Monday, April 29, 2013

Amanah Ds Najib Razak

PRU13: Berkempen Di Minggu Terakhir

Arman Azha Bin Abu Hanifah.

Salam 1Malaysia,  

Hari ini menandakan bermulanya minggu terakhir berkempen bagi musim Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Pada hari mengundi nanti, setiap rakyat Malaysia, tidak kira bangsa dan kepercayaan agama, akan keluar untuk menjalankan tanggungjawab masing-masing untuk mengundi dan memilih pentadbir negara untuk tempoh lima tahun yang akan datang.  
Sejak tempoh berkempen bermula pada 20 April lalu, saya telah turun padang ke beberapa negeri seperti Selangor, Perak, Sabah, Sarawak dan Johor termasuk negeri saya, Pahang untuk menerangkan kepada rakyat mengenai kandungan Aku Janji kami di Barisan Nasional (BN).

Perjalanan kempen saya akan diteruskan ke seluruh negara sehingga hari mengundi nanti. Anda boleh mengikuti perjalanan kempen saya setiap hari di sini.  
Calon-calon BN di kawasan anda juga kini sedang bekerja keras untuk menerangkan kepada masyarakat di kawasan masing-masing mengenai Aku Janji BN dan bagaimana ia dapat memberi manfaat kepada rakyat di negara ini.

Oleh itu, saya berharap anda semua akan memberikan sokongan kepada calon-calon BN ini dengan menghadiri ceramah dan kempen mereka di kawasan anda.
Selain itu, ikutilah juga perkembangan semasa calon-calon di kawasan anda dengan mengikuti laman sosial mereka seperti Facebook dan Twitter yang sebahagiannya boleh didapati di sini.  

Sokongan anda kepada BN amat diperlukan dan dihargai kerana ia akan membolehkan kita semua untuk terus bersama-sama berganding bahu dan bersatu padu bagi memastikan masa depan Malaysia terus terjamin.

Berilah BN mandat anda agar kami dapat terus berkhidmat untuk anda.   Najib Razak


Thursday, April 25, 2013

Saya Undi BN Sejak Dulu -- Dr. Juanda



Video Kenapa Dr Juanda Tidak bertanding Tiket PKR

Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya menegaskan bahawa undi beliau bukanlah satu rahsia kerana sejak dahulu lagi beliau sememangnya telah memilih Barisan Nasional (BN)



Jelasnya, ramai orang yang hanya tahu mengkritik tetapi apa yang dikritiknya dan bagaimana untuk melakukannya tidak pernah difikirkan.




"Agama perlu ditegakkan tetapi siapa orang yang menegakkan agama itu? Negeri yang nak buat hudud pun sampai sekarang masih tak laksanakannya walaupun sudah berpuluh tahun berlalu dan mentadbir kerajaan.


Saya doakan Beliau akan terus teguh bersama Barisan Nasional, Semoga selepas PRU13 saya harap UMNO Malaysia akan wujudkan Majlis Ulamak UMNO Yang diletakkan wakil sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia.

Teruskan Dr Juanda, anak-anak muda bersama anda insyallah.



Tuesday, April 23, 2013

Let's Vote4BN "KJ"




LET'S VOTE 4 REMBAU THE MOST WANTED


CALON PEMUDA BN 

Pemuda Barisan Nasional (BN) sangat menyambut baik dan berterima kasih kepada YAB Pengerusi BN, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, di atas penyenaraian ramai orang muda dan muka baru bagi menggalas harapan dan tanggung jawab sebagai ahli pasukan transformasi BN pada pilihan raya umum ke 13. 



Ini terzahir dengan komposisi 44 peratus generasi pelapis daripada keseluruhan jumlah calon BN, meliputi 73 orang sebagai calon kerusi parlimen dan 247 bagi Dewan Undangan Negeri. Manakala dalam konteks Pemuda pula, 36 peratus atau 116 calon daripada segmen orang muda dan muka baru adalah dari Pemuda BN.


Pengiktirafan kepada ramai calon orang muda dan muka baru mencerminkan BN yang sentiasa segar, kontemporari dan utuh menerajui kelok kepimpinan. Jelas terbukti, BN bukan sahaja tampak menyahut aspirasi anak muda bahkan berani menterjemahkan peralihan generasi di dalam barisan hadapannya.


BN Pilihan Orang Muda, Calon Pemuda BN bersama Najib dahulukan rakyat!

KENAPA BERLAKU PERTINDIHAN CALON PAS & PKR?



Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ceramah di Kg Tebakang lewat malam Ahad mendakwa ada dua sebab mengapa berlaku pertindihan calon di beberapa kerusi antara parti beliau dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Salah satu alasan, kononnya calon-calon PKR ada yang datang lambat ke penamaan calon, jadi calon-calon PAS dah siap sedia untuk elakkan berlaku situasi Barisan Nasional (BN) menang percuma jika calon PKR tidak tampil terus.

Kononnya calon PKR boleh dibeli… hinanya calon-calon PKR…sampai ketakutan PAS dengan ketamakan mereka.(BACA: Ada Calon PKR Jual Dadah, Marxisme!)Kenyataan Abdul Hadi ini membuka persoalan adakah ini bermakna pada setiap kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang diisi PKR pada penamaan calon Sabtu lalu, PAS sudah bersedia dengan seorang calon tambahan darin parti mereka bersama pencadang dan penyokong.

Kalau tak datang aje, calon PAS melompat dan mengisi borang bertanding di kawasan calon-calon PKR.Betul ke ini Tuan Guru Abdul Hadi? Ada bau hancing lah pulak masa tengah menaip ni…sapelah kencing kat ofis ni.Alasan kedua, sebab ada calon-calon PKR yang ada masalah disiplin dan kaki haru.Masalah disiplin bukan sebarangan…jual pil kuda kata Tok Guru…pil kuda beb!

Apa punya orang la yang Anwar Ibrahim pilih untuk wakili parti dia…kaki jual pil kuda….Anwar Anwar…pilih gay jambu pun ok gak, ini pengedar dadah letaknya.Ada pulak calon pilihan Anwar yang dikatakan penyembah dan pendukung ideologi komunis.Adakah bermaksud Anwar memberikan restu kepada penyebaran komunisme melalui calon-calonnya dan Tok Guru Abdul Hadi tak dapat menerimanya?

My two cents advice kepada Abdul Hadi…cuba cek bilik gerakan Mat Sabu di Kedah…kot-kot ada gambar Karl Marx dengan Lenin jugak ke…kan sebelum ni Mat Sabu ada memperlihatkan kasih sayang tidak berbelah bahagi kepada pemimpin komunis dalam tragedi Bukit Kepong.

Berbalik kepada tajuk rencana di atas… bercakap mengenai pertindihan di Dun Sungai Aceh melibatkan Chegubard…apa kesalahan mamat tu agaknya?Dalam kategori mana dakwaan Hadi yang Chegubard tersabit?Nak kata dia datang lambat mustahil…Jadi tinggal sama ada Chegubard jual pil kuda atau penyokong komunis?Ustaz Abdul Hadi kena jelaskan dengan terang dan nyata…Chegubard jatuh dalam kategori mana?Sudahlah makan penampor dengan Unit Amal Pas… lepas kena pula tuduhan yang samar-samar.Tapi penulis rasa mungkin kat bilik gerakan Sungai Aceh ada gambar Che Guevara kot…kutu-kutu PAS sudah keliru dengan Karl Marx apa semua…

Chegubard yang tak cukup inci tu kan perasan perjuangan dia setaraf dengan perjuanganChe Guevara.Namun, apa pun…Abdul Hadi perlulah tampil buat penjelasan lebih lengkap…kerana sebelum ini ada 6 DUN dan 1 Parlimen yang berlaku pertindihan.Dengan mudahnya 7 calon PKR di semua kerusi itu, tak semestinya Chegubard sahaja sebenarnya sudah dilabel secara membabi buta sebagai sama ada tukang jual pil kuda…atau penyokong komunis.

Rasul mereka pun didakwa bukan Muhammad SAW tetapi Lenin! Berat tu dakwaan…berattt wey.Tapi itulah hakikatnya kalau kenyataan Abdul Hadi ditafsir.Beliau tak nak kata berlaku pertindihan sebab kedua-dua pihak tamak kerusi dan kuasa…bagi lasan jual pil kuda dan komunis..maka persoalannya ialah apakah Chegubard jual pil kuda?Jelaskan dengan terperinci…siapa yang dimaksudkan buat apa…jangan bagi orang keliru
:Oleh: AK-47


Renungkan Ucapan Hadi
Siapa yang julang Parti Lenin dan Staling
Siapa yang gunakan gambar Karl Marx
Dibilik Gerakan atau diblog nya.
Pengikut2 nya taksub ngan haluan kiri


Kesian mereka yang taksub ngan perjuangan haluan kiri.
Wajib kita tolak calon2 begini




1Undi Pakatan = 1 Undi Haluan Kiri
RAJA DRAMA
RAJA NEPOSTISMA
RAJA PEROSAK NEGARA
JOM TOLAK PAKATAN PRU13


Saturday, April 6, 2013

17 AKU JANJI MANIFESTO BARISAN NASIONAL

BARISAN NASIONAL "JANJI DITEPATI"

MENANGANI KOS SARA HIDUP

• Menambah BR1M sehingga RM1,200 untuk isi rumah dan RM600 untuk bujang dengan bantuan secara tahunan dikekalkan
• Mempertingkatkan Baucar Buku 1Malaysia kepada RM300 dan Bantuan Persekolahan kepada RM150
• Menyemak semula Dasar Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta secara berperingkat-peringkat antara 20 hingga 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional
• Menambah bilangan Kedai Rakyat 1Malaysia
• Memperkenalkan produk 1Malaysia di stesen minyak dan pasar raya besar
• Membuka Klinik 1Malaysia di dalam kawasan komuniti padat penduduk
• Menyediakan lebih banyak Pusat Jagaan Harian 1Malaysia untuk ibu bapa bekerja
• Menurunkan yuran jalur lebar sekurang-kurangnya 20% dengan jaminan bandwidth internet
• Memperkenalkan dasar 1Negara 1Harga bagi barangan keperluan asas
• Memperkenalkan lebih banyak produk 1Malaysia yang digerakkan oleh GLC dan sektor swasta

MENINGKATKAN KEHIDUPAN WARGA BANDAR

• Menstrukturkan semula Kerajaan termasuk mewujudkan Kementerian baharu seiring dengan anjakan corak demografi bandar di negara ini dan menangani cabaran sosial dan ekonomi bandar
• Menambah perwakilan NGO dan masyarakat awam dalam kerajaan tempatan
• Memulihkan semula rumah kos rendah dan flat di bandar-bandar
• Mengambil alih penyelenggaraan prasarana perumahan awam
• Menyediakan perumahan awam berkualiti khusus untuk generasi muda yang mencari kerja
• Menyediakan kemudahan dan kawasan rekreasi bagi meningkatkan kualiti hidup di bandar
• Memastikan kemudahan pendidikan, latihan dan perkhidmatan kesihatan mencukupi
• Menambah baik rangkaian pengangkutan antara bandar dan penempatan
• Membuka lebih banyak Anjung Singgah (pusat perlindungan sementara untuk golongan gelandangan) di kawasan yang diperlukan.

MENYEDIAKAN RUMAH MAMPU MILIK

• Membina 1,000,000 rumah mampu milik – digerakkan oleh sektor awam dan swasta – termasuk 500,000 buah rumah PR1MA
• Memastikan harga rumah PR1MA sekurang-kurangnya 20% di bawah harga pasaran
• Memperkenalkan skim sewa dan milik untuk projek perumahan Kerajaan
• Memulihkan semula projek perumahan terbengkalai untuk melindungi pembeli rumah
• Mengambil alih penyelenggaraan semua Projek Perumahan Awam
• Membantu pemilik rumah berpendapatan rendah dan miskin untuk memperbaiki rumah mereka
• Menggantikan kawasan setinggan dengan kawasan perumahan tetap yang selesa
• Memperbaiki perumahan estet dan menyediakan rumah untuk bekas pekerja estet melalui perkongsian Kerajaan-Estet
• Memansuhkan yuran setem untuk pembelian rumah pertama berharga di bawah RM400,000

PELUANG MENDAPAT PERKHIDMATAN KESIHATAN BERKUALITI

• Membangunkan sistem nasional yang akan menyediakan akses penjagaan kesihatan yang berkualiti kepada semua rakyat
• Menubuhkan Pusat Kanser dan Pusat Jantung di hospital-hospital utama di setiap zon – Utara, Selatan, Timur dan Barat di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak
• Mewujudkan kemudahan awam untuk rawatan dialisis buah pinggang di setiap kawasan penduduk berkepadatan tinggi
• Memperkenalkan sistem kad prihatin kepada rakyat Malaysia yang memerlukan bagi membolehkan mereka mendapat diskaun harga untuk ubat-ubatan tertentu
• Memperkenalkan sistem sokongan kepada rumah penjagaan untuk golongan warga tua dan mereka yang menghidap sakit kronik

KE ARAH KECEKAPAN TERHEBAT PENGANGKUTAN AWAM

• Mengembangkan perkhidmatan Sistem Bas Rapid ke setiap ibu negeri yang lengkap dengan kemudahan untuk golongan berumur dan kurang upaya
• Terus memperluaskan sistem rel MRT, LRT dan Komuter
• Membina Terminal Bas, Rel dan Teksi Bersepadu di semua pekan dan bandar
• Menyusun semula laluan bas untuk memastikan perkhidmatan yang lebih cekap dan memudahkan rakyat
• Meningkatkan jumlah permit teksi individu
• Melaksanakan rangkaian rel berkelajuan tinggi dan memperluaskan sistem landasan kereta api berkembar

PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR BERTARAF DUNIA DAN TRANSFORMASI LUAR BANDAR

• Memperbanyakkan lorong dan susur keluar Lebuh Raya Utara-Selatan
• Membina 2,300km Lebuh Raya Pan Borneo bermula dari Sematan di Sarawak hingga ke Serudung di Sabah
• Menyambung Lebuh Raya Pantai Timur dari Kuala Krai-Kota Bharu dan Gambang-Segamat
• Membina Lebuh Raya Pantai Barat baharu dari Banting-Taiping
• Mengurangkan bayaran tol antara bandar secara berperingkat-peringkat
• Melaksanakan konsep Kampung Abad Ke-21 bagi melonjak transformasi luar bandar dan membawa komuniti berkenaan ke dalam pembangunan arus perdana
• Membina 6,300km lagi jalan raya berturap di Semenanjung Malaysia, 2,500km di Sabah dan 2,800km di Sarawak yang memberi faedah kepada kira-kira 3.3 juta penduduk
• Menyelesaikan masalah bekalan air terawat di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Kelantan
• Memperluaskan bekalan air bersih untuk 320,000 rumah lagi di seluruh negara
• Mempertingkatkan bekalan tenaga elektrik kepada 6,000 rumah lagi di Semenanjung, 60,000 di Sabah dan 80,000 di Sarawak
• Menggalakkan pembekal perkhidmatan telekomunikasi untuk memastikan kualiti perkhidmatan telefon bergerak dan liputan memuaskan di seluruh negara

MEMBINA EKONOMI MAPAN, DINAMIK DAN INOVATIF

• Menarik pelaburan bernilai RM1.3 trilion dan mencipta 3.3 juta peluang kerja baharu dengan 2 juta daripadanya dalam sektor berpendapatan tinggi
• Mencapai pendapatan per kapita AS$15,000 (RM45,000) menjelang 2020
• Menyediakan insentif khas untuk perniagaan inovatif dan kreatif bagi menjana lebih banyak pekerjaan dan kekayaan
• Melaksanakan dasar yang adil dan saksama kepada semua kaum di Malaysia termasuk dasar menyokong pertumbuhan, penglibatan besar-besaran sektor swasta dan pembangunan pasaran modal
• Mempertingkatkan agenda Bumiputera (termasuk Bumiputera di Sabah dan Sarawak) menerusi penyediaan peluang-peluang perniagaan, ekosistem yang kukuh (misalnya kemudahan pinjaman dan latihan) dan sokongan institusi
• Bekerjasama dengan kerajaan-kerajaan negeri bagi menyediakan lebih banyak tanah dan meningkatkan produktiviti tanah sedia ada untuk meningkatkan pengeluaran makanan dan ternakan
• Membuat pembaharuan dalam struktur cukai sedia ada ke arah sistem percukaian yang lebih terbuka serta mengurangkan cukai individu dan korporat secara berperingkat-peringkat
• Meneruskan bayaran tunai khas dan pemberian dana untuk perbelanjaan operasi dan pembangunan sehingga melebihi 20% daripada perolehan minyak dan gas kepada Sabah, Sarawak, Terengganu, Kelantan dan Pahang
• Melaksanakan pelan transformasi SME dan melahirkan Syarikat Dagangan Negara untuk meneroka pasaran antarabangsa bagi produk SME
• Melahirkan lebih banyak juara di peringkat serantau dan global dalam kalangan syarikat Malaysia
• Memastikan GLC terus membantu pembangunan usahawan melalui pemindahan pegangan bukan strategik GLC dan memperhebatkan program penyumberan luar kepada syarikat Bumiputera
• Menyediakan dana saham amanah RM500 juta untuk meningkatkan pegangan ekuiti komuniti India kepada sekurang-kurangnya 3%
• Menubuhkan sebuah Unit Khas bagi memastikan kejayaan pelaksanaan dasar untuk mempertingkatkan kehidupan masyarakat India
• Meningkatkan akses kredit mikro untuk semua rakyat Malaysia, termasuk RM100 juta diperuntukkan kepada penjaja dan peniaga kecil

MEMBINA KECEMERLANGAN PENDIDIKAN NEGARA

• Membawa Malaysia ke tahap “kategori tiga teratas” dalam sistem pendidikan terbaik dunia dengan memperbaiki kualiti sekolah kebangsaan
• Memperbaiki penguasaan Bahasa Malaysia dan Inggeris dalam kalangan pelajar dari tahap prasekolah, dan menjadikan bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib lulus di peringkat SPM di semua sekolah
• Memperbaiki akses untuk pendidikan berkualiti bagi komuniti kecil dan kawasan luar bandar terutama Sabah dan Sarawak
• Menyediakan lebih banyak biasiswa berdasarkan merit dengan peruntukan khas kepada komuniti yang kurang bernasib baik
• Meneruskan peruntukan khas kepada semua jenis sekolah termasuk Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, Maktab Rendah Sains MARA, Sekolah Berasrama Penuh dan sekolah mubaligh
• Mengembangkan persekolahan satu sesi
• Merombak institut-institut perguruan dan menaikkan syarat pengambilan guru pelatih
• Memperkenalkan sistem pembelajaran dan pengajaran yang mudah bagi Bahasa Melayu di sekolah Cina dan Tamil
• Membina lebih banyak sekolah, meliputi semua jenis sekolah, di kawasan yang mempunyai permintaan tinggi
• Mempertingkatkan prestasi mata pelajaran Matematik dan Sains, dan membentuk kemahiran berfikir yang tinggi dalam kalangan pelajar
• Menyediakan insentif kewangan sebanyak RM100,000 setahun kepada sekolah yang menawarkan kelas pendidikan khas
• Menukar status Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil kepada sekolah bantuan penuh kerajaan jika sekolah berkenaan ingin berbuat demikian
• Berikrar menyediakan makmal ICT di sekolah-sekolah yang memerlukannya
• Mentransformasikan sekolah vokasional menjadi kolej dan menambah kemasukan pelajar sebanyak 20%
• Memperluaskan pendidikan prasekolah meliputi semua jenis sekolah
• Menyediakan laluan kerjaya baharu bagi membolehkan 420,000 guru dinaikkan pangkat segera berdasarkan prestasi
• Menyediakan jalur lebar WiFi secara percuma dan terjamin di semua kampus institusi pengajian tinggi awam
• Memperkenalkan skim pemilikan laptop di sekolah-sekolah bersama dengan kemudahan Internet

MENINGKATKAN KESELAMATAN DAN KETENTERAMAN AWAM

• Meningkatkan jumlah tenaga kerja PDRM, dengan tambahan 4,000 anggota polis pada setiap tahun
• Memasang lampu di jalan-jalan, lorong-lorong dan laluan bagi mengurangkan lagi jenayah jalanan
• Mengukuhkan Unit Rondaan Bermotosikal PDRM dengan menambah 5,000 buah kenderaan tambahan
• Menambah baik kebajikan, profesionalisme dan keupayaan Polis, Angkatan Tentera Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
• Meningkatkan keupayaan keseluruhan Angkatan Tentera Malaysia untuk menangani apa jua bentuk pencerobohan dan ancaman luar
• Mempertahankan dan memperkuatkan Suruhanjaya Polis
• Menggunakan sistem 6P untuk mengekang pendatang asing tanpa izin
• Mewujudkan Program SafeCam untuk menghubungkan sistem CCTV swasta dengan awam
• Mengembangkan secara meluas penggunaan CCTV untuk memantau kawasan-kawasan laluan awam yang sibuk seperti kawasan tempat letak kereta, kawasan riadah, pasar malam dan sekolah
• Memperkenalkan inisiatif keselamatan di kawasan skim perumahan awam
• Pengambilan tambahan 50,000 Pasukan Sukarelawan Simpanan Polis untuk membantu PDRM membuat rondaan dan menjadikan kawasan persekitaran lebih selamat

MEMPERKASA PENYERTAAN WANITA

• Menambah jumlah wanita yang terlibat dalam proses membuat keputusan nasional
• Menggalakkan kesamaan gender untuk memaksimumkan potensi rakyat Malaysia dalam semua bidang, tanpa mengira jantina
• Menyediakan lebih banyak peluang bisnes dan ruang bagi menambah pendapatan untuk wanita supaya mereka lebih berkeupayaan untuk berdikari
• Mewujudkan lebih banyak insentif untuk inisiatif bekerja dari rumah, dengan penekanan yang lebih besar kepada golongan ibu tunggal
• Membuka pusat-pusat Asuhan 1Malaysia di semua pejabat Kerajaan dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) serta menggalakkan sektor swasta untuk melakukan perkara yang sama
• Mengetatkan undang-undang untuk mencegah kejadian penderaan dan gangguan seksual di rumah dan di tempat kerja

MEMENUHI ASPIRASI BELIA

Menyediakan tabung, latihan dan insentif kepada belia yang mahu melakukan usaha niaga komersial
• Menyediakan ruang komersial di dalam kompleks beli-belah selama sehari pada setiap bulan untuk golongan belia mempamerkan dan memasarkan produk kreatif dan perkhidmatan mereka
• Mewujudkan inkubator bagi memupuk kualiti kepimpinan dan kreativiti
• Melahirkan belia yang lebih berdaya tahan menerusi aktiviti kesukarelawan dalam 1M4U
• Mewujudkan lebih banyak lokasi WiFi percuma dengan penekanan kepada kawasan luar bandar dan separa bandar
• Melahirkan lebih ramai atlet berprestasi tinggi di peringkat serantau dan antarabangsa, dan mempromosikan gaya hidup yang lebih sihat
• Mengkaji semula undang-undang berkaitan hiburan untuk promosi seni persembahan dan kebudayaan

MERANCANG JARINGAN KESELAMATAN SOSIAL

• Memperhalusi dan menambah baik jaringan bantuan keselamatan menerusi sistem pangkalan data yang bersepadu
• Menyediakan bantuan kewangan dan peluang pendidikan untuk golongan berpendapatan rendah tanpa mengira kaum
• Mengubah Brickfields di Kuala Lumpur menjadi zon mesra golongan buta supaya kawasan itu menjadi zon contoh yang bakal mendorong lebih banyak tempat seumpama itu disediakan bagi memenuhi keperluan golongan kurang upaya di tempat-tempat lain
• Mewujudkan mahkamah khas yang mempunyai status yang sama dengan Mahkamah Tinggi di bawah sistem kehakiman sedia ada, yang mana hakim-hakim akan dibantu oleh penasihat-penasihat yang dipilih dalam kalangan ketua komuniti untuk menyelesaikan isu-isu tanah peribumi
• Mewartakan semua tanah adat menerusi perundingan bersama kerajaan-kerajaan negeri
• Menyediakan lebih banyak peluang untuk menjana pendapatan dalam kalangan komuniti pribumi dan meningkatkan bilangan pengambilan pribumi ke dalam pendidikan vokasional, kolej dan universiti
• Menyediakan tabung untuk pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan berdaftar dan gerakan masyarakat sivil

MEMPROMOSIKAN AGAMA ISLAM, KEBEBASAN DAN KEHARMONIAN AGAMA

• Mendukung Islam sebagai agama Persekutuaan dan mempromosikan syiar dan syariat Islam mengikut prinsip Maqasid Syariah
• Memastikan agama-agama lain diamalkan dalam suasana aman dan harmoni
• Isu-isu berkaitan dengan golongan bukan Islam diletakkan di bawah bidang kuasa seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri
• Mempromosikan prinsip kesederhanaan (wasatiyyah) dalam semua pendekatan
• Meningkatkan inisiatif dalam menyatukan ummah
• Menjana pendapatan daripada pembangunan tanah wakaf dengan kerjasama Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri
• Menaikkan pengecualian cukai untuk sumbangan ke atas pembinaan, membesarkan dan memulihara rumah-rumah ibadat
• Meneruskan peruntukan tanah untuk pembinaan rumah ibadat
• Menyediakan lebih banyak bantuan kewangan kepada institusi-institusi agama berdaftar dan rumah-rumah ibadat
• Mempromosikan kebajikan imam, pegawai masjid dan guru Kafa dengan menyediakan gaji berasaskan perkhidmatan dan kenaikan gaji
• Meningkatkan kualiti Sekolah Agama Rakyat dan membenarkan para pelajarnya mendapat akses kepada pendidikan berkualiti dan infrastruktur pendidikan kerajaan
• Menyediakan bantuan kewangan kepada Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Pondok

MEMERANGI GEJALA RASUAH

• Meningkatkan ketelusan dalam prosedur perolehan Kerajaan dengan mendedahkan kontrak kepada awam
• Memberi kuasa kepada SPRM menerusi penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan SPRM yang akan bertanggungjawab terhadap perkhidmatan dan pengambilan kakitangan
• Menaik taraf kedudukan ketua dan pegawai kanan Pesuruhjaya SPRM ke satu peringkat yang lebih tinggi
• Memberikan penekanan yang sama rata terhadap siasatan dan tindakan yang dilakukan ke atas pemberi dan penerima rasuah
• Akses yang cepat kepada Laporan Audit Prestasi Ketua Audit Negara untuk tindakan segera
• Menubuhkan Mahkamah Sesyen Khas Rasuah dan Mahkamah Tinggi tambahan untuk kes-kes rasuah
• Melaksanakan aku janji integriti untuk Ahli-ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri

MEMPERKUKUHKAN PERKHIDMATAN AWAM, MENAMBAH BAIK URUS TADBIR

• Memperkenalkan Skim Gaji Transformatif untuk penjawat awam, termasuk menyemak semula elaun dan menyediakan pergerakan gaji khas sebanyak 3 peratus kepada mereka yang mencapai gaji maksimum jika pada waktu itu tiada semakan gaji dilakukan
• Penambahbaikan skim perkhidmatan awam dengan menyediakan lebih banyak peluang kenaikan pangkat dan pembangunan bakat serta memastikan kualiti kehidupan penjawat awam terpelihara
• Melanjutkan tempoh kontrak para pegawai dan menyerap kakitangan yang cekap ke dalam perkhidmatan tetap
• Memperluaskan Pusat Transformasi Bandar ke semua bandar dan pekan utama
• “Merakyatkan Perkhidmatan Awam" bagi memastikan penyampaian perkhidmatan awam yang cemerlang
• Menggerakkan dan memperkasa perkhidmatan awam, termasuk Pejabat-Pejabat Daerah dan Kerajaan Tempatan, bagi memenuhi permintaan dan keprihatinan rakyat
• Menambah baik kaunter perkhidmatan menerusi pelantikan anggota-anggota barisan depan daripada pelbagai kaum dan memperluaskan perkhidmatan online untuk urusan pembayaran dan permohonan
• Memperkenalkan program-program pengambilan pekerja untuk memastikan keseimbangan antara kaum dalam perkhidmatan awam dan syarikat berkaitan kerajaan
• Meningkatkan potensi, kemampuan dan kapasiti semua penjawat awam tanpa mengira kaum dan jantina
• Memberikan perhatian yang istimewa kepada orang kurang upaya untuk memanfaatkan potensi dan kemampuan yang mereka miliki

GERAKAN KESEDERHANAAN GLOBAL

• Berjuang untuk penubuhan sebuah negara Palestin
• Menyokong usaha menjadikan ASEAN sebuah komuniti ekonomi menjelang tahun 2015
• Berusaha memenangi Kerusi Tidak Tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi memainkan peranan utama dalam keamanan serantau dan keselamatan antarabangsa melalui dasar kesederhanaan
• Meningkatkan hubungan ekonomi dan kepentingan bilateral dengan negara rakan dagang utama dan ekonomi negara sedang membangun
• Membentuk Dasar Luar yang menyokong kepentingan-kepentingan strategik politik, ekonomi dan keselamatan kita
• Mengetuai usaha menentang jenayah-jenayah rentas sempadan seperti penyeludupan manusia dan dadah
• Memperbanyakkan program outreach kemanusiaan di wilayah-wilayah konflik seperti Gaza, Tebing Barat, selatan Thailand, Mindanao dan di mana sahaja

MEMULIHARA SUMBER SEMULA JADI

• Menawarkan insentif kewangan kepada premis komersial dan persendirian yang melabur dalam sumber-sumber teknologi hijau yang boleh diperbaharui seperti tenaga suria dan biomas
• Memperuntukkan lebih banyak ruang untuk kawasan hijau di bandar-bandar utama
• Memulihara sungai dan anak sungai menerusi pertambahan peruntukan kewangan dan undang-undang yang lebih ketat, selain memperhebatkan usaha itu melalui program khas UNDP dan Sungai Nadi Kehidupan
• Menambah program pendidikan untuk menyemai sikap mencintai alam sekitar
• Memulihara hutan dan melaksanakan program penanaman semula hutan
• Menguatkuasakan undang-undang yang ketat dan dikemas kini untuk mencegah kegiatan penerokaan secara haram di kawasan-kawasan strategik dan utama
• Menggunakan teknologi hijau dan terbaharu dalam pengurusan sisa pepejal

UNDILAH BARISAN NASIONAL.

BN4PRU13.

SAYA SEKELUARGA PILIH UNDI BARISAN NASIONAL.

Thursday, April 4, 2013

Warkah Dato Seri Najib Tun Razak

Empat Tahun Membina Masa Depan Yang Lebih Cerah

Saudara/Saudari Arman Azha Bin Abu Hanifah.

Salam 1Malaysia,

Kelmarin genaplah empat tahun pentadbiran saya sebagai Perdana Menteri. Sepanjang tempoh itu, saya dan para Jemaah Menteri telah berusaha sedaya upaya untuk memberi khidmat terbaik kepada seluruh rakyat Malaysia.
 
Matlamat saya adalah untuk melihat negara kita ini terus maju. Sebab itulah, saya sentiasa bekerja keras bagi memastikan hasrat itu tercapai.
 
Sebaik memegang jawatan Perdana Menteri, saya telah memperkenalkan prinsip 1Malaysia yang menekankan mengenai perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini. Menerusi prinsip ini, saya telah perkenalkan pelbagai inisiatif yang memberi manfaat dan meringankan beban setiap rakyat tidak kira bangsa mahupun kepercayaan agama mereka.
 
Semasa mula-mula mengambil alih tampuk pentadbiran negara, ekonomi global berada pada keadaan tidak menentu. Namun, pengenalan Program Transformasi Ekonomi telah berjaya memberi kemajuan ekonomi kepada negara sekali gus mengelakkan kita dari terjerumus ke kancah kegawatan ekonomi yang berterusan.
 
Dalam tempoh itu juga, saya telah melaksanakan pelbagai transformasi politik yang memberi lebih kebebasan kepada Rakyat. Ini termasuklah dengan meminda, memansuh serta menggantikan undang-undang yang dianggap tidak lagi sesuai dilaksanakan dalam landskap politik semasa.
 
Selain itu, pentadbiran saya juga turut menyumbang kepada kepimpinan global. Pergerakan Kesederhanaan Global yang saya perkenalkan mendapat pengiktirafan ramai pemimpin dunia termasuk Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dan Perdana Menteri Britain, David Cameron.
 
Kerajaan pentadbiran saya sentiasa berusaha untuk merapatkan hubungan dengan Rakyat. Maka sebab itulah Kerajaan memperkenalkan saluran secara online untuk menggalakkan penglibatan Rakyat dalam setiap keputusan Kerajaan. Laman sosial seperti Facebook dan Twitter benar-benar membantu saya bukan sahaja berkomunikasi malah juga mendengar suara hati Rakyat.
 
Untuk itu, dengan pembubaran Parlimen ke-12 kelmarin, kini, terpulanglah kepada anda untuk menilai kerja keras kami selama ini. Teruslah menyokong saya dan kongsilah emel ini bersama rakan-rakan, ahli keluarga atau rakan sekerja anda agar kita dapat sama-sama memastikan impian untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 dapat dicapai.

Najib Razak

PAKATAN ALAT ISRAEL PRU13?

PKR Guna Israel Untuk PRU13?
Posted by kak chah on April 5,

Media sebelum ini mendedahkan firma lobi Amerika Syarikat (AS), Orion Strategies telah mengatur perjumpaan wakil Suaram (Suara Rakyat Malaysia) dengan Ahli Kongres AS bagi mendapatkan kepakaran untuk menghadapi Pilihan raya Umum ke-13 (PRu-13).

Untuk melaksanakan misi ‘perwakilan Malaysia’ itu, Mike Mitchell bagi pihak Orion Strategies dilaporkan telah menghubungi Hana Atuatasi, kakitangan Kongres untuk mengatur perjumpaan tersebut.

Mitchell juga turut menamakan dua delegasi Malaysia iaitu Pengarah Suaram Cynthia Gabriel, dan Pengarah Merdeka Centre, Ibrahim Suffian, dua NGO yang mendapat tajaan yayasan AS, National Endowment for Democracy (NED) dan Open Society Institute (OSI) yang mana organisasi diketahui menyokong penuh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

Orion Strategies menurut sourcewatch.org adalah badan pelobi milik kumpulan neo-konservatif  atau lebih dikenali sebagai Yahudi yang mencipta ‘Project for the New American Century‘ (PNAC).
Salah satu pelanggan Orion Strategies adalah Open Society Policy Center (OSPC), badan yang ditaja penyangak mata wang Yahudi, George Soros.

Mesyuarat antara wakil Malaysia dengan Kongres sepatutnya diadakan pada 14 dan 15 Mac, namun kandungan e-mel tidak menyatakan sama ada mesyuarat itu berlaku atau sebaliknya.

Malah, semakan media juga mendapati Strategi Orion diketuai oleh Randy Scheunemann, bekas penasihat kepada bekas Setiausaha Pertahanan Donald Rumsfeld, dari parti Republikan AS.

Scheunemann digambarkan sebagai neo-konservatif, yang juga pernah berkhidmat untuk calon presiden Republikan, John McCain sebagai penasihat semasa pilihanraya Presiden AS 2008.

Anwar juga sekitar tahun 2006 hingga 2007 pernah berkhidmat kepada Jabatan Negara AS, di bawah naungan Paul Wolfowitz, juga dari parti Republikan.

Walau bagaimana pun, Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli menafikan perkara itu dan menganggap sebagai gimik pilihanraya.

Rafizi juga menganggap parti pembangkang itu mempunyai tokoh yang berkaliber dan tidak memerlukan bantuan luar.

Siapa? Rafizi? Malah turut difahamkan, Orion juga akan membawa pengarah Suaram itu ke Washington.

Apabila PR menggunakan khidmat Yahudi ini, sudah pasti kaedah dan cara politik mereka serta pentadbiran mereka umpama kumpulan neo-konservatif.

APA PULA KOMEN CAI2 PAKATAN ISU NI...SEPERTI BIASA KALAU PAKATAN BUAT TAK SALAH...APA ANWAR BUAT SEMUA OK..KERANA DLM HATI DAH HITAM DAN PENUH NAFSU KEBENCIAN CIPTAAN YAHUDI YANG DITANAM DALAM MINDA...TANPA DISEDARI...MENANG BERSORAK MALAYSIA TERGADAI...

Wednesday, April 3, 2013

Kayuhan Patriotik Bersama @najib_razak

Najib, menteri kabinet kayuh basikal sekitar Putrajaya
03/04/2013 8:24pm

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyertai kira-kira 10,000 peserta dalam Program Kayuhan Patriotik 1Malaysia di sekitar pusat pentadbiran kerajaan persekutuan ini, yang menjadi program pertama beliau melibatkan khalayak ramai selepas mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat hari ini.

Ia juga berlangsung pada hari genap empat tahun Najib menjadi perdana menteri keenam Malaysia. Najib yang mengetuai konvoi bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menteri-menteri Kabinet mengayuh basikal sejauh 12 kilometer dalam acara bermula 5.20 petang itu.

Turut serta Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim, Menteri Pelancongan, Datuk Seri Ng Yen Yen, Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Ali Hamsa, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Cetusan idea Najib sendiri, program kayuhan itu bermula di depan Kementerian Kewangan dan berakhir di depan Istana Kehakiman. - BERNAMA..

ALHAMDULILAH Team Suara Anak Muda 1Malaysia Berjaya Tamat Kayuhan Patriotik Bersama @najib_razak Sejauh 20km. .Tahniah Pada Semua Yang Hadir, Korang Terbaek. .

Monday, April 1, 2013

BERUK DAPAT BUNGA

Info@PRU13

"BERUK JUMPA BUNGA"

Saya Menwakili Suara Anak Muda 1Malaysia mengutuk tindakan pemimpin biadab seorang pemimpin DAP, Hew Kuan Yau yg menunjukkan isyarat lucah ke arah papan iklan Datuk Seri Najib seperti dlm blog stophelies semalam. Saya ingin memohon rakyat supaya bijak memilih pemimpin. Kita tidak mahu negara ini tercemar dgn perilaku yg negatif dan kebudak2kan seperti beliau.

Ini menunjukkan secara jelas sifat dan jenis pemimpin ciptaan Pakatan yg mengajar budaya yg sonsang pada rakyat. Kita nilaikan sifat kebiadapan beliau ibarat "BERUK JUMPA BUNGA" seperti tidak tahu menilai mana yang baik dan mana yang tidak.

Kecederungan pembangkang yg sering menggunakan provokasi utk menaikkan popularitinya dan supaya dilihat berani di mata rakyat walau pun perlu menggunakan sesuatu yg diluar kewarasan dan jika dilihat daripada sikap Kuan Yau Si Beruk DAP juga boleh memwujudkan kebencian bangsa lain terhadap rakyat cina sekaligus rakyat akan menjadi racist.

Apabila perkara ini terjadi, ekonomi negara akan tumbang

PRU13 Wajib Seluruh Rakyat Malaysia Menolak Kepimpinan "BERUK JUMPA BUNGA" Pakatan.

Ingat Pakatan Ingat "BERUK JUMPA BUNGA"

Armand Azha Hj Abu Hanifah
Presiden
Suara Anak Muda 1Msia

Kayuhan Patriotik Putrajaya Bersama PM

Info@SAM1M

Suara Anak Muda 1Malaysia just received an invitation to join in the Kayuhan Patriotik@Putrajaya  I am glad to extend this invitation to all who are interested to cycle around Putrajaya with the Right Honourable Prime Minister. 

Program Kayuhan Patriotik@Putrajaya Bersama YAB Perdana Menteri Malaysia pada ketetapan berikut:
Date: 3 April 2013 (Wednesday) 
Time: 4.30 pm
Venue: In front of Kementerian Kewangan Malaysia, Putrajaya.

10,000 T-shirts and 5,000 bicycles will be prepared for participants. Please confirm attendance by providing me details below:

i. Name
ii. IC Number
iii. Address
iv. Handphone number

by 10.00am 2nd April 2013.

To:

armandpju@gmail.com  Atau hubungi SUA SAM1M Sdr Amin Shukur 0133646885

Let's Ride4Unity Guys

Armand Azha
Presiden
Suara Anak Muda 1Msia