Monday, February 28, 2011

PERKASA SUARA TERAS PERPADUAN


Salam sahabat2 yg saya hormati,

Sebelum ada pihak memperleceh usaha Datuk Ibrahim Ali awal-awal lagi beri kata dua mengenai Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) yang baru ditubuhkan serta diketuai beliau.

PERKASA yang akan memperjuangan hak orang Melayu dan pribumi negara ini bukan retorik politik dan kami bersedia dikenakan tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sekiranya pertubuhan itu dilihat boleh mencetuskan kebimbangan kaum lain.

Sudah ada banyak dan macam-macam NGO (pertubuhan bukan kerajaan) Melayu…tetapi ini (PERKASA) bukan retorik politik dan sedia kena ISA utk memartabatkan perjuangan Agama,Bangsa, Tanahair.



PERKASA akan menjadi payung kepada pelbagai NGO Melayu dan Bumiputra bagi memperjuangkan hak serta kepentingan Melayu dan pribumi di negara ini termasuk kaum di Sabah dan Sarawak.

Sebab lain ujudnya pertubuhan itu katanya kerana ada pertubuhan Dong Jiao Zong dalam masyarakat Cina manakala Hindraf dalam India dan kini PERKASA untuk Melayu.

Apa salahnya, pertahankan hak bumiputra yg sedia termaktub dlm perlembagaan negara, adakah menghormati perlembagaan negara dan pertahan apa yang termaktub dlm perlembagaan negara itu di anggap sebagai Racist, Perkauman, Ekstremist , Haluan Kanan dan Macam2 lagi?



PERKASA bukan hendak bersaing dengan kaum-kaum lain tetapi bertujuan mempertahankan apa yang ada dalam Perlembangaan terutama Fasal 15.2 dan 15,3.

Pertubuhan ini terbuka kepada semua orang Melayu dan pribumi berusia 18 tahun ke atas serta melampaui idealogi.



Kalau kita gerak bawah parti susah. Biarlah dengan NGO. UMNO, PAS dan lain-lain boleh sama-sama berjuang untuk kepentingan Melayu. Masa pilihan raya, tak apalah kita berlawan tapi demi Melayu, kita mesti bersatu.



PERKASA akan memperkasakan Islam, Melayu, Raja-Raja, hak istimewa orang Melayu dan perpaduan kaum.

Tagline PERKASA antaranya adalah "Perpaduan Pribumi Tunggak Perpaduan Negara"Kita juga akan bergerak dengan berhemah, bijaksana dan berdisplin.

PERKASA kini sudah mempunyai ahli semua peringkat termasuk golongan profesional, pertubuhan silat dan angkanya dijangka bertambah tiap hari.



Saya Seorg Melayu, Saya Rakyat Malaysia, Saya Bukan Racist Kerana Sayangkan Asal Usul Saya Dan Saya Menyokong GAGASAN 1MALAYSIA Yg Berteraskan Pada Perlembagaan Negara.

No comments: