Thursday, October 22, 2015

TPPA Fakta Bukan Auta Oleh Tok Pa



Intipati dan ringkasan penting #ForumTPPA bersama Menteri Perdagangan Industri Dan Antarabangsa Dato' Sri Mustapa Mohamed anjuran Akademi Kepimpinan Kapten Hussein Pemuda UMNO Malaysia sebentar tadi. Hadir sama Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin.


STATUS PERJANJIAN :
• Rundingan selesai di Atlanta pada 5 Oktober 2015

• Perjanjian BELUM ditandatangani
• Akan dibentangkan di Parlimen Malaysia bersama dua kajian impak

• Parlimen Malaysia akan membahas dan membuat keputusan dalam tempoh masa 3 bulan

• Ratifikasi 2 tahun selepas ditandatangani


RUNDINGAN TPPA DIBUAT ATAS TERMA MALAYSIA :

• Rundingan secara konsensus 12 negara TPP

• Rakan TPP memperakui dan mengiktiraf Dasar Bumiputera

• Harga ubatan naik? Ciri-ciri utama dasar paten perubatan kekal

• TPP meningkatkan kebajikan buruh, peluang pekerjaan tidak terjejas

• TPP menggalakkan pelaburan yang akan menjana pekerjaan

• TPP mempromosikan pematuhan kepada piawaian antarabangsa - Alam Sekitar, Buruh, Tadbir Urus Yang Cekap dan Telus

• TPP mengiktiraf hak penguatkuasaan sijil halal

• Untuk ISDS ( Investor-state dispute settlement), kerajaan telah merundingkan 'safeguards' bagi memastikan ruang dasar yang mencukupi



PERTEMUAN DENGAN PIHAK BERKEPENTINGAN :
• Persatuan-Persatuan Perniagaan

• Kaukus Parlimen Yang Terdiri Dari 11 orang (6 Ahli Parlimen BN, 5 Ahli Parlimen Pembangkang)

• Badan Bukan Kerajaan (NGO)

• 'Think Thank

• Kumpulan Industri

• Jumlah sesi penerangan dan konsultasi yang telah diadakan oleh Ministry of International Trade and Industry, Malaysia :

-> 2013 - 56 sesi penerangan (TPP Open Day pada 1 Ogos 2013)

-> 2014 - 40 sesi penerangan

-> 2015 - 20 sesi penerangan

• Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri 


Mohon kerjasama sahabat2 untuk sebarkan maklumat ini terima kasih.
 

Wednesday, October 21, 2015

Harapan dan cadangan saya bagi Bajet 2015


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa sahabat2 yang dihormati,

Esok merupakan pembentangan bajet 2016 oleh YAB Ds Najib.
 
Tahniah saya ucapan pada seluruh rakyat Malaysia kini yang saya lihat semakin matang terutama dalam isu bajet ini.

Boleh dilihat pelbagai cadangan , pandangan dan harapan disuarakan oleh pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik disuarakan dimedia2 sosial.

Saya lebih berminat memberikan pandangan dan cadangan dlm ruang lingkup orang muda.

Boleh dilihat rata2 cadangan dilihat kearah isu2 utama seperti

1) Kos Sara Hidup
2) Isu top up & GST pada kad prabayar
3) Isu pendidikan yang mampu milik
4) Peluang ekonomi orang muda

Diatas sebahagian yang banyak diperkatakan disosial media.

Saya ingin mencadangkan :

1)  Peluang pinjaman perniagaan serta latihan pada generasi muda didalam perniagaan Online yang dilihat rata2 dipelopori oleh orang muda

2) Peluang pinjaman serta kursus perniagaan pada kadar rendah bagi pengusaha2 Food Truck / Lori Makanan serta diberilkan permit perniagaan serta pengurangan cukai perniagaan bagi 3tahun pertama.

3) Kadar internet kelajuan tinggi pada kadar yang rendah

4) Penaikkan taraf pendidikan kemahiran bagi orang muda dan penambahan skop latihan kemahiran mengikut peredaran masa terkini.

5) Penambahan bajet bagi sektor pendidikan kemahiran dipertingkatkan untuk diberikan pada orang muda yang diluar bandar.

6) Pinjaman perniagaan serta latihan bagi peniaga barangan IT dan Gajet khususnya bagi orang muda. Pengurangan cukai perniagaan bagi 3tahun pertama bagi yang mengambil skim ini.

7) Pengurangan cukai bagi barangan sukan dan IT.

8 ) Bajet bagi program latihan dan bantuan perniagaan bagi bekas2 pasukan beruniform (Polis, Tentera, Bomba, Immgration..dll ) serta bekas pesara awam.

9 ) Bajet bagi program latihan dan bantuan perniagaan dalam sektor pertanian asas tani bagi generasi muda terutama bagi luar bandar

Ini sebahagian cadangan serta harapan pihak saya pada bajet 2016 mesra pada generasi muda selaku pewaris negara.

Armand Azha Hj Abu Hanifah
Exco Pemuda UMNO Malaysia
Pengerusi Briged Kesatria Muda

Monday, October 12, 2015

FAQ ISU KENAIKAN FAQ ISU KENAIKAN KADAR TOL

   

SOALAN : MENGAPAKAH PENGUMUMAN KENAIKAN KADAR TOL DIBUAT OLEH SYARIKAT KONSESI?    

Pengumuman mengenai kadar tol yang baru di 18 lebuh raya tol bermula 15 Oktober 2015 telah dibuat sendiri oleh syarikat-syarikat konsesi lebuh raya yang berkaitan memandangkan mereka mempunyai tanggungjawab untuk menguruskan lebuh raya masing-masing untuk satu tempoh masa berdasarkan Perjanjian Konsesi yang ditandatangani.     



SOALAN : APAKAH PERKARA YANG DIAMBIL KIRA KERAJAAN DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN KADAR KENAIKAN TOL PADA TAHUN 2015?  

Bagi tahun 2015, kenaikan kadar tol telah dikaji dengan teliti dengan mengambil kira beberapa parameter. Antara parameter yang telah digunakan adalah penstrukturan semula dasar subsidi nasional di mana kenaikan kadar tol ini dapat menjimatkan perbelanjaan Kerajaan yang dianggarkan sebanyak RM580 juta yang seterusnya boleh digunakan untuk tujuan pembangunan lain yang lebih memerlukan. 

SOALAN : APAKAH KESAN KENAIKAN TOL KEPADA KEWANGAN KERAJAAN ?   

Kenaikan kadar tol mulai 15 Oktober 2015 seperti yang diumumkan oleh syarikat-syarikat konsesi lebuh raya perlu dilihat dari segi penjimatan kepada kewangan negara. Setiap tahun, Kerajaan perlu membayar pampasan penangguhan kenaikan kadar tol kepada syarikat-syarikat konsesi lebuh raya sekiranya kadar tol tidak dinaikkan. 

Dalam hal ini, Kerajaan perlu membayar pampasan yang dianggarkan sebanyak RM580 juta kepada syarikat-syarikat konsesi lebuh raya sekiranya kadar tol tidak dinaikkan pada tahun 2015. Penjimatan sebanyak RM580 juta ini boleh digunakan untuk membiayai perkara-perkara seperti berikut:   penurapan semula 380km jalan-jalan sediada; pembinaan sebanyak 380 buah jejantas baru; pembinaan 19 jambatan baru; dan pembinaan 58 sekolah rendah yang baru.   


Kenaikan kadar tol adalah salah satu langkah awal yang perlu diambil oleh Kerajaan untuk mengawal bilangan kenderaan yang masuk ke Bandaraya Kuala Lumpur. Sekiranya langkah ini tidak dilaksanakan, ianya dikhuatiri akan menyebabkan kesesakan yang agak kritikal di Kuala Lumpur.   

SOALAN : APAKAH KEBAIKAN PENJIMATAN PERBELANJAAN KERAJAAN HASIL DARIPADA KENAIKAN KADAR TOL?   

Melalui penstrukturan semula dasar subsidi ini, Kerajaan dapat menumpukan perhatian dalam membangunkan ekonomi negara yang pada akhirnya akan memanfaatkan rakyat sekalian.   

SOALAN : APAKAH TINDAKAN MITIGASI OLEH KERAJAAN DALAM MENGURANGKAN KESAN KENAIKAN TOL KEPADA RAKYAT DI BANDAR ? DAN APAKAH SOLUSI UNTUK RAKYAT YANG MEMBAYAR TOL NAMUN MASIH TERPERANGKAP DENGAN KESESAKAN JALANRAYA?   

Pemantapan sistem pengangkutan awam darat adalah antara usaha Kerajaan untuk mengurangkan kesan kenaikan tol ini dengan menggalakkan pengguna beralih kepada penggunaan pengangkutan awam.  

Ini kerana kadar tol untuk bas tidak akan dinaikkan dan akan kekal seperti mana sekarang.   Rakyat mampu memperolehi penjimatan untuk urusan seharian mereka apabila mereka tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan tambahan untuk tol, kos bahanapi serta mampu meminimakan risiko kemungkinan berlakunya kemalangan akibat sikap pemandu di jalanraya.   

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) melalui Government Trasnformation Programme : NKRA Urban Public Transport mempunyai perancangan jangka panjang dalam meningkatkan sistem pengangkutan awam darat. 

Tiga (3) bentuk approach telah dikenal pasti iaitu:     

pembangunan sistem rel (MRT, LRT & monorel), pembangunan hub pengangkutan awam darat (hub utara di Gombak, hub selatan di Bandar Tasik Selatan dan hub utara di Sungai Buloh); dan pembangunan sistem pengangkutan awam seperti teksi dan GoKL.   


Usaha ini mampu mengurangkan kesesakan di bandar besar seperti Kuala Lumpur.   Pembinaan Bus Rapid Transit (BRT) juga adalah salah satu aspek yang dikenal pasti untuk mengurangkan kesesakan di kawasan-kawasan yang mempunyai tahap kepadatan penduduk yang tinggi. Fasa pertama yang menghubungkan kawasan Subang, USJ dan Sunway telah siap dan buat masa ini, ridership BRT di kawasan tersebut sedang meningkat.   

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah membina dua (2) kawasan park-ride di Stesen LRT Sungai Besi dan Bandar Salak Selatan bagi kemudahan pengguna-pengguna LRT yang ingin ke bandaraya Kuala Lumpur. Satu lagi kemudahan park-ride sedang dibina oleh DBKL berdekatan dengan Taman Segar, Cheras untuk kegunaan para pengguna MRT.   

Oleh yang demikian, Kerajaan berharap agar usaha penambahbaikan  sistem pengangkutan awam darat ini mampu menyediakan prasarana yang boleh membantu mengurangkan beban perbelanjaan dan kos sara hidup atau sebagai alternatif kenaikan kadar tol di lebuh raya-lebuh raya.     

SOALAN : APAKAH USAHA KERAJAAN MENGURANGKAN BEBAN KEWANGAN PENGGUNA LEBUH RAYA?   

Kerajaan pada dasarnya prihatin terhadap peningkatan kos sara hidup rakyat. Oleh yang demikian, beberapa pendekatan telah diperkenalkan oleh Kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat yang berkaitan dengan kadar tol. 

Antara pendekatan yang telah diambil oleh Kerajaan adalah seperti berikut: Penutupan Awal dan Pemansuhan Kutipan Tol   Sejak 1993, Kerajaan telah melaksanakan penutupan serta pemansuhan kutipan tol di lapan (8) lokasi seperti berikut :   

11 Januari 1993 - penutupan Plaza Tol Slim River, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS)

1 Mac 2004 - Pemansuhan kutipan tol di Plaza Tol Senai, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS)

18 Mac 2004 - Penutupan awal plaza tol di Jalan Pahang, Lebuhraya Hubungan Timur Barat (Metramac) (Tarikh sebenar penutupan mengikut perjanjian konsesi adalah  pada 31 Mac 2004)

14 Februari 2009 - Pemansuhan kutipan tol di Plaza Tol PJS2 (arah Kuala Lumpur), Lebuhraya Baru Pantai (NPE)

24 Februari 2009 - Pemansuhan kutipan tol Plaza Tol Salak Jaya di Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA)

21 Disember 2009 - Penutupan awal Plaza Tol Teluk Kapas, Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara (NNKSB) (Tarikh sebenar penutupan mengikut perjanjian konsesi adalah pada 29 Disember 2009)

16 Mei 2011- Pemansuhan kutipan tol di Lebuhraya Hubungan Timur Barat (Metramac)

2Mac 2012 - Pemansuhan kutipan tol di laluan ke Kuala Lumpur, Plaza Tol Batu 9 dan laluan Ke Kajang, Plaza Tol Batu 11, Lebuhraya Cheras – Kajang (GRANDSAGA).      

Pengurangan Kadar Tol   Sehingga kini, pengurangan kadar tol telah dilaksanakan di tiga lebuh raya, seperti berikut:   1 September 2007 - Pengurangan kadar tol di Plaza Tol Sungai Nyior, Lebuhraya Butterworth Outer Ring Road (BORR), dari RM0.90 ke RM0.50 sejak tahun 2007; 18 Februari 2011 - Pengurangan kadar tol di Plaza Tol PJS2 (arah Subang), Lebuhraya Baru Pantai (NPE) bagi kenderaan Kelas 1 dari RM1.60 ke RM1.00 sejak tahun 2011; dan 15 Januari 2013 - Pengurangan kadar tol di Lebuhraya Shah Alam (KESAS) bagi kenderaan Kelas 1 dari RM2.20 ke RM2.00 bagi tempoh 2013 hingga 2015.    

Penstrukturan Semula Kenaikan Kadar Tol   Kerajaan juga pada masa yang sama telah melaksanakan penstrukturan semula kenaikan kadar tol di lebuh raya-lebuh raya di bawah kendalian syarikat Plus Expressways Berhad (PEB) dan Kumpulan MTD. 

Penstrukturan ini dilaksanakan melalui tiada kenaikan tol bagi lebuh raya-lebuh raya di bawah kendalian PEB untuk tempoh dari 2011 hingga 2015. Manakala, bagi lebuh raya-lebuh raya di bawah kendalian Kumpulan MTD pula, tiada kenaikan tol dari tempoh 2011 hingga 2014.   

Lebuh raya-lebuh raya di bawah kendalian PEB yang terlibat adalah seperti berikut:   Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS); Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE); Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia

Sekian, selamat membaca dan menambah pengetahuan.

Wednesday, October 7, 2015

Aku MERAH 16Sept 2015


Salam sehati sejiwa, 

Saya dengan perasaan rendah diri ingin mengucapkan jutaan terima kasih pada semua #AkuMerah yang membanjiri ibukota semalam. 



Saya mohon sahabat seperjuangan sama2 kita balik kekawasan masing2 dan teruskan tiup gelombang penyatuan ummah sepertimana semalam. 




Terima kasih pada kekanda2 dan sahabat2 yg bergerak bersama saya drpd Jalan Conlay, Jalan Bukit Bintang, Jalan Chulan , Jln Tun Perak sehingga ke Padang Merbuk dimana kita berjaya masuk Bukit Bintang setelah berbincang dengan pihak Polis dengan syarat masuk secara aman.



Alhamdulilah diizinkan untuk memberikan ucapan diatas pentas utk tiup semangat #AkuMerah , ini salah satu sejarah perjuangan orang melayu di tanahair yang tidak akan dilupakan dan saya salah seorang diberikan peluang utk berikan ucapan.




Sama2 kita kekalkan persahabatan setiakawan dan perkukuhkan perpaduan serta penyatuan Melayu #Kita1Hati 

Terima kasih keluarga Briged Kesatria Muda, Suara Anak Muda 1Malaysia dan semua yg bersama.



Siapa Aku?

Aku Merah!!

Aku Bangkit!!!

Aku Merah!!!

Siapa Kamu?

MERAH....

Ikhlas
Armand Azha Hj Abu Hanifah
Exco Pemuda UMNO Malaysia
Aku Merah 

Anthony Loke Anjing Salak Bukit




Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa.

Kurang ajar dan bodoh sungguh wakil rakyat DAP yang mengeluarkan kenyataan "Celaka Punya Melayu" siapa lagi kalau bukan si Celaka Anthony Loke.

Sekali lagi pimpinan DAP secara jelas mengeluarkan kenyataan perkauman dan rasis. Apa pendirian penyokong2 dan pemimpin2 Melayu DAP seperti 

Tengku Zulpuri Shah Raja Puji ADUN Mentakab,Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz Ahli Parlimen Raub, Dyana Sofea, Rara, Ketua Pemuda DAP Subang Edry Faizal, naibnya Young Shefura Othman, bendahari Tarmizi Anuwar , setiausaha publisiti Numan Saadan, bekas pemimpin Pemuda PAS Johor Sheikh Omar Ali yang kini ahli DAP, adakah mereka juga sebahagian "Celaka Punya Melayu".

Saya selaku Exco Pemuda UMNO Malaysia ingin desak apa pendirian Keluarga Empayar DAP Kit Siang dan Guan Eng dalam isu ini?  Berdiam diri tanda setuju atau memohon maaf seterusnya desak si Celaka Anthony Loke letak jawatan sebagai Ahli Parlimen kerana mengeluarkan kenyataan yang kurang ajar.

Tahniah pada penyokong2 buta hati dan mata DAP Melayu yang terus diam dan menyokong perjuangan cauvinist DAP andalah sebenarnya "Si Kitol Moden" tepuk dada tanya diri.

Anthony Loke jangan kurang ajar, anda ibarat seekor anjing yang hanya salak pada bukit yang tidak akan runtuh.
Berani buat beranilah tanggung.


Perahu paying layarnya merah,
Berlayar menuju arah utara,
Keris dipegang bermandikan darah,
Adat pahlawan membela Negara.

Armand Azha Hj Abu Hanifah
Exco Pemuda UMNO Malaysia
7hb Okt 2015 11.25pagi
Malaysia Tanah Tumpah Darahku




Tuesday, October 6, 2015

Laporan Polis Terhadap Khalid Jaafar Penyokong Syiah


Briged Kesatria Muda Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia ingin membuat laporan polis terhadap individu bernama Khalid Jaafar dimaklumkan bertugas di Pejabat Menteri Besar Selangor yang membuat ucapan yang boleh mengelirukan umat Islam yang boleh mengelirukan serta mengancam ketenteraman dan perpaduan negara yang dah jelas dalam perlembagaan.


Ucapan beliau dibuat dalam salah satu lama sosial media "Youtube" yang telah tersebar dilaman sosial. 

http://youtu.be/jxtSqJJtlYM


Saya mohon pihak polis untuk siasat dn ambil tindakan undang-undang pada individu tersebut kerana boleh mendatangkan kemarahan umat Islam.

Sekian laporan saya.