Showing posts with label 1Malaysia. Show all posts
Showing posts with label 1Malaysia. Show all posts

Friday, November 14, 2014

Ds Najib Dan Ds Noh, Saya Mohon Mencadang.

Assalamualaikum  Dan  Salam  1Perjuangan  Sahabat2 Yang  Dihormati ,

Saya konsisten  dalam  perjuangan  meremajakan Parti UMNO. Ucapan YAB Ds Najib banyak kali menyentuh tentang peremajaan parti.

Soalan disini adakah ianya sekadar  Retorik Atau Perlaksanaan ?

Soalan ini banyak bermain di peringkat  akar umbi baik ahli UMNO mahupun rakyat yang tidak minat secara langsung dalam politik.

Saya mohon kepimpinan YAB Ds Najib dan Ds Noh selaku pengerusi perhubungan UMNO negeri Selangor membuat satu perubahan dalam landskap politik UMNO Selangor dalam peremajaan parti utk melestarikan perjuangan UMNO untuk terus kekal relevan, segar dimata dan hati rakyat Selangor yang dahagakan perubahan kepimpinan Selangor.

Saya yakin Ds Noh selaku pengerusi perhubungan dengar dan tahu denyutan nadi rakyat  yang ingin lihat peremajaan parti. Saya mohon jasa baik kepimpinan  berikan ruang dan peluang pada orang muda untuk kembalikan keyakinan rakyat Selangor pada parti keramat kita.

Saya juga mohon YAB Ds Najib, untuk berikan ruang pada anak muda kerusi Senator Muda Negeri Selangor bagi sebahagian  daripada gerakan permulaan peremajaan parti UMNO.

Saya merupakan anak muda yang memegang amanah sebagai pemimpin kecil di negeri  Selangor yang rasakan sudah sampainya masa transformasi  peremajaan UMNO harus dilaksanakan.

Pada prinsipnya setiap manusia adalah pemimpin. Pemimpin yang berjaya adalah seseorang yang mengetuai dirinya sendiri, keluarga, organisasi atau pertubuhan, meneraju membuat perubahan ke arah mencapai matlamat yang ditentukan.

Tanggungjawab ini bukan mudah kerana banyak cabaran dan ujian yang akan dihadapi.

Peranan penting seorang pemimpin ini pernah dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam sabdanya yang bermaksud:

“Ingatlah! Setiap orang daripada kamu adalah pemimpin dan setiap kamu bertanggungjawab terhadap apa yang dipimpinnya.” (Riwayat al-Bukhari)

Dalam prinsip kepimpinan perlu amanah, berintegriti, perlu ada kejujuran dan ketelusan. Jika kita gagal menjadi pemimpin yang jujur, amanah, telus atau berintegriti, maka kita tergolong daripada manusia yang rugi dan menipu diri sendiri.

Didiklah hati-hati kita untuk menjadi pemimpin yang jujur dan telus. Setidak-tidaknya pemimpin kepada diri sendiri......Agar 'seketul daging' di dalam diri kite bebas dari penyakit-penyakit agar segala amalan dan tatakelakuan kita mendapat pengiktirafan dari Allah Ta'ala.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Sesungguhnya ALLAH tidak melihat paras rupa dan hartamu tetapi melihat HATI dan amalanmu.”

(Riwayat Imam Muslim dan Ibn Majah daripada Abu Hurairah r.a)

"Peremajaan  Parti  UMNO  "

Armand Azha Hj Abu Hanifah
Exco Pemuda  UMNO Malaysia 
Mewakili UMNO Selangor 

Sunday, January 5, 2014

SAYA AKAN SAMAN FITNAH GAMBAR PROVOKASI ISU KALIMAH ALLAH

Salam Sahabat2 Yang Di Hormati,

Sebentar tadi saya terkejut dan marah dimana ada pihak yg tidak bertanggungjawab menyiarkan serta menyebarkan Gambar Palsu bagi provokasi isu Kalimah Allah yang sedang hangat diperkatakan kini..

Bagi saya tujuan menyebar gambar palsu dan fitnah ini adalah nak menjatuhkan imej saya sebagai Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia serta satu penipuan dan fitnah yang jijik mainan pihak yang cuba menganggu keharmonian negara kita. 

Mereka menyatakan saya terlibat dalam demonstrasi jalanan hadapan gereja di Selangor pagi tadi dan membakar gambar Tuhan mereka..Ini jelas satu fitnah yang jijik dan bodoh oleh pihak yang menyiarkan fitnah ini di media2 sosial..

Saya akan mengambil tindakan undang-undang serta menyaman pihak yang menyebarkan gambar ini baik pihak yang pertama mahupun mana2 pihak yang sebarkan gambar yang telah di ubah..

Saya amat kesal pihak yang tidak bertanggungjawab ini menfitnahkan diri saya terutama dalam isu Kalimah Allah. .Ini satu contoh provokasi murahan yang patut kita tolak..

Satu Laporan Polis akan dibuat dlm masa terdekat ini oleh saya selaku yang kena Fitnah ni bagi meneruskan proses undang-undang dan saman pihak yang tidak bertanggungjawab. .

SEKIAN TERIMA KASIH

Armand Azha Hj Abu Hanifah
Exco Pemuda UMNO Malaysia
"SAMAN TETAP SAMAN"

Wednesday, July 17, 2013

YB Dato Rahman Dahlan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Dengarlah Rintihan Kami

Salam sahabat-sahabat yang di hormati,
Tertarik hati saya tulisan rakan FB saya mengenai suara anak muda. Rintihan beliau menjurus kepada akta Bank Negara yang baru.


Saya rasakan rintihan rata2 anak muda risau akan masa hadapan mereka yang ingin memiliki rumah pertama mereka. 

Saya rasa YB Dato Rahman Dahlan selaku Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan harus mendengar rintihan bukan sahaja beliau tetapi saya yakin ribuan anak muda di bawah yang risau akan masa hadapan mereka.

Saya rasa sudah sampai masa Pihak Kerajaan mengambil isu ini secara serious dalam membantu bukan sahaja bagi anak-anak muda malah ratusan keluarga khususnya bumiputra diluar sana yang ingin memiliki rumah pertama mereka yang selesa.


Ramai keluarga diluar sana risau akan keadaan harga rumah yang semakin tinggi dan kini dengan akta baru Bank Negara yang memendekkan masa pinjaman, yang mana akhirnya akan kembali menjadi beban pada golongan berpendapatan sederhana ke bawah untuk memiliki rumah bagi keluarga mereka.


Mungkin YB Dato Rahman Dahlan selaku Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan  sudi untuk bersama2 kita dalam satu sessi pertemuan teh tarik bersama anak-anak muda mengenai isu yang membimbangkan generasi muda. Mendengar rintihan dan nadi suara anak-anak muda dan keluarga yang memerlukan rumah bagi keluarga mereka.

Saya yakin jika YB Dato Rahman Dahlan selaku Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan turun mendengar rintahan dibawah secara terus pasti akan memikirkan jalan penyelesaian.


Kami yakin pada kepimpinan muda seperti YB Dato Rahman Dahlan selaku Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan .

Di bawah ini adalah kenyataan anak muda yg berjiwa besar rakan FB saya :


Salam sahabat2.

Kemungkinan coretan saya ini akan menguris mana-mana pihak yang akan membaca satu persatu coretan dari hati saya ini. Kemungkinan juga saya mewakili suara – suara golongan muda di Malaysia ini terasa perlu dibuat sesuatu sebelum semakin parah. Ini merupakan isu rumah mampu milik di Negara kita sendiri.



Saya ada melihat dan amati dengan teliti baru-baru ini Bank Negara telah menguatkuasakan peraturan baru dengan menghadkan:

(i) pinjaman peribadi setakat 10 tahun maksimum (dahulu 25 tahun)

(ii) pinjaman hartanah dan rumah 35 tahun (dahulu 45 tahun)

(iii) tidak membenarkan lagi pinjaman pra kelayakan

Apabila saya amati betul-betul dengan penguatkuasaan ini kemungkinan kerajaan akan menangani masalah kenaikan hutang isi rumah yang meningkat dari RM465.2 bilion pada tahun 2008 kepada RM754.6 bilion pada pertengahan tahun 2013. Dengan harga rumah mahal, harga kereta mahal dan kos hidup yang mahal, rakyat Malaysia adalah ‘juara’ dalam membuat hutang, iaitu hutang isirumah kita adalah 140% berbanding dengan pendapatan, Singapura 105%, Amerika 123%, Korea 101%, Thailand 53% dan Indonesia 38%.

Akibat daripada hutang yang banyak ini, kadar individu yang diisytiharkan bankrap pada tahun 2012 ialah 19,575 ataupun 53 orang sehari dalam setahun, di mana 50% adalah dari golongan berumur 25-44 tahun. Jumlah individu yang bankrap dari tahun 2007 sehingga 2013 adalah 245,000 orang yang mana faktor utamanya adalah disebabkan oleh kegagalan untuk membayar pinjaman yakni bagi bahasa mudahnya adalah hutang.

Sekarang tertanya-tanya di benak fikiran saya kenapa hutang rakyat kita di Malaysia tinggi terutamanya orang-orang melayu kita? Saya petik pula dari data Bank Negara, 64% pinjaman yang dibuat oleh isirumah adalah dari pinjaman perumahan dan kereta sahaja. Pinjaman peribadi jatuh ke tempat ketiga paling banyak.

Sekarang cuba tanya di dalam diri kita pula mengapa harga rumah sekarang sangat mahal sehingga rakyat kita terbeban hutang sampai mati? Saya ada mengajukan soalan ini kepada pemaju tetapi senang sahaja jawapannya. Barang kos seperti simen, pasir, batu-bata dan lain-lain seumpamanya naik harga.

Kadang-kadang saya hairan bin ajaib kenapa pihak kerajaan tidak boleh mengawal harga rumah? Adakah susah sangat pihak kerajaan menetapkan harga rumah mampu milik kepada rakyat. Cuba kita selidik semula bagaimana belia-belia (anak-anak muda) yang baru sahaja bekerja mampu memiliki rumah dengan harga yang gila ini. 

Ini kerana saya lihat harga rumah yang ditetapkan oleh pemaju sekarang sudah di luar dari istilah rumah mampu bilik. Saya tinggal di Bandar Puncak Alam. Setiap hari saya melihat perkembangan rumah-rumah disini. Cuba Kita bayangkan bagaimana seorang yang baru bekerja bolehkah memiliki rumah jika harga rumah dua tingkat di Bandar Baru Puncak Alam dengan keluasan 20”X70” pun sudah mencecah RM350 ribu – RM450 ribu? 

Saya tidak mahu melihat lebih jauh atau luar skop dari Puncak Alam. Kerana Bandar Puncak Alam merupakan Bandar yang baru dengan hanya ada Econsave beroperasi dan kedai-kedai makan hanya menggunakan payung di tepi jalan dan boleh dibilang dengan jari sahaja kedai-kedai makanan dibuka. Hanya Bank OCBC sahaja beroperasi.

Bayangkan harga rumah kondominium di Bangsar yang seluas 2,000 kaki (185 meter) persegi dijual pada harga RM2.4 juta seunit dan harga sebuah rumah semi-D di Sri Hartamas berharga RM1.5 juta. Siapakah yang mampu membelinya?

Sekarang kita bayangkan pula kalau ada hutang kereta, anak kecil, kena beli lampin anak, bayar orang gaji, kad kredit, pakaian, persekolahan, minyak kereta dll, maka apa lagi yang tinggal? Bagaimana mungkin mampu untuk membeli rumah semahal ini jika pendapatan suami isteri hanya RM5 ribu sebulan sahaja dengan bayaran yang ditetapkan dalam masa 35 tahun. Jika suami isteri berpandapatan RM5 ribu pun tidak mampu, bagaimana bagi mereka yang berpendapatan lebih rendah dari itu?

Apabila melihat kepada masalah harga rumah yang semakin ‘tidak masuk akal’ sekarang ini, saya sedih melihat nasib rakyat terutamanya orang melayu dan golongan muda kita terhimpit dengan masalah begini. Saya mempunyai rakan yang berumur 38 tahun dan memiliki segulung Ijazah TETAPI sampai sekarang tidak mampu memiliki rumah kediaman sendiri. 

Adakah kita mahu melihat bangsa kita merempat di Negara sendiri? Masih terkial-kial mencari kelangsungan hidup. Sebenarnya saya ada beberapa mekanisme yang mungkin boleh membantu pihak kerajaan terutamanya tampuk kepimpinan yang baru Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan selepas selesai PRU 13 memikirkan bagaimana cara membantu golongan muda ini memiliki keperluan asas ini. 

Tetapi mungkin luahan saya siri ke-2. Ingat ini Rumah merupakan keperluan asas bagi kita. Bantulah golongan yang berumur 40 tahun kebawah memiliki rumah. Jika harga tanah di bandar mahal untuk membangunkan perumahan, maka binalah apartment ‘layak duduk’ yang sesuai untuk golongan berpendapatan rendah. 

Mereka tetap perlu disediakan rumah kerana itu adalah keperluan asas manusia yang perlu disediakan oleh kerajaan untuk rakyatnya. Saya tidak mahu mendengar atau mencari alasan ‘kalau ayam mahal jangan makan ayam’, atau ‘kalau rumah di bandar, mahal sewa atau belilah rumah di kampung’.

Maafkan saya sekiranya coretan saya ada salah dan silap serta menguris hati mana-mana pihak. Wahuallam.

Ikhlas dari saya.
Noor Akmal Kamarolzaman


#Semoga Rintihan Kami di Dengari Oleh Pemimpin2 AtaS



Friday, July 12, 2013

Bishop Joseph Menghina Martabat Islam

KUALA LUMPUR 12 Julai - Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam-Melayu mendesak kerajaan mengusir Duta Vatican City ke Malaysia, Bishop Joseph Marino kerana menyokong penggunaan kalimah Allah bagi penganut Kristian di negara ini.

Pertubuhan itu dalam kenyataan di sini hari ini berkata, tindakan tersebut perlu diambil kerana beliau mencampuri urusan hal ehwal Islam dan pentadbiran negara.

"Tindakan biadab dan kurang ajar duta tersebut secara jelas membuktikan kehadiran beliau di negara ini bukanlah dengan niat yang baik tetapi tersirat agenda yang lebih licik."

"Seharusnya duta yang dilantik membantu menjalinkan hubungan yang baik di antara negara tetapi perbuatan Marino sudah tentu melampaui batas bidang tugasnya sebagai duta dan berniat jahat," kata kenyataan itu.

Pertubuhan tersebut mewakili beberapa NGO Melayu dan Islam termasuk Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Suara Anak Muda 1Malaysia (SAM1M ),  Kelab Wartawan Muda Malaysia (KWMM), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia, Permuafakatan Wangsa Malaysia (Pewangsa Malaysia), Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia (PPPMM) dan Pewaris Bangsa (ProWaris).

Dalam wawancara pertamanya dengan sebuah portal berita di negara ini semalam, Marino menyokong pendirian gereja Katholik di Malaysia berhubung isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian di negara ini.

Marino memuji hujah-hujah dikemukakan Persekutuan Kristian Malaysia bagi membolehkan perkataan 'Allah' dalam teks dirujuk kepada tuhan.Walaupun isu itu masih belum diputuskan di mahkamah selain menjadi isu dalaman di negara ini, Marino tetap menyifatkan hujah-hujah yang dikemukakan sebagai agak logik dan boleh diterima.

Dalam pada itu, pertubuhan itu berkata, mereka bimbang jika perbuatan di luar batasan diplomatik tersebut tidak ditangani dengan segera dan tegas oleh Kementerian Luar maka sehingga menjurus kepada campur tangan yang lebih serius termasuk mendokong gerakan Kristianisasi yang disasarkan kepada umat Islam di negara ini.

Tegasnya, Marino sudah melangkaui bidang tugasnya sebagai seorang diplomat yang mewakili Paus Francis dengan mengeluarkan kenyataan yang berbaur hasutan serta memihak kepada penganut Kristian di negara ini dengan menekan umat Islam.

Sehubungan itu kata pertubuhan berkenaan, perbuatan biadab mencampuri urusan negara ini yang dilihat begitu sensitif yang boleh merosakkan perhubungan kaum di negara ini harus ditangani dengan tegas tanpa sebarang kompromi sebelum nasi menjadi bubur.

"Kami juga khuatir apa yang dilakukan sudah tentu akan menimbulkan kemarahan umat Islam di negara ini yang tidak mustahil akan mengambil tindakan undang-undang sendiri yang boleh menjejaskan perpaduan yang sedia terjalin serta kemakmuran negara ini dengan berbangkitnya isu-isu keagamaan seperti ini."

"Sehubungan itu kami, mendesak Kementerian Luar mengecam kenyataan Marino tersebut bagi menandakan pendirian tegas Malaysia terhadap isu ini. Gabungan NGO Islam-Melayu akan menulis surat bantahan kepada Paus Francis mengenai tingkah laku dan kenyataan biadab duta beliau," tegas kenyataan tersebut.