SEKALI LAGI MEREKA MENJANJIKAN LANGGIT DAN BUMI PADA RAKYAT.
KITA SEBAGAI RAKYAT NILAIKAN MANA JANJI LAMA?
NI NAK BERJANJI YANG BARU PULA.

KITA PILIH KERAJAAN KERANA DASAR DAN JANJI YANG DITEPATI BUKAN KERANA NAFSU KEBENCIAN YANG AKHIRNYA YANG RUGI GENERASI ANAK CUCU KITA YANG AKAN DATANG.
LEE KUAN YEW GUNA STRATEGI INI DAHULU DI SINGAPORE
KINI DAP GUNA PAKAI CARA SAMA DI MALAYSIA
KALAU NIK AZIZ PAKAI KETA MEWAH TAK SALAH
TAPI KALAU PEMIMPIN BN PAKAI SALAH
KALAU NEPOSTISMA DALAM PAKATAN TAK SALAH
KALAU DALAM BN SALAH
POLITIK HALALKAN CARA
PAS ANGKAT PERJUANGAN IFC KERANA KUASA


PRU13 RAKYAT MALAYSIA YANG MATANG MENILAI
WAJIB TOLAK PAKATAN

NILAIKAN GERAK KERJA YAB DS NAJIB YANG KONSISTEN BANTU RAKYAT SEJAK PEGANG TAMPUK PEMERINTAHAN NEGARA SEHINGGA KINI .

PELBAGAI TRANSFORMASI NEGARA YANG SUDAH DILAKSANAKAN PADA RAKYAT DALAM MASA 4 TAHUN. BAYANGKAN JIKA KITA TERUS BERIKAN MANDAT PADA BELIAU PADA PRU13 AKAN DATANG.




SAYA YAKIN NEGARA DAN RAKYAT AKAN SEIRING MAJU KEHADAPAN KEARAH NEGARA BERPENDAPATAN TINGGI DAN MAJU..

PRU13 SAYA PILIH BN.

Tuesday, January 29, 2013

TUN M NAK PERPADUAN MCM HAMAS DAN FATAH



Pas perlu melihat penyertaan bekas timbalan presiden parti itu, Nasharuddin Mat Isa ke Gaza sebagai model kerjasama antara kerajaan dan pembangkang sebagaimana harapan melihat kerjasama antara Hamas dan Fatah.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, keputusan memecat Nasarudin, yang juga Anggota Parlimen Bachok, daripada Majlis Syura Pas.


Katanya ia seharusnya dijadikan model kerjasama untuk orang melihat umat Islam Malaysia walaupun pembangkang tetapi boleh bekerjasama dengan kerajaan demi membawa mesej keamanan sejagat.





"Sebaliknya Pas tak suka lihat ada orang Pas bekerjasama dengan BN (Barisan Nasional) untuk jadi contoh dua pihak (Fatah dan Hamas)...kalau kita sendiri tak boleh berdamai macam mana kita nak suruh orang berdamai," katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku 'Malaysia-Thailand Joint Authority (MTJA)-Strength In Collaboration' di sini, hari ini.


Ditanya jika Nasharudin perlu mengubah platform perjuangan iaitu keluar daripada Pas, Mahathir berkata: "Itu terpulang kepada dia."


Ahad lepas, Setiausaha Majlis Syura Datuk Nik Zawawi Nik Salleh berkata, Nasharuddin digugurkan kerana didapati melanggar peraturan berjamaah seperti ditetapkan Majlis Syura, dan keputusan dibuat pada 13 Januari lepas dalam mesyuarat yang dipengerusikan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

BANTUAN LESEN 1MALAYSIA (BL1M) PEMUDA BN WALK THE TALK




JUTAAN TAHNIAH PADA PERGERAKAN PEMUDA BN, SEKALI LAGI SECARA KONSISTEN MEMBANTU TERUS MENYELESAIKAN PERMASALAHAN ORANG-ORANG MUDA. PEMUDA BN WE WALK THE TALK.
OBJEKTIF UTAMA BL1M
•Menggalakkan pemilikan lesen pemanduan yang sah
•Membantu BELIA yang amat memerlukan lesen tetapi kurang mampu
•Memberi pendidikan tentang undang-undang jalanraya serta membina etika pemanduan berhemat
•Mengelakkan pihak ketiga bagi mengambil keuntungan yang melampau dari Institut Memandu
•Merealisasikan hasrat kerajaan untuk mencapai kadar kemalangan jalanraya yang minimum.
•Memberikan lesen kepada penunggang motosikal secara diskaun diakhir kursus pemanduan mereka

Syarat Kelayakan
·    Semua warganegara MALAYSIA berumur di antara 17 hingga 40 tahun pada atau selepas 01 Januari 2013
·   Tidak pernah memiliki sebarang jenis kelas lesen memandu
·   Hanya sah untuk lesen Kelas B2 sahaja
·  Sihat tubuh badan
·  Menepati semua kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak Penganjur dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ)
·  Dikenakan yuran sebanyak RM199.00 (dibayar semasa program pendaftaran dijalankan secara Money Order pada ‘My E.G. Services Berhad’)
·  Sila bawa kad pengenalan asal semasa proses pendaftaran.
·   Menduduki semua ujian yang ditetapkan oleh pihak JPJ

Cara Permohonan BL1M Bantuan Lesen 1Malaysia

1. Untuk membuat permohonan, sila dapatkan borang dengan klik pada laman dibawah:
·                     http://www.bl1m.my/daftaronline.html  (Borang BL1M Online) atau
·                     http://www.myeg.com.my/bl1m/main.html



2. Pemohon berdaftar akan menikmati yuran diskaun untuk lesen motosikal kelas B2 yang mana mereka hanya perlu membayar sebanyak RM199.00.

3. Bantuan adalah penuh dan melibatkan ujian teori undang-undang secara komputer, latihan,ujian praktikal dan sebagainya.

Contoh Borang Online BL1M
Nota: Sekiranya anda tidak dapat akses borang tersebut melalui link yang telah diberikan. Ini berpunca dari server yang agak sesak ketika ini.



 Tarikh Keputusan Permohonan BL1M
Keputusan pendaftaran kini boleh disemak secara online. Cara semakan online adalah tertera seperti pada contoh dibawah.

Cara Semakan BL1M Online
Semakan boleh dibuat dilaman http://www.bl1m.my/daftaronline.html
Sila masukkan kad pengenalan untuk tujuan semakan. Harap Maklum


Lokasi Penggunaan BL1M
Program ini akan dijalankan di mana-mana Institut Memandu yang dilantik oleh Parlimen berdekatan kawasan tuan/puan.

Tarikh Pendaftaran BL1M

Pihak BL1M sedang menjalankan proses pendaftaran secara online sekarang. Pendaftaran berserta bayaran akan di mulakan sebaik sahaja YAB Perdana Menteri melancarkan secara rasmi program sebelum hujung bulan Januari 2013. Tempoh penyertaan akan berjalan selama 2 minggu selepas tarikh pelancaran berkenaan.



BN PILIHAN ORANG MUDA

Monday, January 28, 2013

MALAYSIA PALESTINE YOUTH MOVEMENT


COMING SOON 1st Conference And Forum - Evolution 4 Palestine By Malaysia Palestine Youth Movement 28th Feb Till 3rd March 2013


Malaysia
 Palestine
 Youth
 Movement
 Organization (MPYM)
 quickly
 recognized
 that presenting papers
 and ideas
 alone
 would
 not
 be
 enough to convince decision makers about the validity and
 practicality
 of
 our
 ideas


Instead, 
 we
 must
 focus
 on
 presenting
 concrete achievements through communitybased actives, which are an important component of the Youth Development
 program
 to enhance,empowering
 and
 upgrading
 system
 of
 living
 for
 Palestinians
 Youth
 generation.
 These
 3
 Major
 Divisions
 will
 help Palestinians youth to build their leadership capacities, skill
 and giving
 them confidence.

Malaysia
 Palestine
 Youth
 Movement
 (MPYM)
 will
 improve
 the economic
 and
 social
 conditions
 of
 the
 Palestinian people by identifying their social and
 economic
 needs
 and
 by
 establishing
 concrete
 projects to that end. 


MPYM
 is
 a
 responsive
 development
 agency
 that
 works
 together
 with
 the

Palestinian
 Youth 
Leaders
 and
 members
 from 
OIC, 
Hamas,
 Fatah
 and
 Local
 NGOs
 to
 fulfill
 their
 aspiration
 for
 sustainable
 human
 development
 based
 on
 self determination, 
 equality
 and
 freedom.



The
 
move
 towards
 an
 action
 plan
 that
 will
 be
 announced
 ager
 the
 conference.
 In
 addition
 it
 will
 include
 clear
 steps
 to
 enable
 the
 participants
 to
 continue
 building
 a
 working
 relationship
 and
 building
 a
 collective
 experience.
 A
 follow
 up
 commiVee
 will

be
 formed
 at 
the 
end
 of
 the
 conference,
composed
 ofMPYM
 members
 to
 ensure
 the
 action
 plan
 is
 carried 
out.

Logo
 

No
 matter 
who
 you
 are what 
race, religion, 
caste
 or
 Gender no
 matter
 where
 you
 live, each 
one 
of
 us
 has
 the
 right
 to 
live 
in
 freedom,
dignity
 and
 peace.




Achieving 
the 
goals 
will
 put 
us
 on
 a 
fast 
track 
to
 a
 world 
that
 is
 more 
stable 
and 
more
 secure.
 Billions
 of 
people 
are
 looking
 to
 the
 international 
community 
to 
realize
 the
 great
 vision
 embodied
 in
 the
 future.


Let 
us 
keep
 that
 promise.
If
 we 
form
 strong
 global
 partnerships,
if
 we
 support
 what
 works, 
if
 we
 back
 people
 of
 vision
 and
 action 
we
 can
 meet
 the
 achievement 
and
 success.







We Walk The Talk.COMING SOON 1st Conference And Forum - Evolution 4 Palestine By Malaysia Palestine Youth Movement 28th Feb Till 3rd March 2013

SAMBUTAN WIRA NEGARA KEMBALI KE TANAH AIR



Lebih 10,000 rakyat berbilang kaum termasuk menteri Kabinet dan orang kenamaan hari ini membanjiri Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi menyambut kepulangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.


Kehadiran mereka bagi menunjukkan sokongan kepada Perdana Menteri yang  mengadakan lawatan ke Semenanjung Gaza Selasa lalu sebelum menghadiri mesyuarat tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2013 di Davos, Switzerland.






Ketibaan Najib yang diiringi isterinya Datin Seri Rosmah Mansor pada kira-kira 11.05 pagi, disambut Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Timbalan Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam dan Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk Seri M. Kayveas.



Kenamaan lain termasuk Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Maglin Dennis D'Cruz, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.





Orang ramai yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur turut membawa sepanduk dan kain rentang, antaranya bertulis  "Selamat Pulang Pejuang Umat", "PM Wira Negara", "We Are Proud To Have A Brave PM" dan "We Love PM".

Dalam ucapannya, Najib berkata beliau terharu atas sambutan yang tidak disangka itu dan merestui perhimpunan tersebut kerana ia sebenarnya menunjukkan komitmen rakyat Malaysia yang tidak berbelah bahagi terhadap perjuangan rakyat Palestin.


Katanya beliau mengambil keputusan untuk melakukan lawatan ke Gaza bagi menyampaikan pendirian rakyat serta melihat sendiri keadaan di kawasan tersebut.

"Kita dah hulur derma, NGO (badan bukan kerajaan) kita sudah pergi ke bumi Palestin, tetapi kita atas nama kerajaan Malaysia, atas nama rakyat Malaysia, atas nama BN, belum lagi sampai ke bumi Palestin," katanya.


Najib berkata walaupun dalam tempoh lawatan yang singkat, beliau sempat dibawa melihat sekitar Gaza yang penduduknya padat dan daif, serta melihat kemusnahan akibat serangan Israel terhadap bangunan kerajaan, masjid dan stadium yang semuanya tidak mempunyai 'kepentingan ketenteraan'.



Beliau berkata serangan seperti itu bertujuan untuk meningkatkan penindasan dan cengkaman terhadap rakyat Palestin,serta meruntuhkan semangat mereka, justeru itu amat penting untuk pergi ke sana dan menyampaikan mesej bahawa mereka tidak berseorangan dalam perjuangan itu.

"Ada orang kata kita patut melakukan apa saja untuk menentukan keselamatan Israel, tetapi bagi kita, bagi rakyat Malaysia, bagi BN, bagi kerajaan, yang kita pentingkan adalah rakyat Palestin mesti mendapatkan hak asasi dan kedaulatan serta keselamatan yang terjamin," katanya.



Najib berkata penubuhan kerajaan perpaduan di antara Hamas dan Fatah adalah penting bagi memastikan perjuangan mereka di bumi Palestin mencapai kejayaan. 

"Ingatlah bahawa tunjang kepada segala-galanya adalah perpaduan, perpaduan itu amat penting. Pengajaran kepada kita di bumi Malaysia ini juga, perpaduan adalah tonggak kepada segala-galanya.



"Kita boleh beri sokongan moral, kewangan dan politik tetapi kesudahannya rakyat Palestin mesti ambil langkah ke arah perpaduan. Inilah mesej yang telah saya sampaikan kepada mereka bahawa rakyat Malaysia merupakan pejuang yang akan sentiasa berdiri teguh di belakang rakyat Palestin dalam perjuangan mereka," katanya.



Gaza merupakan satu daripada penempatan di Palestin yang mempunyai penduduk seramai 1.7 juta orang walaupun hanya seluas separuh negeri Perlis.

Najib yang merupakan perdana menteri Malaysia pertama yang menjejakkan kaki ke negara itu turut dianugerah Ijazah Doktor Kehormat oleh Universiti Al-Aqsa atas sokongan yang diberi terhadap perjuangan Palestin.

Bernama