Wednesday, October 21, 2015

Harapan dan cadangan saya bagi Bajet 2015


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa sahabat2 yang dihormati,

Esok merupakan pembentangan bajet 2016 oleh YAB Ds Najib.
 
Tahniah saya ucapan pada seluruh rakyat Malaysia kini yang saya lihat semakin matang terutama dalam isu bajet ini.

Boleh dilihat pelbagai cadangan , pandangan dan harapan disuarakan oleh pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik disuarakan dimedia2 sosial.

Saya lebih berminat memberikan pandangan dan cadangan dlm ruang lingkup orang muda.

Boleh dilihat rata2 cadangan dilihat kearah isu2 utama seperti

1) Kos Sara Hidup
2) Isu top up & GST pada kad prabayar
3) Isu pendidikan yang mampu milik
4) Peluang ekonomi orang muda

Diatas sebahagian yang banyak diperkatakan disosial media.

Saya ingin mencadangkan :

1)  Peluang pinjaman perniagaan serta latihan pada generasi muda didalam perniagaan Online yang dilihat rata2 dipelopori oleh orang muda

2) Peluang pinjaman serta kursus perniagaan pada kadar rendah bagi pengusaha2 Food Truck / Lori Makanan serta diberilkan permit perniagaan serta pengurangan cukai perniagaan bagi 3tahun pertama.

3) Kadar internet kelajuan tinggi pada kadar yang rendah

4) Penaikkan taraf pendidikan kemahiran bagi orang muda dan penambahan skop latihan kemahiran mengikut peredaran masa terkini.

5) Penambahan bajet bagi sektor pendidikan kemahiran dipertingkatkan untuk diberikan pada orang muda yang diluar bandar.

6) Pinjaman perniagaan serta latihan bagi peniaga barangan IT dan Gajet khususnya bagi orang muda. Pengurangan cukai perniagaan bagi 3tahun pertama bagi yang mengambil skim ini.

7) Pengurangan cukai bagi barangan sukan dan IT.

8 ) Bajet bagi program latihan dan bantuan perniagaan bagi bekas2 pasukan beruniform (Polis, Tentera, Bomba, Immgration..dll ) serta bekas pesara awam.

9 ) Bajet bagi program latihan dan bantuan perniagaan dalam sektor pertanian asas tani bagi generasi muda terutama bagi luar bandar

Ini sebahagian cadangan serta harapan pihak saya pada bajet 2016 mesra pada generasi muda selaku pewaris negara.

Armand Azha Hj Abu Hanifah
Exco Pemuda UMNO Malaysia
Pengerusi Briged Kesatria Muda

No comments: