Showing posts with label BN. Show all posts
Showing posts with label BN. Show all posts

Wednesday, July 10, 2013

Perumahan Rakyat Harus Di Utamakan

Info@SAM1M

Salam sahabat2 yang dihormati..

Apa pandangan, cadangan dan komen tentang kepentingan Projek Perumahan Rakyat Tempatan (PPRT) khususnya bagi anak2 muda yg baru mendirikan rumah tangga serta keluarga bumiputra yg tinggal di bandar2, Boleh saya dapatkan maklum balas tuan2 semua.

Saya Dan NGO Suara Anak Muda 1Malaysia ingin mengambil isu ini secara serious demi kepentingan bumiputra berpendapatan rendah di Bandar demi kebajikan generasi akan datang..

Pelbagai pandangan yang saya perolehi mengenai isu ini.

"Pada pendapat saya pemilikan rumah amat penting...bukan bagi rakyat tapi kesanya kepada kesinambungan pemerintahan yang sedia ada sekarang...semakin mudah pemilikan rumah bagi bumiputra dikawasan bandar bermakna semakin mudah kita memecah komposisi kaum di bandar yg lebih dikuasai kaum cina...pembinaan rumah kos tinggi yg meriah di kawasan bandar banyak mempengaruhi komposisi kaum kerana realitinya tak ramai kaum bumiputra terutamanya golongan muda mampu membeli rumah di bandar...jadi isu pemilikan rumah untuk bumiputra muda perlu diambil serius" Sdr Noorazman Shamsuddin.

"Ada dua perkara yg boleh diutarakan.. 1. PPRT seakan menjadi sinonim dgn bumiputera seprtimana kita boleh lihat org cina beli banglo, melayu duduk PPRT. 2. Harga rumah sepatutnya dikawal terumatama di kawasan2 bandar yang mana kita tahu développer yg control harga" Sdr Khairuddin.

"Mungkin ramai yang tak tahu nak apply PPRT. Apa kata dipermudahkan cara untuk memohon PPRT. Byk faedah dan kelebihan PPRT khususnya bagi anak muda berkeluarga di bandar" Sdr Shamsul Akmal.

"Lokasi & berhampir dengan kemudahan penting. Harga mesti mampu dibeli oleh rakyat tapi quality & keselesaan wajib ditingkatkan. Kerajaan harus membantu kali ini daripada memberi imbuhan berbillion kepada musuh yang tak meyokong dan berterima kasih pemberian kerajaan selama ini. Beri kemudahan sebanyak mungkin kepada Melayu supaya benih dan anak cucu kita hidup dalam lingkungan selesa dan boleh mencapai kejayaan serta kompetitif! dan berdaya saing & maju ..!" Sdr Mahzan

"Dan bukan shj hanya pd PPRT, malah perumahan utk middle income, harga sekitar bwh 350k" Sdr Munir

"It is time for government to interfere to protect the people (Malay) di bandar2. Unless top leader sudah kena sumbat mulut dgn tauke2 konglomerat property" Sdr Halim

"Kebanyakan rakyat berpendapatan rendah.. klu gaji 2-3k x cukup nak tampung keluarga maka PPRT ini amat penting" Sdr Remy Ibnu

"Susah nk dpt even dh apply, bos..payah klau dh smua nk pakai kabel kroni bagai." Sdr Long

"Perlu lg ker pandangan dan komen? Lg terang dan bersuluh masalah ini..adalah lebih baik kerajaan BN mengambil tindakan dalam skala yg besar..kerana jikalau tidak mengambil tindakan dlm skala yg besar,kelak akn bawak padah BN dan UMNO khususnya. Kapasiti melayu di kwsn bandar semakin kurang dan semakin pupus maka ini akn menjurus lemahnya kuasa UMNO di kwsn bandar. Secara hakikatnya pon, UMNO hanya relevan di kawasan kampung dan bukannya bandar pada waktu sekarang. Golongan melayu semakin ditolak ke luar bandar secara perlahan-lahan. Nanti sampai suatu masa, dh x tau mana lg nk tolak dan campak org melayu kita ni kalau tiada kawalan harga hartanah. Anak muda semakin kecewa dan kecewa utk survival di bandar. Org muda zaman sekarang adalah golongan muda yg paling tertekan dari sudut kemampuan kewangannya. Penat baca surat khabar kdg-kdg NGO hanya mampu mendesak kerajaan buat itu ini tp takat itu sahaja tindakan yg dibuat." Sdr Fitri Yahya

"Dalam hidup ini rumah merupakan satu kemestian. Kita tiada pilihan berbanding keperluan lain spt kereta, pakaian. Begitu juga makanan. Bayangkan jika purata gaji 2k duduk di bandar2 besar adakah mampu untuk membeli rumah???  Biarlah realiti dari berfantasi dan retorik semata" Janal Bahari

"Cadangan saya:
1. Kadar harga biar sekurang2nya separuh dari harga pasaran mengikut bandar.
2. Deposit 10% jika perlu boleh dibayar secara ansuran. (Sebaiknya minimumkan deposit atau hapuskan).
3. Tapak projek/perumahan dilengkapi prasarana asas seperti surau, balai rakyat, tadika/pusat asuhan.
4. Permohonan melalui badan yg lebih telus.
5. Pengurusan pembahagian lot melalui badan yg telus td bukannya pemaju kerana boleh berlaku 'isu simpan lot" Dr Israfil

"Begini : Bagaimana bagi mereka2 yg kurang berkemampuan, gaji purata sebulan bawah RM1,500-00, mempunyai keluarga dan bukan bekerja Tetap,adakah solusi untk kita membantu mereka yang betul2 berhasrat untk membeli rumah dan memandangkan syarat2 pinjaman yg terlalu ketat sehinggakan ada dikalangan mereka hanya mampu menyewa bilik2 kecil disekitar Ibu Kota"  Rakyat Perihatin

"Jika sebelum ini kerajaan melancarkan skim rumah pertama (PRIMA) untuk bumiputra yang b'pendapatan rm3000 kebawah untuk memiliki rumah pertama. Apa kata jika kita bina rumah kos rendah untuk belia2 yang baru memulakan hidup di bandar. Tak mungkin belia yang baru berhijrah ke bandar untuk bekerja mampu untuk memiliki rumah sendiri dalam tempoh 3 tahun terdekat. Jika kereta, kita mampu wujudkn skim graduan untuk m'bantu graduan yang baru mula bekerja untuk memiliki kereta sendiri. Kenapa tidak kita gunakan cara yang sama untuk memliiki rumah. Sekarang ni jangan kata kos untuk memiliki rumah terlalu tinggi, kos untuk menyewa rumah pun sudah dianggap tinggi. Itu sebab kebanyakan anak muda sekarang lebih suka tinggal dikampung bersama keluarga dari berhijrah ke bandar untuk meningkat taraf hidup daripada seorang anak kampung menjadi seorang yang berjaya dibandar." Sdr Andy

"Demi Kepentingan Kerajaan dan Bumiputera projek PPRT perlu diteruskan. Keseimbangan kaum di Bandar perlu diambilkira memandangkan ekonomi kaum Bumiputera masih jauh jika hendak dibandingkan dgn kaum Cina dan India...Kerajaan juga perlu membantu dari segi ekonomi kaum Bumiputera supaya kaum Bumiputera juga dpt menikmati kemajuan seiring dgn Kemajuan sekarang. Jika kerajaan terlepas pandang dgn ekonomi kaun Bumiputera. PRU13 telah menunjukkan bagaimana kekuasaan kaum Cina menguasai bandar2 diMalaysia...hanya 2 negeri sahaja masih mengekalkan parti kerajaan iaitu Johor Bahru dan Arau...saya setuju Projek Perumahan Rakyat Tempatan(PPRT) harus dilaksanakan" Sdr Zaini Sinong

Terima kasih pada yang memberikan sokongan serta pandangan dalam isu ini..Saya harap sahabat2 semua boleh terus salurkan maklumat tentang pandangan dan cadangan ke email saya armandpju@gmail.com

Suara anda suara perubahan masa hadapan negara. 1 NADI , 1 HARAPAN , 1 SUARA....

Armand Azha
Pengasas
Suara Anak Muda 1Malaysia.

Thursday, April 4, 2013

Warkah Dato Seri Najib Tun Razak

Empat Tahun Membina Masa Depan Yang Lebih Cerah

Saudara/Saudari Arman Azha Bin Abu Hanifah.

Salam 1Malaysia,

Kelmarin genaplah empat tahun pentadbiran saya sebagai Perdana Menteri. Sepanjang tempoh itu, saya dan para Jemaah Menteri telah berusaha sedaya upaya untuk memberi khidmat terbaik kepada seluruh rakyat Malaysia.
 
Matlamat saya adalah untuk melihat negara kita ini terus maju. Sebab itulah, saya sentiasa bekerja keras bagi memastikan hasrat itu tercapai.
 
Sebaik memegang jawatan Perdana Menteri, saya telah memperkenalkan prinsip 1Malaysia yang menekankan mengenai perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini. Menerusi prinsip ini, saya telah perkenalkan pelbagai inisiatif yang memberi manfaat dan meringankan beban setiap rakyat tidak kira bangsa mahupun kepercayaan agama mereka.
 
Semasa mula-mula mengambil alih tampuk pentadbiran negara, ekonomi global berada pada keadaan tidak menentu. Namun, pengenalan Program Transformasi Ekonomi telah berjaya memberi kemajuan ekonomi kepada negara sekali gus mengelakkan kita dari terjerumus ke kancah kegawatan ekonomi yang berterusan.
 
Dalam tempoh itu juga, saya telah melaksanakan pelbagai transformasi politik yang memberi lebih kebebasan kepada Rakyat. Ini termasuklah dengan meminda, memansuh serta menggantikan undang-undang yang dianggap tidak lagi sesuai dilaksanakan dalam landskap politik semasa.
 
Selain itu, pentadbiran saya juga turut menyumbang kepada kepimpinan global. Pergerakan Kesederhanaan Global yang saya perkenalkan mendapat pengiktirafan ramai pemimpin dunia termasuk Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dan Perdana Menteri Britain, David Cameron.
 
Kerajaan pentadbiran saya sentiasa berusaha untuk merapatkan hubungan dengan Rakyat. Maka sebab itulah Kerajaan memperkenalkan saluran secara online untuk menggalakkan penglibatan Rakyat dalam setiap keputusan Kerajaan. Laman sosial seperti Facebook dan Twitter benar-benar membantu saya bukan sahaja berkomunikasi malah juga mendengar suara hati Rakyat.
 
Untuk itu, dengan pembubaran Parlimen ke-12 kelmarin, kini, terpulanglah kepada anda untuk menilai kerja keras kami selama ini. Teruslah menyokong saya dan kongsilah emel ini bersama rakan-rakan, ahli keluarga atau rakan sekerja anda agar kita dapat sama-sama memastikan impian untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 dapat dicapai.

Najib Razak

Saturday, March 30, 2013

PRU13 BN MENANG BESAR : TUN DAIM

Tun Daim ramal BN menang majoriti lebih besar

Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin yakin Barisan Nasional (BN) akan menang dengan majoriti yang lebih besar pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Katanya, walaupun BN mungkin kehilangan beberapa kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Johor, Sabah dan Sarawak namun keputusan keseluruhan akan lebih baik berbanding tahun 2008 kerana BN juga dijangka akan memenangi balik banyak kerusi di Selangor, Kedan dan Kelantan.

Beliau berkata demikian dalam temuramah bersama akhbar China Press yang disiarkan hari ini.

Kata beliau, BN memiliki peluang yang cerah untuk menawan kembali Selangor dan Kedah tetapi masih tidak mampu untuk mendapatkan kembali Pulau Pinang dan Kelantan.

“Penduduk Kedah dilihat bersedia mahu membantu Mukhriz Tun Mahathir untuk menjadi Menteri Besar negeri itu,” katanya.

Selangor pula katanya berpeluang jatuh kembali ke tangan BN andai perikatan berkenaan dapat menyediakan calon menteri besar yang sesuai dan diterima ramai.

Perak pulak jelas beliau, wujud peluang sama rata atau 50-50 kepada BN dan Pakatan Rakyat bagi menguasainya.

Menurut Daim, permasalahan terbesar dengan pembangkang di negara ini ialah mereka tidak memenuhi janji-janji yang dibuat dalam manifesto tahun 2008.

Katanya, disebabkan itu pembangkang dilihat kurang kredibiliti dan tidak dipercayai rakyat.

Beliau juga menafikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai terlepas peluang keemasan untuk membubarkan Parlimen seperti yang dijaja beberapa pemimpin DAP.

Katanya, pembubaran boleh dilakukan pada bila-bila masa yang sesuai dan bukan dalam tempoh tertentu sahaja.

Dalam temuramah berkenaan, beliau juga menasihati pengundi Cina agar berfikir secara mendalam dan berhati-hati sebelum mengundi.

“Apa yang anda dapat dengan cuba menghukum BN,” soalnya.

Beliau juga yakin pengundi kali ini akan mengundi berdasarkan tiga faktor utama iaitu menolak penyelewengan, ekonomi dan masa hadapan.

Mengulas mengenai insiden pencerobohan di Lahad Datu beliau berkata, ia merupakan sesuatu yang menyebelahi BN walaupun ia tidak dirancang oleh pihak itu.

Pandangan Daim mengenai keputusan pilihan raya umum adalah sesuatu yang ditunggu terutama apabila meramal dengan tepat keputusan PRU ke 12 (2008) yang menyaksikan BN kehilangan beberapa negeri yang dilihat kubu kuat kerajaan ketika itu.

TERBAEK. .SAYA PILIH MENGUNDI. SAYA PILIH BARISAN NASIONAL. .

# Terima Kasih Minda Hijrah