Tuesday, May 5, 2009

Perpaduan Didalam Malaysia

Asskum rakan2 semua, banyak yg menceritakan tentang isu diatas..apa selama ni negara kita ni tiada perpaduan ke seperti yang di war-war kan oleh segelintir ahli politik PR yg mahukan nama dia naik.


Ada yang mengatakan Ketua Pemuda Msia Y.B KJ ni macam2 lar, itular ini lar, sudah lar rakan2 mereka sebenar takut akan karisma Y.B KJ yg terkenal sebagai pejuang pendesak golongan pemuda.

Kita sama2 berikan sokongan dan keyakinan kepada beliau untuk buktikan semangat perpaduan didalam Malaysia.

Kita tidak perlu menuding jari mencari kesalah beliau..apa yg perlu kini adalah kita harus melihat kehadapan..

Saya melaungkan AGENDA PERPADUAN..jadi bila saya berpegang kepada prinsip ini jadi kita harus mempunyai sifat maaf memaafi antara satu sama lain..Y.B KJ ternyata telah memenangi pemilihan yg lepas, walau pun saya tidak bersama beliau,ketika musim pemilihan, tetapi setelah keputusan telah keluar saya harus akur keputusan yg keluar..

Saya merayu dan berharap semoga semua kempen2 dimusim pemilihan dirobohkan dah bergerak senada dan senadi sebagai Satu Malaysia seperti dilaungkan oleh PM YAB Dato Seri Najib..Kita sama2 berganding bahu utk memberi sokongan dan cadangan yg membina kepada barisan kepimpinan baru utk terus memantapkan dan kestabilan Ekonomi ...Isi poket rakyat msia semasa time ekonomi teruk supaya mereka tidak dibenlengu kesusahan..bila ekonomi rakyat kukuh baru lar perpaduan akan wujud antara satu sama lain, tanpa menunding jari antara satu sama lain..

Pelik juga saya dgr yg mereka kata negara kita sudah tiada lagi perpaduan, baru sebentar tadi saya jalan2 sekitar Kuala Lumpur dan saya lihat rakyat Malaysia berbilang kaum bebas bergaul sesama sendiri tidak kira warna kulit mahupun agama.

Ihklas saya katakan saya bangga menjadi rakyat Malaysia..kita sebenarnya beruntung kerana tiada pun pertumpahan darah mahupun kacau bilau..

Perpaduan sudah lama wujud didalam diri tiap2 warganegara Malaysia..

Jadi saya berharap dan merayu kepada semua warganegara supaya hargai lar erti sebenar demokrasi dan perpaduan diantara satu sama lain..Kita tidak perlu terikut2 negara2 lain yang suka akan street demo dimana ekonomi negara akan terjejas..

Bagi saya yg paling penting kini adalah kestabilan Ekonomi Negara, bila semua rakyat bole cari makan maka tidak akan lah wujud salah menyalahi, tuduh menuduh dan menunding jari antara satu sama lain...Bila ekonomi kukuh rakyat happy maka keeratkan dan perpaduan akan kembali kuat..

Wahai barisan pemimpin tidak kira daripada Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat sama2lah berganding bahu mencari satu formula untuk mencari idea utk Menstabilkan Ekonomi Malaysian..

Sekian Wasalam

PKR PECAT 16ORG KUAT Diaorg

PKR: Pecat 16 orang, lantik Saifuddin Pengarah Pilihan Raya ganti Azmin

Oleh G. MANIMARAN

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) melantik Pengarah Strategiknya, Saifuddin Nasution sebagai Pengarah Pilihan Raya menggantikan Naib Presiden Azmin Ali dalam proses menyusun semula struktur pengurusan komponen Pakatan Rakyat itu.

Selain itu, PKR juga memecat 16 ahlinya kerana pelbagai kesalahan termasuk menentang calon parti itu dalam pilihan raya kecil baru-baru ini.

Azmin, Ahli Parlimen Gombak, yang melepaskan tugas Pengarah Pilihan Raya pula akan mengetuai pasukan petugas yang terdiri daripada kesemua Naib Presiden iaitu Dr. Lee Boon Chye, R. Sivarasa, Mustafa Kamil Ayub, serta Dr. Jeffrey Kitingan.

Seorang lagi Naib Presiden, Tian Chua pula dilantik menggantikan Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang.

Turut menganggotai pasukan petugas itu ialah Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar dan Ketua Wanita, Zuraidah Kamaruddin.

Selain itu, tugas pasukan adalah memastikan kelayakan dan keberkesanan serta disiplin pimpinan negeri, bahagian, ahli-ahli Parlimen dan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, kata Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataan yang dikeluarkan menerusi blognya hari ini.

Ia merupakan sebahagian daripada perubahan yang dibawa Anwar yang menurutnya bertujuan menekankan semula hala tuju perjuagan parti dengan menggilap semula idealisme perjuangan, muhasabah dan menjana kekuatan parti.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail kini diberikan bertanggungjawab memantau liputan media dan segera mengulas isu berbangkit, kata Anwar lagi.
Lain-lain lantikan ialah:

- Timbalan Presiden, Dr. Syed Husin Ali akan memberi tumpuan sepenuhnya dalam isu dasar perjuangan yang menunjangi parti - politik, ekonomi, pendidikan dan budaya.
Selain isu beliau juga diberikan tanggungjawab mengambil berat dasar umum tersebut, perihal yang diprihatinkan masyarakat Melayu dan Bumiputera perlu ditangani.

- Setiausaha Agung, Datuk Sallehuddin Hashim akan mengurus operasi ibu pejabat, perjalanan dan jentera parti, jawatankuasa pengurusan dan kempen keanggotaaan.

- Pengerusi Jawatankuasa Latihan (Kepimpinan Parti): Fauziah Saleh

- Pengerusi Jawatankuasa Keanggotaan Baru: Johari Abdul

- Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Antarabangsa: Mustafa Kamil AyobTimbalan Pengerusi: Dr Tan Kee Kwong

- Ketua Penerangan: Latheefa Koya

- Ketua Komunikasi: Johnson Chong

Dalam pada itu, Timbalan Presiden PKR, Dr. Syed Husin Ali dalam kenyataan berasingan memberitahu, mesyuarat Majlis Pimpinan Rakyat PKR dalam mesyuaratnya semalam telah mengambil keputusan sebulat suara untuk memecat 16 orang ahlinya.

Pemecatan berkuat kuasa serta-merta mulai tarikh pemecatan dilakukan.
"Mereka ini bertanding sebagai calon menentang calon parti, menyokong calon yang menentang calon parti, mengkritik parti melalui media dan mengisytiharkan diri keluar dari parti dalam ceramah atau melalui media.

"Mereka melakukan kesalahan-kesalahan tersebut dalam pilihan raya lecil Bukit Selambau dan Batang Ai baru-baru ini," katanya.
Mereka terdiri daripada:
- Moganakumar Subramaniam (Bahagian Merbok, Kedah)
- Jayagopal Andaikalam (Bahagian Pokok Sena, Kedah)
- Abdul Hamid Othman (Bahagian Padang Serai, Kedah)
- Roslan A. Hamid (Bahagian Padang Serai, Kedah)
- Abu Bakar Din (Bahagian Baling, Kedah)
- Abdul Wahab Mat Isa (Bahagian Sik, Kedah)
- Mustafa Hassan (Bahagian Sik, Kedah)
- Kalai Vanar a/l Bala Sundram (Bahagian Jerai, Kedah)
- Deivanai Krishnan (Bahagian Jerai, Kedah)
- Abu Bakar Hamid (Bahagian Penaja Pendang, Kedah)
- Ahmad bin Ayub (Bahagian Penaja Pendang, Kedah)
- Azhar Ahmad (Bahagian Penaja Jerlun, Kedah)
- Dr. Ambrose Labang (Bahagian Julau, Sarawak)
- Wong Kee Kai (Bahagian Julau, Sarawak)
- Rajang Anak Unau (Bahagian Julau, Sarawak)
- Kudik Untung (Bahagian Julau, Sarawak)


Aik tak kan tak leh terima kritik oleh ahli parti sendiri, dulu kata UMNO kuku besi skang Pakatan Rakyat apamcm pulak..any comment