Monday, February 28, 2011

"Takkan Melayu Hilang Di Dunia"


Salam Sahabat2 Yg Di Hormati,

Tertarik hati saya artikel yg saya baca mengenai keadaan terkini landscape negara kita. Ini saya lampirkan artikel yg saya maksudkan dibawah oleh Berita Harian.


Generasi lama, baru perlu cari titik persamaan perkasa Melayu —
Berita Harian

February 28, 201128 FEB — Ungkapan “Takkan Melayu Hilang Di Dunia” mungkin tidak lagi bermakna satu masa nanti, sekiranya generasi baru bangsa majoriti bumi bertuah ini enggan meneruskan perjuangan mempertahankan hak yang selama ini dipelihara kemas Perlembagaan Persekutuan.

Beberapa pemimpin veteran meluahkan kebimbangan terhadap kemunculan golongan yang melabel diri sebagai “Melayu liberal” kerana majoriti kumpulan ini berasa bangsa Melayu tidak lagi perlu diberi sebarang merit atau perlindungan, dan perlu bersaing di pentas sama rata dengan bangsa lain.


Sukar untuk menyangkal pendapat kedua-dua golongan ini.

Generasi sebelum atau selepas merdeka yang turut terbabit secara langsung dalam proses pembangunan negara, sudah pasti bimbang dengan trend pemikiran generasi baru, yang lahir dan terus mengecap kemewahan pembangunan tanpa perlu bersusah payah.

Manakala, generasi XY yang dilahirkan dalam suasana Malaysia serba mewah dan makmur, juga sudah pasti tidak faham mengapa perjuangan untuk bangsa perlu diteruskan, sedangkan semakin ramai mampu bersaing, malah bertindak lebih cemerlang daripada bangsa lain.



Dilema kedua-dua kumpulan ini harus difahami dan ditangani dengan serius kerana pertembungan pendapat perlu mencapai satu titik persamaan bagi memastikan ungkapan Laksamana Hang Tuah “takkan Melayu hilang di dunia” akan terus kekal selama-lamanya.

Kumpulan yang perlu dibimbangi ialah golongan minoriti Melayu baru, yang menganggap diri mereka tidak memerlukan lagi tongkat dan bantuan untuk duduk sama rendah serta berdiri sama tinggi dengan bangsa lain.

Simposium Dilema Melayu baru-baru ini menyerlahkan pertembungan idea antara generasi lama dan baru ini, tetapi isu yang dibincang masih membabitkan soal perjuangan lama seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan kuota 30 peratus Bumiputera, isu pendidikan negara dan pertikaian hak yang telah termaktub dalam Perlembagaan.

Isu kemunculan semakin ramai Melayu liberal juga dibincang dengan serius kerana keghairahan mereka menegur pelbagai dasar dan keputusan membabitkan kepentingan bangsa Melayu, tanpa menimbang impak yang mungkin berlaku.

Golongan veteran yang hadir sebagai panel penceramah hanya mampu tersenyum melihat keghairahan bekas dan mahasiswa Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi) bertanya soalan terutama membabitkan kuota 30 peratus Bumiputera yang tidak mencerminkan kedudukan majoriti bangsa Melayu, mengapa “kita” terlalu berlembut dengan bangsa lain, dan mengapa bangsa Melayu terus berpecah.

Bagaimanapun, kedua-dua kumpulan berbeza peringkat umur ini bersetuju atas satu perkara iaitu sudah tiba masa untuk bangsa Melayu tidak mengira puak, parti atau ideologi politik bersatu sebagai satu bangsa bermaruah dan mengukuhkan kedudukan sesuai dengan hak yang diperuntukkan Perlembagaan.

Ramai bersetuju dengan Pengerusi Eksekutif Media Prima, Datuk Johan Jaafar, yang menegaskan bangsa Melayu telah memasuki abad ke-21, ia tidak lagi mampu untuk terus merintih dan meletakkan diri dalam pelbagai dilema. Sebaliknya, bangsa yang pernah dijajah Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun ini perlu memperkasakan diri dan menetapkan hala tuju masa hadapan yang lebih konkrit.



“Bangsa Melayu kita tidak kurang kehebatannya daripada bangsa lain, tetapi ramai antara kita ketepikannya. Sebaliknya ramai berasa bimbang, risau dan menganggap kita sentiasa menghadapi suasana yang cukup gawat.

“Hakikat paling penting di sini ialah kita bukan lemah, tetapi gagal mengartikulasikan diri kita dan mewujudkan kekuatan sebenarnya yang seharusnya wujud di dalam diri setiap bangsa Melayu,” kata tokoh media ini.

Pemimpin veteran Umno, Tan Sri Sanusi Junid pula meminta golongan muda tidak “tergila-gila” marahkan kegagalan mencapai kuota 30 peratus yang ditetapkan DEB, kerana ia hanya angka.



“Kita sebenarnya perlu melihat kepada angka lebih besar, 40 atau 50 peratus, kerana bangsa Melayu adalah penduduk majoriti tetapi kerana hanya melihat di permukaan maka kita sering terkeliru.

“Contohnya, angka 2020 yang diilhamkan Tun Dr Mahathir Mohamad asalnya bermakna “perfect vision” (penglihatan sempurna) tetapi yang menterjemahkannya bercakap mengenai tahun, akhirnya kita hanya akan menjadi negara maju menjelang 2020,” katanya.

Tan Sri Isa Samad yang dikritik Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Investment Banking, Datuk Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, atas pelantikannya sebagai Pengerusi Felda yang didakwa memberi isyarat tidak sihat kepada pelaburan negara, tidak dapat menahan diri daripada menegur beberapa pegawai GLC yang memandang remeh perjuangan bangsa Melayu.



“Kini sudah wujud orang Melayu yang tidak sedar atau menolak (hakikat) bahawa mereka orang Melayu. Jika kumpulan ini dibiarkan tanpa ditegur, Melayu mungkin tidak hilang di dunia tapi Melayu “jenis” apa yang akan wujud nanti.

“Apabila Melayu lemah atau Melayu diperkudakan oleh orang lain, maka orang Melayu akan kehilangan hak dan kedudukannya,” kata Isa.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali pula menegaskan, bangsa lain semakin kuat dan lantang kerana mereka sentiasa mencari jalan untuk memastikan hak mereka sebagai bangsa Malaysia tidak diperlekehkan.



“Sudah tiba masa bangsa Melayu sebagai pribumi mengambil tindakan yang sama. Jangan mendabik dada dengan kedudukan majoriti pada lebih 60 peratus kerana peratusan bangsa lain juga semakin bertambah dengan serius.

“Jangan lagi percaya kepada kata-kata Hang Tuah — “Takkan hilang Melayu di dunia” kerana jika Melayu tiada jati diri dan nilai hidup yang baik, orang Melayu akhirnya akan lenyap,” katanya. — Berita Harian

PERKASA SUARA TERAS PERPADUAN


Salam sahabat2 yg saya hormati,

Sebelum ada pihak memperleceh usaha Datuk Ibrahim Ali awal-awal lagi beri kata dua mengenai Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) yang baru ditubuhkan serta diketuai beliau.

PERKASA yang akan memperjuangan hak orang Melayu dan pribumi negara ini bukan retorik politik dan kami bersedia dikenakan tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sekiranya pertubuhan itu dilihat boleh mencetuskan kebimbangan kaum lain.

Sudah ada banyak dan macam-macam NGO (pertubuhan bukan kerajaan) Melayu…tetapi ini (PERKASA) bukan retorik politik dan sedia kena ISA utk memartabatkan perjuangan Agama,Bangsa, Tanahair.



PERKASA akan menjadi payung kepada pelbagai NGO Melayu dan Bumiputra bagi memperjuangkan hak serta kepentingan Melayu dan pribumi di negara ini termasuk kaum di Sabah dan Sarawak.

Sebab lain ujudnya pertubuhan itu katanya kerana ada pertubuhan Dong Jiao Zong dalam masyarakat Cina manakala Hindraf dalam India dan kini PERKASA untuk Melayu.

Apa salahnya, pertahankan hak bumiputra yg sedia termaktub dlm perlembagaan negara, adakah menghormati perlembagaan negara dan pertahan apa yang termaktub dlm perlembagaan negara itu di anggap sebagai Racist, Perkauman, Ekstremist , Haluan Kanan dan Macam2 lagi?



PERKASA bukan hendak bersaing dengan kaum-kaum lain tetapi bertujuan mempertahankan apa yang ada dalam Perlembangaan terutama Fasal 15.2 dan 15,3.

Pertubuhan ini terbuka kepada semua orang Melayu dan pribumi berusia 18 tahun ke atas serta melampaui idealogi.



Kalau kita gerak bawah parti susah. Biarlah dengan NGO. UMNO, PAS dan lain-lain boleh sama-sama berjuang untuk kepentingan Melayu. Masa pilihan raya, tak apalah kita berlawan tapi demi Melayu, kita mesti bersatu.



PERKASA akan memperkasakan Islam, Melayu, Raja-Raja, hak istimewa orang Melayu dan perpaduan kaum.

Tagline PERKASA antaranya adalah "Perpaduan Pribumi Tunggak Perpaduan Negara"Kita juga akan bergerak dengan berhemah, bijaksana dan berdisplin.

PERKASA kini sudah mempunyai ahli semua peringkat termasuk golongan profesional, pertubuhan silat dan angkanya dijangka bertambah tiap hari.



Saya Seorg Melayu, Saya Rakyat Malaysia, Saya Bukan Racist Kerana Sayangkan Asal Usul Saya Dan Saya Menyokong GAGASAN 1MALAYSIA Yg Berteraskan Pada Perlembagaan Negara.

Provokasi PRK Merlimau Dan Kerdau..


Salam Sahabat2 Yang Di Hormati,

Sebentar Tadi Saya Telah Dihubungi Oleh Rakan2 Bloggers Drpd Perak " Perak Cyber Troopers" Dan "Sekupang Dua" Minta Penjelasan Tentang PRK Merlimau Dan Kerdau Di Mana Puak2 Yg Tidak Bertanggungjawab Mengeluarkan Risalah2 Dan Banner2 Yang Mengunakan Logo PERKASA.

SURAT PROVOKASI PALSU, ISH2 BODOH BETUL LAR


Di Sini Saya Selaku Ketua Wira Perkasa Mewakili Perkasa Ingin Nyatakan Pihak PERKASA Tidak Terlibat Langsung Dlm Sebaran Risalah Dan Banner2 Yg Berunsur Provokasi Di Kedua2 Tempat di PKR. Pihak Perkasa Negeri Melaka dan Pahang Telah Membuat Satu laporan Polis Terhadap Fitnah Yang Di Lihat Kurang Matang Dan Kebudak-budakan Sehingga Terdesak Mencemarkan Nama Baik Pihak PERKASA.

LIHAT GMBR DIBAWAH BODOH BETUL PROVOKASI DEPA NI


Disini Sekali lagi Saya Ingin Menegaskan Sekali Lagi Pihak PERKASA Tidak Pernah Mengeluarkan Apa2 Risalah Atau Banner2 Seperti Yang Di Laporkan.



Kadang2 Fikir2kan Kelakar Juga Puak2 Yg Mengunakan Provokasi Murah Ni, Ni Jelas Menunjukkan Pihak PERKASA Melakukan Tanggungjawab dan Amanah Yang Di Berikan Oleh Ahli2 dan Penyokong2 PERKASA Dimana Pihak2 Yg Tidak Bertanggungjawab Sehingga Terdesak Membuat Provokasi Bodoh Camni. Yg Paling Kelakar Ada Pihak Parti2 Politik Yg Melihat PERKASA Sebuah NGO Yang Konsisten Dalam Perjuangan Utk Membantu BUMIPUTRA, Dulu Mereka Hina, Kutuk, Caci..Etc, KINI MEREKA PULAK BUAT NGO YG SERUPA CAM PERKASA, Hehehehe Ibarat Ludah Kelangit Hinggap Muka Sendiri.

LAPORAN POLIS PERKASA MELAKA

DISINI INGIN SAYA NYATAKAN PERKASA TIDAK AKAN BERGANJAK DRPD PRINSIP PERJUANGAN YG DIBAWA WALAUPUN PELBAGAI CABARAN DAN HALANGAN YG DIHADAPI.

"ALANG2 GENGGAM BARA API BIAR SAMPAI JADI ARANG"

PERKASA MEMPERTAHANKAN HAK BUMIPUTRA YG JELAS TERMAKTUB DLM PERLEMBAGAAN NEGARA, PERKASA TIDAK PERNAH MINTA LEBIH ATAU KURANG SEPERTI MANA YG TELAH TERMAKTUB DLM PERLEMBAGAAN NEGARA. PERKASA MENGHORMATI SEMUA HAK2 KAUM2 LAIN, AGAMA LAIN, BANGSA LAIN SEPERTI YANG TERMAKTUB DLM PERLEMBAGAAN NEGARA.

PERPADUAN MELAYU ISLAM MERUPAKAN BATU ASAS PERPADUAN DAN MUHIBBAH UTK SEMUA KAUM DI MALAYSIA KEARAH 1MALAYSIA YG HARMONI.

I'M A MALAY, I'M A MALAYSIAN, I'M NOT A RACIST AND I'M 1MALAYSIA...

Nasionalisme Ok


Salam Semua,

Khalid Samad Debat Ngan Saya Isu Nasionalisme Dlm Twitter, Saya Kasi Fakta Sejarah Ni Dia Diam.

Semangat Nasionalisme Dr Baharuddin Al-Helmi Dapat Dikesan Dalam Ucapannya Ketika Mesyuarat Agung Pas Yang Ke 12, 1964. Katanya :

"Kalau Tanah Melayu Ini Misalnya, Mengikut Hak Asasi Dan Hak Asal Dipunyai Oleh Bangsa Melayu, Maka Tentu Salah Hendaknya Ada Bangsa Lain Yang Bernafsu Jahat Untik Merebut Dan Menjadikan Negeri Ini Hak Bangsanya Pula. Tiap-Tiap Bangsa Didunia Ini Berhak Pertahankan Hak Bangsanya Sendiri. Soal Mempertahankan Hak Sesuatu Bangsa Itu Bukanlah Soal Perkauman , Itu Soal Bangsa"

PAS Sokong Nasionalisme Dulu Demi Martabat Agama , Bangsa , Tanahair.....Kini, Buat Kata Nabil "Lu Pikir Lar Sendiri"
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, February 27, 2011

HINDRAF = PKR

Salam Sahabat2 Yg Saya Hormati,

Semalam Satu Pertubuhan Haram HINDRAF Telah Gagal Utk Buat Perhimpunan Bantahan Terhadap Novel "Interlok".

Jelas Kita Kaji, Kenapa Pemimpin2 PR Yg Turun Dan Berikan Sokongan Pada Hindraf. Tak Pelik Ker..Boleh Kita Lihat Gerakan Pemimpin2 PR Jelas Menyokong "HINDRAF" Dgn Pengunaan Media2 Alternatif Seperti Facebook, Blog2 Dan Paling Nyata Adalah Pengunaan " TWITTER" Yg Terang2 Pemimpin2 PR Sokong "HINDRAF" Utk Membuat Huru-Hara Di Ibu Kota.

Puak2 DAP Khususnya Anak KARPAL "Gobind Deo" Turun Berikan Sokongan Pada Pertubuhan Haram Ni, Memalukan Sahaja.

GAMBAR DIATAS JELAS HUBUNGAN HINDRAF DAN PKR.

Nama Dia Jayatas,Org Melaka, Dulu Nak Mampus Sgt2 Beliau Dan Hindraf Kutip Derma Sana Sini Konon Sakit Buah Pinggang Tapi Dah Dapat Byk Kutipan Buat2 Bodoh Jer. Beliau Bekas Calon PKR 04. Kini Coverline Konon, Buat2 Kecoh Pasal Berangan Nak Jadi Calon PRU13 Utk PKR Lagi. Kita Patut Kita Terajang Jer Celaka ni.

"HINDRAF" Buat Kutipan Derma Drpd Masyarakat India Dahulu Dgr Citer Sampai Jutaan Ringgit Alasan Nak Bantu Kaum India, Yg Terang Dan Jelas Kita Lihat Pemimpin No 1 Hindraf Hidup Kaya-Raya Kat Luar Negara Pakai Duit Tu. HINDRAF Menipu Masyarakat Kaum India Utk Kepentingan Mereka Sendiri..

JOM, SAYA BUAT KEMPEN LUDAH "HINDRAF", PUIT,PUIT,PUIT...

-Armand VS Hindraf-
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

LAGAKAN PEKIDA PERKASA???

Salam Sahabat2 Yg Dihormati,

Provokasi Murahan Pihak Yg Tidak Bertanggungjawab Di Merlimau Yg Mahu Lagakan PERKASA Dan PEKIDA Dgn Membentangkan Beberapa Banner Dan Kain Rentang Sekitar Merlimau Yg Mengatakan Kedua2 Pertubuhan Ni Bergaduh Antara Satu Sama-Lain Sudah Gagal.

Kerana Esok Jam 4 ptg Perkasa Melaka & Pekida Jasin Akan Membuat Laporan Polis Ekoran Provokasi Politik Pembangkng Yang Cuba Melaga2kn kedua-dua pertubuhan Orang Melayu ini Utk Mewujudkan Kekeliruan Pengundi di Merlimau.

Kita Akan Tentang Habisan2 Puak2 Yg Melagakan 2 Pertubuhan Melayu Ini. Bukan Sekadar PEKIDA, PERKASA Menghormati Semua NGO2 Yg Membawa Agenda Penyatuan Ummah Kearah Perpaduan Dan Muhibbah, Tanpa Menganggu Gugat Kaum, Agama, Bangsa Lain Selagi Termaktub Didalam Perlembagaan Negara.

Penyatuan Dan Kebangkitan Penyatuan Perpaduan Melayu Kearah 1Malaysia.

-Arman Azha Hj Abu Hanifah-
Ketua Wira Perkasa Msia
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, February 26, 2011

HINDRAF PENAKUT

Salam Semua,

Syukur Rakyat Msia Menolak Perhimpunan HINDRAF Di Ibu Kota Hari Ni Dimana Gagal Himpunkan Gelombang Kemarahan Kaum India Ciptaan HINDRAF.

Tujuan Alasan Hindraf Nak Bakar Buku "Interlok" Pasal Perkataan "Paria". Soalan Saya Pada Presiden Dan Pengikut2 Buta HINDRAF, Kenapa Diam Bila Timbalan Presiden PKR YB AzminAli Hina Pemimpin Reformis India YB Ngobalakrishnan Panggilan "PARIA" Camana. Kenapa Diam Sejuta Bahasa Takut Ker Atau HINDRAF Alat PKR NAK DPT SIMPATI KAUM INDIA.

Jelas Hari Ini HINDRAF Machai PKR, Takut Pada "PKR RACIST PARTY" Yg Terang2 Hina Pemimpin Kaum India, Terang2 Ada Nepostisme, Kronisme, Moral..PKR Mengamalkan Politik Sempit, PKR Sebenarnya Pencetus Perpecahan, PKR Harus Di Tolak.

PKR Kata Perjuangkan KETULUSAN, KEBEBASAN BERSUARA, KEBEBASAN AKHBAR, KEBEBASAN BERHIMPUN DAN MCM2..CKP TAK SERUPA BIKIN.

Contoh

Bila Anggota PKR Chegubard Melaung2kan Ketulusan Dlm Pemilihan PKR Ibarat Anjing Menyalak Bukit Tidak Dilayan.

Bila Anggota PKR Tegur Atau Bersuara Ttg Kepincangan PKR Di Pecat!!

Perhimpunan/Konvensyen PR Dihalang Beberapa Akhbar Utk Buat Liputan

YG PALING BEST MASA KES MAHKAMAH ALTANTUYA DESAK BUAT PERBICARAAN TERBUKA ALASAN RAKYAT MAHU TAU.

KINI PERBICARAAN KES LIWAT ANUWAR, BUAT SECARA TERTUTUP, APA BARANG..KALAU BERANI BUAT SECARA TERBUKA LAR, RAKYAT PERLU TAHU KEBENARAN..

Tak Heran Lah Byk Pemimpin2 Utama Dan Pengasas PKN/PKR Bertindak Tinggalkan Parti Kerana Sudah Hilang Dan Sasar Prinsip Perjuangan PKR. Kini Jelas PKR Parti Danasti Keluarga AnuWar..

Kenyataan Dan Fakta Sebenar..PKR HARUS BERTAUBAT!!!!

Wira Perkasa Perjuangkan Perpaduan Melayu, Tapi Tidak Pernah Hina Mana2 Kaum, Agama, Bangsa Kerana Percaya Bila Wujud Perpaduan Melayu Maka Rakan2 Lain Akan Bersama2 Dlm Agenda Perpaduan Negara Msia, Baru lar 1MALAYSIA..

-Armand Anti Hindraf-
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

TAHNIAH PERKASA PERAK

Salam Sahabat2 Yg Saya Hormati.

Saya amat gembira dan terharu di atas kehadiran, sokongan serta kepercayaan dari semua. Kami mendoakan agar kalian semua dilindungi Allah SWT dan selamat tiba ke lokasi masing2.

Tahniah PERKASA PERAK atas kejayaan "PERHIMPUNAN MELAYU PERKASA PERAK".

Tapi satu peristiwa yang secara peribadi yg saya tidak akan lupakan adalah dimana seorg wanita yang mengandung hadir bersama keluarganya drpd Sg Petani Kedah Tiba2 Emergency dan "MELAHIRKAN ANAK PERJUANGAN" Di Perhimpunan tersebut , alhamdulilah kecekapan pihak Hospital Perak yg berada disitu telah berjaya membantu melahirkan seorang bakal pewaris Perjuangan.

Terima kasih Pihak Polis, Rela, Rakan2 Media, Bloggers, Hospital Perak Dan Semua Yg Terlibat Dlm Kejayaan Perhimpunan Semalam.

Semoga Allah SWT memberkati dan merahmati perjuangan murni kita demi agama, bangsa dan tanahair.. Hidup melayu.!! Allahu Akbar.!!

Kita jumpa lagi di Perhimpunan Melayu Perkasa Kedah pada 26 April 2011 nanti.. Bangkitlah Melayu.!!

Berikut Dibawah Artikel DiPetik Drpd BERNAMA :

Anwar dan Nik Aziz pengkhianat Melayu, dakwa Mahathir

KAMPUNG GAJAH, 26 Feb – Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengulangi kecaman terhadap penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang disifatkan sebagai pengkhianat bangsa Melayu kerana sanggup memecahbelah perpaduan ummah hanya semata-mata untuk kepentingan politik.

Beliau berkata Anwar sanggup memecah belahkan orang Melayu untuk meraih sokongan semata-mata membolehkan beliau ke Putrajaya untuk menjadi Perdana Menteri, Nik Abdul Aziz pula menjadikan isu agama untuk mengkafirkan orang lain dengan membuat andaian orang yang berjuang untuk bangsa adalah orang kafir.

"Saya tidak tahu Nik Aziz dapat dari mana-mana hadis atau Al-Quran yang mengatakan sedemikian," katanya berucap pada Perhimpunan Melayu anjuran Perkasa Perak di sini.

Bekas Perdana Menteri itu berkata mengikut kenyataan Menteri Besar Kelantan itu, mereka yang menjadi nasionalis dianggap telah menolak agama.

"Bagi Nik Aziz kalau hendak menjadi Islam bukan saja mengucap dua kali syahadah tetapi menjadi tiga kalimah termasuk menjadi ahli dalam parti PAS, baru dianggap sah sebagai orang Islam," katanya.

Dr Mahathir berkata pemimpin PAS itu juga sanggup mengeluarkan kenyataan beliau sedih dilahirkan sebagai orang Melayu kerana ingin mendapat simpati dan sokongan daripada kaum lain.

Bercakap kepada pemberita selepas perhimpunan itu, beliau berkata Negara perlu mencatat pertumbuhan ekonomi 7 peratus setiap tahun bagi mencapai sasaran taraf negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Beliau berkata rakyat juga perlu bekerja kuat untuk memastikan pengeluaran produktiviti berkualiti tinggi kerana negara tidak boleh bergantung kepada pelaburan luar sahaja sebaliknya mesti memberi galakan kepada pelaburan dalam negara.

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali, Anggota Parlimen Pasir Salak Datuk Tajuddin Abdul Rahman dan bekas Menteri Besar Perak Tan Sri Ramli Ngah Talib adalah antara orang yang menghadiri perhimpunan itu. – Bernama


Salam 1Perpaduan Melayu, 1Penyatuan Melayu Kearah 1Malaysia.

WASALAM.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, February 24, 2011

PERHIMPUNAN MELAYU PERKASA PERAK

Salam. Kpd Seluruh Sahabat2 Warga Msia Dengan Segala Hormat Dan Takzim Sekali Bagi Perkasa Negeri Perak Menjemput Semua Ke "PERHIMPUNAN MELAYU/BUMIPUTRA PERKASA PERAK"

Pada 26 hb Febuari 2011 (Sabtu)
Jam 2.00 Petang
Lokasi di Litar Lumba Pulau Datuk Sagor, Kg Gajah, Pasir Salak Perak.

Ucaptama:
Mantan PM Y.Bhg Tun Mahathir
YB Dato Ibrahim Ali
YB Dato Tajuddin Rahman

Kehadiran Dari Seluruh Sahabat2 Akan Menambah Seri Dan Kemeriahan Majlis ini. Hindari Perpecahan, Tanamkan Semangat Penyatuan Dan Perpaduan.

Perhimpunan Ni Bukan Nak Bergaduh Atau Nak Berperang Ngan Mana2 Kaum,Bangsa Dan Agama , Tetapi Nak Menunjukkan Sudah Tiba Masanya Utk Org2 Melayu Kembali Bersatu. Hanya Bila Org Melayu Bersatu Maka Akan Ada Kembali Perpaduan Dan Muhibbah Di Negara Kita Sebagai Contoh Kepada Rakyat Msia Seterusnya Di Hormati Oleh Semua Lapisan Kaum Dan Agama.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, February 21, 2011

SENARAI EXCO WIRA PERKASA MALAYSIA


EXCO WIRA PERKASA MALAYSIA

KETUA WIRA PERKASA
SDR ARMAN AZHA HJ ABU HANIFAH

NAIB WIRA PERKASA
SDR IRWAN FAHMI BIN IDERIS

SETIAUSAHA AGUNG WIRA
SDR IDROOSE TAMRIN

SETIAUSAHA KERJA WIRA
SDR FARID BIN ABDULLAH

BENDAHARI WIRA
SDR AZUAN HJ ABU BAKAR

KETUA PENERANGAN WIRA
SDR NURUL IZHAM BIN NURUL ANUAR

EXCO WIRA PERKASA

SDR SHAHROL NIZA BIN OMAR
SDR FAZIL BIN MOHAMAD DALI
SDR MOHD FAUZI BIN ABD RAHMAN
SDR MOHD AFIQ BIN ABD HADI
SDR MOHD SALIM BIN ISKANDAR
SDR MOHD FAHEEDI BIN AILIAS
SDR MOHAMMED RIZAN BIN HASSAN
SDR MOHD NOR SAFAR BIN MAT DARUS
SDR SHAHRUL NASRUN BIN KAMARUDDIN
SDR S.MOHD SHAHRYDZAL BIN S.MOHD SHAMSUDDIN
SDR WAN MUHAMMAD AZRI BIN WAN DERIS
SDR FAUZI BIN AHMAD
SDR MUHAMMAD FAUWAAZ BIN RAMLI
SDR RUZAINI BIN RAMLI
SDR NAZZIF BIN ABU BAKAR
SDR RIZWAN RIZAL EFFENDI BIN MOHAMAD ARIS
SDR EZWAN SHAH BIN KAHAR
SDR ABDULLAH BIN IBRAHIM
SDR MOHAMED NAZARI BIN AHMAD
SDR MEGAT RAZIE BIN MEGAT AZIZ
SDR MUZAMMIL BIN MARDZUKI
SDR RIZAL SUDIRMAN
SDR SHAHRULNIZAM BIN ABD SAMAD
SDR MARZUKI BIN KAMIS
SDR SAZALI BIN SAI’ON
SDR AMEER SHAFIQ BIN SHAHIDAN
SDR FHAZAL BIN AZNAN
SDR AMILUDIN ABD LATIP
SDR AHMAD SHAFIE BIN AHMAD HAMBALI

SEMOGA YANG DILANTIK AKAN MEMEGANG AMANAH DENGAN PENUH KEIKHLASAN SERTA DENGAN RASA TANGGUNGJAWAB. TAHNIAH TERUSKAN PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI BAGI GENERASI AKAN DATANG KERANA KITA MERUPAKAN GENERASI PEMANGKIN PERUBAHAN NEGARA.

Saturday, February 19, 2011

Apa Punya Pemimpin Muda


Salam Sahabat2 Yg Saya Hormati,

Terkejut Saya Tgk Twitter Ketua AMK Shamsul Iskandar Pagi Tadi, Apa Pandangan Sahabat2 Semua, Hasutan Bahaya Yg Terbuka Yg Hanya Akan Memporak-Perandakan Negara.

"@shamsuliskandar: Sudah sampai masanya seluruh anak muda M/sia bersatu dan memikirkan bagaimana ingin menjatuhkan kerajaan UMNO/BN.

Bukankah Ini Satu Hasutan Utk Kucar Kacirkan Negara Kita, Mana Pihak Berkuasa Dlm Pemantauan Isu2 Bahaya Seperti Ini Takut Hancur Keamanan, Perpaduan dan Muhibbah Dlm Negara. Bila Negara Kita Bergolak Ianya Akan Jatuhkan Ekonomi Negara Kita.



Gerak-Kerja Utk Mengacau Perpaduan Sudah Di Mulakan Oleh Puak2 Yg Tidak Bertanggungjawab, Kini " HINDRAF" Sudah Kembali Memulakan Provokasi2 Utk Mengucar-kacirkan Keamanan Negara Dgn Mengunakan Isu Novel "INTERLOK", Soalan Mudah Sudahkah Mereka Membaca Novel Tersebut??? Atau Sekadar Menjadi Alat Kepentingan Golongan2 Ahli Politik Yg Tidak Bertanggungjawab. HAPUS DAN TOLAK "HINDRAF".



Bagi Saya Sebagai Pemimpin Muda Kita Harus Pikirkan Bagaimana Nak Majukan Dan Bangunkan Negara. Kita Harus Jadi Pemimpin Muda Yang Mempunyai Tanggungjawab Terhadap Kestabilan Negara Bukan Yg Sebaliknya.


LIHAT CARA FLYERS YG MEREKA GUNAKAN, PROVOKASI MURAHAN..

Kita Sebagai Pemimpin Muda Harus Amik Satu Iniasitif Utk Buka Minda Dan Menjadi Contoh Kepada Generasi Baru Dlm Cara Politik Baru Bukan Mengunakan Pendekatan Politk Lama Yg Generasi Muda Tidak Maukan.

Harus Ingat Suara Generasi Muda, Suara Keramat Dan Suara Perubahan..GUNAKAN LANDASAN YG BETUL UTK SUARA DIDENGARI.

-Arman Azha Pemantau Tak Bergaji-

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, February 16, 2011

ANCAMAN IFC Dihidupkan kembali Oleh Guan Eng


Salam Sahabat2 Yg Dihormati.

Kerajaan DAP Pulau Pinang Menubuhkan Portfolio Baru Untuk Hal-Ehwal Bukan Islam Babitkan Agama2 Budhha, Taoisme, Kristian, Sikh Dan Hindu Dimana Ketua Menteri Pulau Pinang Berdiri Sebagai Exco Portfolio Tersebut.

Sedar Atau Tidak DAP Sekali lagi Telah Mengerakan Gerakan IFC Kembali. Tahniah Pada Yg Menyokong Kearah Kesamarataan Yg Di bawa Oleh DAP. Kita Tidak Harus Lupa Sejarah Silam Wujudnya SI KITOL Yg Khianati Martabat Agama, Bangsa , Tanahair Tanpa Disedari Kerana Hasad Dengki Dan Tamak Yg Berjaya Mengaburi Gerakan Kesamarataan. Apa Itu IFC??? Kita Ungkapkan Kembali Apa Tuntutannya..



Ancaman Tuntutan Interfaith Commission (IFC) di Malaysia

IFC ialah satu pertubuhan bukan kerajaan yang menuntut hak kesaksamaan taraf agama (semua agama adalah satu) yang dianggotai perwakilan Christian,Buddha,Hindu, Muslim yang kebingungan dan beberapa agama lain yang terdapat di Malaysia. Ada di antara kita tidak mengetahui matlamat sebenar IFC dan menganggap bahawa untuk menunjukkan Islam itu sejahtera- peace , maka idea pluralisme dari IFC harus diterima pakai.Hakikatnya, tuntutan yang dibuat oleh IFC terus terang merugikan umat Islam di Malaysia.Antara tuntutan IFC :

1. Saorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak mengharuskan secara terus menjadi orang Islam.(note:sokongan ditunjukkan kepada Lina Joy)

2. Orang-orang bukan Islam yang telam memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.(see : Lina JOy,terbaru-Siti Fatimah)

3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah Syariah tetapi dikendali oleh mahkamah civil.

4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengnalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.


ANCAMAN InterFaith Commission Malaysia

5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.

6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak pengjagaan anak.

7. Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan hubungan kekeluargaan dengan seseorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntuk harta pusakanya selepas kematiannya.

8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadah orang bukan islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

9. Orang-orang bukan islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.(isu terkini : Allah boleh digunakan pakai atas semua tuhan..bukankah itu mengelirukan?)

10. Bible dalam bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda suatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

13. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang0orang bukan Islam.

14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaianmenutup aurat kepada pelajar sekolah.



PENUBUHAN INTERFAITH COMMISSION

1. Apakah Interfaith Commission (IFC)?

IFC yang nama asalnya ialah IRC-Inter Religious Council (IRC) adalah sebuah suruhanjaya yang dicadangkan penubuhannya seperti sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran sesetengah agama (baca:agama Islam) akibat desakan penganut agama lain. Badan ini berfungsi mirip sebuah mahkamah dan segala keputusannya adalah muktamad ke atas agama yang bersabit. IFC juga akan berfungsi seperti SUHAKAM yang menerima dan melayan aduan-aduan berkaitan agama.

2. Siapakah yang mencadangkan penubuhan IFC?

IFC digagaskan penubuhannya oleh Malaysian Concultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism and Sikhism (MCCBCHS) ataupun Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh melalui memorandumnya kepada Majlis Peguam bertarikh 21 Ogos 2001.

3. Siapakah yang paling bersemangat sekali menyokong penubuhan IFC?

Majlis Peguam terutamanya Jawatankuasa Kecil Hak Asasi Manusia amat kuat menyokong penubuhan IFC dan amat berharap ia akan berjaya. Kronologinya seperti berikut:

•Pada 8 Ogos 2001, Majlis Peguam telah menerima satu memorandum daripada MCCBCHS mengenai perkara ini dan selepas itu idea penubuhan IRC berjalan lancar.

•Pada 8 Disember 2001, satu perayaan 'Festival of Rights' diadakan dengan tema 'Kebebasan Beragama'.

•Pada 10 Disember 2001, Majlis Peguam menganjurkan forum mengenai 'Kebebasan Beragama' dan menerbitkan satu artikel dalam jurnal INSAF.

•Pada 17 Mac 2003, bengkel untuk menimbang keperluan wujudnya IRC diadakan. Bengkel ini gagal apabila kesemua NGO Islam menarik diri daripada terlibat dengan penubuhan suruhanjaya ini iaitu ABIM, ACCIN, JUST dab Sisters In Islam termasuk Dr. Chandra Muzaffar yang menjadi antara orang awal yang mencadangkan dialog antara kepercayaan. Bagaimanapun Sisters In Islam kemudian menyertai semula dan menyokong penubuhan suruhanjaya ini.

•Pada pertengahan tahun 2004, satu persidangan mengenai penubuhan IRC diadakan. Bagi menunjukkan wujudnya sokongan, penganjur seminar telah melantik kesemua ahli Jawatankuasa Kecil Syariah Majlis Peguam sebagai ahli jawatankuasa penganjur tanpa pengetahuan mereka.

•Mengemukakan draf ketiga undang-undang penubuhan IFC bertarikh Januari 2005 kepada persidangan cadangan penubuhan IFC. Persidangan ini dianjurkan oleh suatu badan yayasan Kristian yang beribu pejabat di Jerman, iaitu Konrad Adeneuer Foundation (KAF).



Setakat ini dulu perkongsian saya. InsyaAllah, saya akan sambung nanti. Kita akan tengok pula matlamat dan tuntutan orang-orang bukan Islam melalui IFC.

Tuesday, February 15, 2011

Nabi Muhammad SAW

Salam To All My Muslims Brother And Sister,

Today's the Birthday of Our Beloved Nabi Allah Muhammad SAW.

Born On 22/04/571 (15.02.2011) at 4:45am.
Total No of Days of HIS Life: 22330 Days(63yrs 4 days)
No. of Days of HIS Prophecy: 8146days(23yrs)

To all muslims,so that we all know about it by sending to at least one muslim..

Al-Fatihah for our Beloved Prophet Mohammad SAW.

Wallahualam.

Salam
Arman Azha Hj Abu Hanifah
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, February 14, 2011

RENUNGAN Sempena Maulid Rasul

RENUNGAN Sempena Maulid Rasul..

Betapa hebat dan mulianya Nabi kita, tetap senyum walau dibenci, tetap tenang bila dimusuhi, tetap membantu walau disakiti, tetap menyeru walau diusir pergi. Kenapa kita mudah benci bila dikasari, mudah putus asa bila yang dilakukan xmenjadi, mudah kecewa bila orang lain tak memahami, mudah terguris bila kita dinasihati.

Ayuh bangkitlah saudaraku, baiki diri agar segala yang indah menghiasi peribadi, kerana qudwah kita adalah nabi, kerana itulah sifat hamba Allah yang hakiki.

Kuatkan PERPADUAN DAN MUHIBBAH, JAUHI PERPECAHAN DAN PERBALAHAN WASALAM.......

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

AMK KATA ARMAND SOKONG KJ?????

Saudara Mohd Fareez Kamal Intidzam Kata Saya Sokong KJ!!!!!


Salam Rakan2 Yg Saya Hormati,

Saya Baru Terbaca Satu Artikel Oleh Salah Seorg Pemimpin Muda AMK Wilayah Iaitu Saudara Mohd Fareez Kamal Intidzam. Yang Mengeluarkan Artikel Di Laman Facebook Beliau Yang Membuat Saya Tersenyum Membaca Tulisannya. Sahabat2 Semua Nilaikan Tulisan Beliau. Saya Pernah Bertemu Beliau Secara Peribadi Tahun Lepas , Beliau Seorang Anak Muda yg Bersemangat Dengan Visi Perjuangan Beliau Sendiri Di Dalam Perjuangan Beliau Bersama PKR.



Dlm Info Mengenai Beliau Di Facebook Beliau Nyatakan:

"I'm a leader that a dedicated to advancing freedom and human dignity, to bring forward our beloved country (Malaysia) and societies in nationalist, and liberalism direction."

Dibawah Ini Adalah Artikel Yg Ditulis Oleh Beliau.

I am not representing elite people! I am fighting for the ordinary people, for the grassroots and for a true democracy. I like Anwar Ibrahim but I am not fighting for him. I am fighting for real democracy and freedom.

With endless by-election we facing now, nothing impossible Umno Election coming 1st before GE13..the best part is Umno Youth Election..Ezam Nor have been said as a famous contender to fight with Khairy Jamaluddin..sound funny, but believe me..the KJ supporters will swing to Ezam (due to unsatisfied reputation by KJ as new Pemuda Head).....



next question is, who is the KJ supporters?

1) from Keadilan and Pas youth: suprisingly, but everyday more and more Keadilan and Pas youth will join Pemuda Umno, and this newly Pemuda surely will support KJ because they know who is Ezam was..the recent crisis in Keadilan youth between Shamsul Iskandar and Chegu Bard during party election is enough to be a main factor to this "shipping"..



2) Wira Perkasa: as play safe, Armand Ketua Wira Perkasa will give support to KJ..now, is it the KJ supporters from this newly Pemuda is enough? its depends, more and more initial crisis happen in Pas and Keadilan, more and more they youth will fed-up and join Umno..

my word: is it Ezam brave enough? or we will see the karma of Datuk Zaid Ibrahim during Keadilan election repeat again? your politic, you decide!!



Hah Apamcm, Soalan disini Macamana Nama Saya Boleh Ada Dalam Citer Ni, Apa2 Pun Terima Kasih Atas Keperihatinan Beliau Terhadap Gerakan Saya Sebagai Ketua Wira Perkasa. Rakan2 Nilaikan Sendiri, Wasalam.