Friday, November 14, 2014

Ds Najib Dan Ds Noh, Saya Mohon Mencadang.

Assalamualaikum  Dan  Salam  1Perjuangan  Sahabat2 Yang  Dihormati ,

Saya konsisten  dalam  perjuangan  meremajakan Parti UMNO. Ucapan YAB Ds Najib banyak kali menyentuh tentang peremajaan parti.

Soalan disini adakah ianya sekadar  Retorik Atau Perlaksanaan ?

Soalan ini banyak bermain di peringkat  akar umbi baik ahli UMNO mahupun rakyat yang tidak minat secara langsung dalam politik.

Saya mohon kepimpinan YAB Ds Najib dan Ds Noh selaku pengerusi perhubungan UMNO negeri Selangor membuat satu perubahan dalam landskap politik UMNO Selangor dalam peremajaan parti utk melestarikan perjuangan UMNO untuk terus kekal relevan, segar dimata dan hati rakyat Selangor yang dahagakan perubahan kepimpinan Selangor.

Saya yakin Ds Noh selaku pengerusi perhubungan dengar dan tahu denyutan nadi rakyat  yang ingin lihat peremajaan parti. Saya mohon jasa baik kepimpinan  berikan ruang dan peluang pada orang muda untuk kembalikan keyakinan rakyat Selangor pada parti keramat kita.

Saya juga mohon YAB Ds Najib, untuk berikan ruang pada anak muda kerusi Senator Muda Negeri Selangor bagi sebahagian  daripada gerakan permulaan peremajaan parti UMNO.

Saya merupakan anak muda yang memegang amanah sebagai pemimpin kecil di negeri  Selangor yang rasakan sudah sampainya masa transformasi  peremajaan UMNO harus dilaksanakan.

Pada prinsipnya setiap manusia adalah pemimpin. Pemimpin yang berjaya adalah seseorang yang mengetuai dirinya sendiri, keluarga, organisasi atau pertubuhan, meneraju membuat perubahan ke arah mencapai matlamat yang ditentukan.

Tanggungjawab ini bukan mudah kerana banyak cabaran dan ujian yang akan dihadapi.

Peranan penting seorang pemimpin ini pernah dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam sabdanya yang bermaksud:

“Ingatlah! Setiap orang daripada kamu adalah pemimpin dan setiap kamu bertanggungjawab terhadap apa yang dipimpinnya.” (Riwayat al-Bukhari)

Dalam prinsip kepimpinan perlu amanah, berintegriti, perlu ada kejujuran dan ketelusan. Jika kita gagal menjadi pemimpin yang jujur, amanah, telus atau berintegriti, maka kita tergolong daripada manusia yang rugi dan menipu diri sendiri.

Didiklah hati-hati kita untuk menjadi pemimpin yang jujur dan telus. Setidak-tidaknya pemimpin kepada diri sendiri......Agar 'seketul daging' di dalam diri kite bebas dari penyakit-penyakit agar segala amalan dan tatakelakuan kita mendapat pengiktirafan dari Allah Ta'ala.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Sesungguhnya ALLAH tidak melihat paras rupa dan hartamu tetapi melihat HATI dan amalanmu.”

(Riwayat Imam Muslim dan Ibn Majah daripada Abu Hurairah r.a)

"Peremajaan  Parti  UMNO  "

Armand Azha Hj Abu Hanifah
Exco Pemuda  UMNO Malaysia 
Mewakili UMNO Selangor 

Tuesday, November 4, 2014

Masih Adakah Peremajaan Parti UMNO ?

Assalamualaikum  Dan  Salam  1Perjuangan ,

Tertarik hati saya bila tiga Senator  dilantik semalam dimana ketiga2 Senator berusia lebih 50tahun, sampai bila lah nak ada peluang utk berikan ruang dan peluang bagi pimpinan muda yg konsisten dalam gerak kerja sebagai Senator2 muda bagi mengangkat  agenda yang dilaungkan transformasi politik.

Saya rasa tak salah jika berikan lantikan Senator pada selain pada veteran Parti :

1) Pimpinan Muda UMNO/BN  
2) Wakil NGO muda/belia
4) Wakil Veteran  Tentera
5) Wakil Veteran Polis
6) Wakil Golongan Pimpinan OKU
9) Wakil Pendidik Muda

PRU14 pengundi muda akan bertambah dan rata2 anak muda mahukan  pimpinan gabungan antara baru dan lama bagi memantapkan dasar2 kerajaan.

Bila lar nak buka mata ttg kepentingan suara orang muda dlm pembuat dasar. Sampai bila lar nak peremajaan Parti.

Masih relevan ker laungan Peremajaan UMNO/BN ?  Anak muda mahukan kolobrasi pimpinan muda dan lama dalam pembuat dasar parti mahupun kerajaan..

Tetapi jika kita nilai keadaan kini ianya masih tidak seimbang dlm kedudukan orang muda baik drpd segi peremajaan parti mahupun kerajaan.

Bukan sekadar itu, qouta bagi orang muda dalam GLC juga masih tidak dilaksanakan. Landskape politik dan ekonomi berubah mengikut zaman.

Cuba kita renungkan sejarah, kemerdekaan juga hasil perjuangan anak2 muda. Dahulu kita boleh lihat kepimpinan negara bermula pada usia muda kerana diberikan peluang dan ruang oleh generasi kepimpinan terdahulu.

Kenapa zaman itu mudah , kenapa kini susah..Harus ingat PRU14 peratusan pengundi muda meningkat, rata2 mahukan orang muda sebagai wakil suara mereka.

Kesian tgk bila seseorang yg tiada pendirian..Kita konsisten dlm perjuangan bagi kepentingan orang muda, terutama dlm isu peremajaan Parti...Kita sebagai  pemimpin  muda parti  harus berpegang pada pendirian dlm perjuangan bukan mengikut buta sahaja..

Ada ker nak bandingkan kouta Senator  ngan Parlimen Belia..Kesian bila tak paham ianya dua perkara berbeza..Ada ker keluar statement  macamana kalau veteran minta kouta Parlimen Belia..Soalan yg dilihat emosi.

Cakap depan2 baru contoh pemimpin. Bukan cakap belakang  tapi tak paham kenapa kita nyatakan "PENTINGNYA PEREMAJAAN PARTI" Ianya harus ada perlaksanaan bukan sekadar laungan retorik.

Saya  konsisten dlm  isu kepentingan orang muda bukan bermusim. Pada yang emosi nak marah silakan..Itu bezanya saya dan orang lain. BERKATA BENAR  WALAUPUN  PAHIT..

Saya secara konsisten perjuangkan suara orang  muda  dlm kearah negara maju selaku generasi pewaris  negara .

"Berkata  Benar Walaupun  Pahit"

Renung2kan pimpinan negara .

Armand Azha Hj Abu Hanifah
Exco Pemuda UMNO Msia