Sunday, September 30, 2012

TAHNIAH ANAK2 MUDA BELIA KEMAHIRAN, ANDA JUGA PEMANGKIN PERUBAHAN NEGARA


Salam Sahabat2 Yang Di Hormati,

Perjuangan Suara Anak Muda 1Malaysia Bersama2 Rakan2 Belia Khususnya Majlis Belia Malaysia Terhadap kepentingan Pendidikan Kemahiran Bagi Belia,ALHAMDULILAH Didengar Dan Dibentangkan Dalam Bajet2013.

Segala Usaha Naik Turun Jumpa Orang, Jumpa Menteri, Buat Forum Penerangan, Buat Majlis Diskusi, Berikan Cadangan Dan Padangan Pada Pihak Yang Terlibat Dalam Dasar Negara Akhirnya Rasa Bangga Dan Berbesar Hati Kerana Semua Titik Peluh Selama Ini Berhasil Demi Masa Hadapan Generasi Belia Dalam Bidang Pendidikan Kemahiran.

Saya Mewakili Suara Anak Muda 1Malaysia Dan Rakan2 , Ingin mengucapkan Jutaan Terima Kasih Kepada YAB Ds Najib Atas pembentangan Belanjawan 2013 Tempohari Dan Mendengar Serta Memberikan Keperihatinan Terhadap Anak-Anak Muda Belia Yang Wajar Di berikan Perhatian Dan Peluang Kedua Untuk Menjadi Sebahagian Pemangkin Perubahan Negara.



BAJET 2013 : LATIHAN KEMAHIRAN: SUATU STRATEGI PINTAR DALAM USAHA SELESAIKAN ISU NASIONAL


All The Best Anak-Anak Muda Belia Kemahiran
Anda Pemangkin Perubahan Negara

Assalamualaikum dan Salam 1Belia 1Kemahiran

Sekretariat 1Belia 1Kemahiran (1B1K) Majlis Belia Malaysia menyelar mana-mana pihak yang menyatakan pembentangan Bajet 2013 akan menyebabkan Malaysia dibebani dengan hutang serta menyukarkan lagi kehidupan rakyat di masa akan datang.

Kalau dilhat bajet tentang LATIHAN KEMAHIRAN, ianya bukan hanya satu pemberian peruntukan yang besar sebaliknya satu strategi kerajaan menggalakkan penglibatan industri samada syarikat asing di Malaysia, GLC dan IKS dalam semua sektor melibatkan diri dalam pembangunan latihan kemahiran dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Pendekatan latihan kemahiran bukan hanya tertumpu kepada latihan di institusi latihan kemahiran awam dan swasta (ILKA/ILKS), tetapi juga menerusi pendekatan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) iaitu sebuah sistem latihan yang berorientasikan pekerjaan di mana para pelajar di latih 70-80 peratus lebih kerap di industri berbanding di institusi latihan.

Menerusi SLDN, pihak industri akan memberi latihan yang sebenar kepada para pelajar dengan penggunaan mesin dan prosedur ditempat kerja yang sebenar bermula di peringkat perjawatan paling bawah sekali sebelum meningkat naik ke tahap yang lebih tinggi. Para pelajar tidak perlu membuat pinjaman latihan sebaliknya latihan yang diterima adalah percuma bahkan pihak industri akan memberi elaun berdasarkan tahap yang sedang dilatih. Paling menarik, para pelajar akan menerima Sijil Kemahiran Malaysia atau Diploma Kemahiran Malaysia apabila menamatkan latihan dan selalunya di serapkan masuk ke syarikat untuk menjadi pekerja tetap. Syarikat akan melihat para pelajar sebagai satu aset penting kerana para pelajar telah menerima latihan secara terus dari tenaga pakar di industri berkenaan.

Kaedah yang diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia menerusi Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Kementerian Sumber Manusia semakin mendapat perhatian dan penglibatan pihak industri tempatan mahupun antarabangsa yang berada di Malaysia.

Kaedah ini juga akan berupaya mengurangkan kebergantungan industri kepada pekerja asing. Peluang pekerjaan akan kembali kepada rakyat tempatan. Dan paling utama, aliran keluar mata wang secara besar-besaran oleh pekerja asing yang menghantar wang kepada keluarga mereka dapat diminimumkan. Umum mengetahui hal ini menjejaskan imbangan pembayaran negara dan membantutkan perkembangan ekonomi negara. Kebanjiran pekerja asing memberi masalah besar dari segi putaran modal kerana negara mengalami kerugian kerana kebanyakan wang yang dikeluarkan dalam bentuk gaji tidak digunakan untuk dibelanjakan di negara ini.

Kerajaan juga akan dapat menjimatkan banyak perbelanjaan dari segi pengurusan pelajar, penggunaan bahan gunahabis serta penyelenggaraan peralatan latihan kerana 70-80% latihan adalah di dalam premis industri yang menyertai SLDN.

Maka dengan ini, Sekretariat 1Belia 1Kemahiran (1B1K) Majlis Belia Malaysia berharap pihak industri samada bersaiz kecil atau besar akan mempunyai jiwa nasionalisme yang tinggi dalam membantu usaha kerajaan menjadikan Malaysia sebuah negara maju. Untuk mengetahui apakah SLDN boleh hubungi:

Jabatan Pembangunan Kemahiran
Blok 4803, Suite 0-10
Bangunan CDB Perdana
Persiaran Flora
63000 Cyberjaya
Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03-8321 4700Fax: 03-8321 4888

Terima kasih.


MOHAMMAD RIZAN HASSAN
Ketua Sekretariat
1Belia 1Kemahiran (1B1K)
Majlis Belia Malaysia

#TERUSKAN PERJUANGAN UNTUK KITA SAMA-SAMA MAJUKAN GENERASI MUDA KITA AKAN DATANG, APA YANG KITA PERJUANGKAN  BUKAN UNTUK KEPENTINGAN PERIBADI TETAPI ADALAH UNTUK MASA HADAPAN GENERASI MUDA AKAN DATANG..

TERUSKAN TANAM SEMANGAT PERJUANGAN YANG KUAT, SUARA ANAK MUDA 1MALAYSIA SUARA ANDA..

1SUARA, 1HATI, 1HARAPAN, 1TUJUAN ...EVOLUSI ANAK MUDA

ARMAND AZHA HJ ABU HANIFAH
PENGASAS
SUARA ANAK MUDA 1MALAYSIA

Thursday, September 27, 2012

BAJET2013 : HARAPAN SUARA ANAK MUDA 1MALAYSIA

SEMOGA DIPERMUDAHKAN SEGALANYA BAGI RAKYAT
Salam Sahabat2 Yang Dihormati, Hari Ini YAB DS Najib Akan Membentangkan Bajet 2013.

Saya mewakili Suara Anak Muda 1Msia Pernah Menghantarkan Pandangan Dan Cadangan Bagi Bajet 2013 Kira-Yang Lalu Pada Pihak YAB Ds Najib Dan Pihak TERAJU.


PERJUANGAN KEPENTINGAN ANAK2 MUDA 
Harapan SAM1M Pada Bajet 2013Harus Mesra Orang Muda, Kerana Anak2 Muda Pemangkin Perubahan Landskape Negara Baik Drpd Segi Pendidikan, Kebajikan, Ekonomi Malah Sosial..

Kami Merasakan Pihak Kerajaan Harus Diberikan Keutamaan Bidang Pendidikan Khususnya Bidang Kemahiran, Kerana Hari Ni Kita Lihat Peluang Kedua Harus Diberikan Kepada Mereka Utk Jadi Sebahagian Drpd Modal Insan Utk Pembangunan Negara Kearah Wawasan 2020, Bukannya Ketepikan Mereka. 

Majoriti Anak Muda Yang Mengambil Bidang Kemahiran Adalah Pelajar2 Yang Tidak Mendapat Keputusan Yang Baik Sebelum Ini. Jika Ditanyakan Majoriti Mereka Mahu Sambungkan Pendidikan Mereka Kerana Mereka Tahu Negara Kita Makin Maju Dan Makin Kehadapan, Mereka Tidak Mahu Ketinggalan.


1SUARA, 1HARAPAN, 1MATLAMAT
Jadi Saya Rasakan Peluang Kedua Harus Diberikan Kepada Mereka Untuk Sama2 Maju Bersama Negara Kita.  Mereke Juga Anak Malaysia , Mereka Juga Anak Merdeka, Adakah Kita Nak Tutup Mata Sebelah dan Biarkan Mereka Dimana Akhirnya Mereka Terlibat Dalam Gejala2 Masalah Sosial Kerana Tidak Diberikan Peluang Kedua.

Bagi Saya Hanya Melalui Pendidikan , Mereka Akan Maju Dalam Ekonomi Mereka Juga Keluarga, Hanya Melalui Pendidikan Sahaja Kebajikkan Mereka Akan Dijaga  Dan Hanya Melalui Pendidikan Sahaja Kita Yakin Ianya Boleh Mengurangkan Masalah Sosial Anak2 Muda.

Saya Harap Pembentangan Bajet 2013 Akan Menjadi Titik Perubahan Bagi Generasi Muda Yang Terpinggir Yang Mahukan Peluang Kedua Untuk Berjaya Dalam Hidup Mereka Dan Menjadi Rakyat Yang Sama2 Membangunkan Negara Di Masa Hadapan Insyallah.

Armand Azha Hj Abu Hanifah
Suara Anak Muda 1Malaysia

BOIKOT OLD TOWN WHITE COFFEE, SELAGI BELUM 100% HALAL DISEMUA PREMISNYA

Pertanyaan Dan Minta Penjelasan Bukannya Serangan
Bagi Pengetahuan Rakyat Khususnya Beragama Islam
Salam Sahabat2 Yang Saya Hormati.

Isu Sijil Halal Old Town White Coffee Kini Kembali Panas, Bila Saya Menanyakan Soalan Saya Pada YB Ngeh Koo Ham Di Laman Twitter. Saya Menanyakan Soalan tersebut Atas Dasar Tanggungjawab Saya Sebagai Seorang Islam.

Tetapi Yang Pelik Nya Ada Segelintir Penyokong2 Politiknya Marah Saya Menanyakan Soalan Tersebut. Setahu Saya , Soalan Tersebut Bukan Pun Bentuk Serangan Tapi Lebih Daripada Mahukan Penerangan.


Berkali2 Beliau Mengeluarkan Kenyataan Yang Menguriskan
Hati Umat Islam Di Malaysia
Pada Yang Mengamuk dan Marah2 Mengenai Soalan Sijil Halal Old Town White Coffee Tu, Adakah Dengan Mendiamkan Diri Dan Peluk Tubuh Cara Nya Hanya Kerana Kepentingan Politik Atau Sama2 Mencari Kebenaran Isu ini.


Soalan Yang Pernah Di Tanyakan Pada JAKIM Isu Sijil Halal
Old Town White Coffee
Old Town White Coffee ada dalam senarai halal JAKIM. Jadi, apakah yang digembar-gemburkan sekarang ini yang Old Town White Coffee Kopitiam tidak halal?
Hanya Setengah Minuman Nya Sahaja Dan Tiada Makanan
Sebenarnya, senarai tadi tidak lengkap kerana tidak menyenaraikan secara penuh produk2 yang halal.

Jika diteliti sijil halal yang didapati di website Old Town White Coffee siniproduk2 yang disenaraikan sebagai halal terdiri daripada sebahagian minuman yang disajikan di Old Town White Coffee Kopitiam.

Sijil tersebut boleh dilihat di website itu di tab "Our BUSINESS" di bahagian "Our Laurels". Ini adalah gambarnya.
Daripada maklumat ini, logo halal JAKIM yang digunakan pada iklan2nya adalah bersandarkan kepada sijil ini.







Sebagai pengguna muslim, perkara ini boleh dilihat sebagai satu helah untuk menarik pelanggan2 yang beragama islam menjamu selera di restoran berkenaan. Lantaran itu, kita seharusnya lebih berhati-hati dalam memilih tempat menjamu selera.

Ada pula yang kata ada yang dah dapat sijil halal disetengah-setengah premis, soalan saya kembali..Saya mahukan 100% Old Town White Coffee mempunyai Sijil Halal, Bukannya 5%,10%,20%,30% Atau 50% Tapi 100% Premisnya di Seluruh Negara Harus Mendapat Sijil Halal.


BOIKOT SELAGI BELUM 100% PRESISNYA ADA SIJIL HALAL
Jadi bagi saya,selagi pihak mereka tidak melaksanakannya ianya menjadi kewajipan kita untuk tidak mengunjung premis-premis mereka malah BOIKOT nya demi kepentingan agama islam.

Kesimpulannya, Old Town White Coffee Kopitiam hanya mempunyai sijil halal untuk minuman sahaja. Pengguna2 muslim seharusnya memilih tempat yang lebih sesuai iaitu restoran2 yang mempunyai sijil halal untuk semua minuman dan makanan yang disajikan.

Sentiasa mencari yang halal.


Armand Azha Hj Abu Hanifah
Rakyat Yang Perihatin

Wednesday, September 26, 2012

BAJET2013 "IMPIAN GOLONGAN BELIA BERKEMAHIRAN " DENGARLAH HASRAT KAMI



Saya dan Sdr Rizan Bertekad Perjuangkan Isu Ini

Salam Sahabat2 Yang Saya Hormati..

Saya dan Sahabat Saya Saudara Rizan Hassan Telah Bertahun2 Perjuangkan Kepentingan Golongan Belia Berkemahiran Yang Selalu Terlepas Pandang. Mereka Juga Anak Malaysia Yang Perlu Diberikan Perhatian Oleh Pihak Kepimpinan Negara Dalam Bajet 2013.




Berikan MerekaPeluang kedua Bagi Mereka Menjadi Modal Insan Pada Pembangunan Negara Pada Masa Hadapan.

Berikut adalah Penulisan Sahabat Saya Saudara Rizan Tentang Impian Golongan Belia Berkemahiran.

PANDANGAN TENTANG HASRAT DAN IMPIAN GOLONGAN BELIA BERKEMAHIRAN DALAM PEMBENTANGAN BAJET 2013.

KERTAS INI PERNAH DIBENTANGKAN OLEH SAYA DALAM SATU MESYUARAT KUMPULAN FOKUS BAJET 2013 – YOUTH IN ECONOMIC DEVELOPMENT BERSAMA KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA

PENDAHULUAN

Perubahan struktur sosial dan masyarakat kerana perubahan semasa memberi kesan kepada gerakan belia di negara ini. Gerakan belia pada masa kini sangat terkesan dengan arus teknologi maklumat selain orientasi sosial yang jauh berubah. Mungkin ada juga perubahan lain, namun dua faktor ini dilihat sebagai 'tekanan' utama kepada belia.
Talk Show Kepentingan Golongan Belia kemahiran
Untuk rekod, bilangan rakyat Malaysia dalam usia belia 15 hingga 40 tahun adalah 12 juta orang. Bilangan ini membentuk 46% daripada keseluruhan rakyat Malaysia.

Arus teknologi maklumat masa kini ditandai oleh kegilaan gajet, bentuk kandungan serta cara berkomunikasi di kalangan penggunanya. Pengguna teknologi maklumat sudah tentu kebanyakannya terdiri daripada warga belia. Teknologi maklumat sudah menjadi gaya hidup warga belia dan ianya sentiasa menjadi buruan mereka. Maka, jika belia tidak memiliki gajet, ia boleh dianggap tidak 'stylo' atau tidak mengikuti arus semasa. 

Selepas memiliki gajet, apakah pula bentuk kandungan yang menjadi 'langganan' para belia. Sudah tentu pada masa kini kandungan berbentuk rangkaian sosial menjadi pilihan. Akhirnya, trend ini akan membentuk satu cara berkomunikasi baru yang menjadi identiti kepada warga belia pada masa kini. Mereka berhubung menggunakan Facebook dan Twitter, mereka berhujah menggunakan blog dan mereka berekspressi di laman YouTube.
Konvokesyen Belia Berkemahiran Oleh YB KJ
Kesan yang timbul kepada gerakan belia ialah keperluan untuk mengisi perubahan ini supaya warga belia dan gerakan belia tidak akan terpisah kerana kecanggihan teknologi pada masa kini. Bermakna, pertubuhan belia juga perlu mesti 'IT savvy' serta memanfaatkan segala teknologi dan perkakasan serta kandungan dan perisian untuk berada bersama-sama dunia belia yang baru ini. Pemimpin-pemimpin belia perlu meninggalkan stigma formal dan label 'Mat Belia' berbaju batik yang sudah tidak relevan pada masa kini.

Perubahan dalam orientasi sosial juga perlu difahami secara tuntas oleh gerakan belia. Senario belia yang mencari kerja untuk membayar semula hutang pinjaman pendidikan tidak boleh dipandang sepi. 

Selagi mereka tidak memiliki pekerjaan yang stabil dengan pendapatan yang selesa, maka janganlah terlalu mengharap mereka akan berfikir untuk melibatkan diri dalam gerakan belia atau kesukarelaan. Ini bermakna, gerakan belia akan kehilangan 'focus group' mereka dalam menggerakkan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.


Rakaman Bersama Isu Pembangunan Belia Berkemahiran
Selain itu juga, kecenderungan belia pada masa kini juga berubah dalam bentuk minat dan hobi mereka. Minat belia sudah menjadi 'narrow' atau mengkhusus kepada sesuatu bidang sahaja. Sebagai contoh, futsal menjadi pilihan yang sangat popular di kalangan belia untuk mereka bersosial. Juga mereka yang minat kepada kamera DSLR, permainan kawalan jauh, kelab bermotor, band muzik, serta aktiviti hiburan seperti karaoke. Dengan mewujudkan kumpulan-kumpulan belia berteraskan minat atau 'interest based' mereka boleh menganjurkan aktiviti bersama-sama. Maka, mereka tidak lagi memerlukan persatuan belia yang dianggap sangat formal untuk mereka menganjurkan program.

Pertubuhan dan gerakan belia pulalah yang perlu berubah dengan menawarkan ruang-ruang untuk memenuhi keperluan belia masa kini yang sudah menjadi terlalu spesifik ini. Mudah-mudahan pemimpin-pemimpin belia masa kini mampu untuk menangani landskap baru gerakan belia masa kini, jika tidak belia dan persatuan-pemimpin akan terus terjarak.

Tuntutan belia masakini:
Belia mahukan peranan mereka diiktiraf
Suara mereka bukan sahaja di dengari tetapi di ambil tindakan
Belia mahu isu-isunya di tangani dengan cara berorientasikan mereka.


BAHAGIAN 1: EKONOMI BELIA

(1)
Mencadangkan agar SKIM TABUNG EKONOMI BELIA (STEB) yang dibekukan beberapa tahun dulu dapat di hidupkan kembali dan diperkasakan lagi dan penambahbaikan dapat dilakukan selari dengan hasrat kerajaan menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi.

(2)
Program Bimbingan Usahawan Muda pernah di adakan dan menerima peruntukan dari RMK-9. Program ini di lihat begitu berkesan dalam konteks pembangunan ekonomi belia. Program ini perlu di hidupkan kembali dan di perkasakan dengan melibatkan Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Majlis Belia Negeri (MBN) sebagai badan pelaksana dan pemantau program.

(3)
Mencadangkan agar Kompleks Rakan Muda atau Kompleks Belia dan Sukan yang ada di seluruh negara bukan hanya tertumpu kepada aktiviti riadah dan penganjuran kursus dalam bilik sahaja, sebaliknya di jadikan satu ONE STOP CENTRE kepada para belia untuk menjana ekonomi mereka. Antara cadangan yang difikirkan ialah mewujudkan Pasar Tani Belia, Up Town/Down Town di mana lesen-lesen perniagaan diberikan khusus kepada golongan belia berumur 18-40 tahun.

(4)
Memohon agar kerajaan-kerajaan negeri menggalakkan dan memberi kebenaran kepada pertubuhan-pertubuhan belia mengusahakan tanah-tanah rizab kerajaan yang terbiar seperti ’grazing reserve’ dijadikan sektor pertanian. Ini akan membuka ruang kepada golongan belia untuk bergiat dalam bidang pertanian.

(5)
Mencadangkan agar kerajaan meletakkan GLC sebagai mentor/fasilitator kepada usahawan muda dan bukannya sebagai pesaing dalam mendapatkan projek-projek.

(6)
Mewujudkan program khusus YOUTH TECHNOPRENEUR yang memberi sasaran melahirkan kendiri belia yang berdaya saing dan pemangkin nilai tambah ekonomi negara melalui Pembangunan Kemahiran Tinggi dan Budaya Teknopreneur.

Tiga (3) teras utama di cadangkan iaitu:

1. Memperkukuhkan infrastruktur pembangunan latihan kemahiran /keusahawanan
-Objektifnya: Mempertingkatkan sumbangan belia kepada ekonomi negara berdasarkan belia yang progresif dan kompetitif.

2. Mencipta kesedaran dan keupayaan belia
-Objektifnya: Menggalakkan pembangunan belia dalam pekerjaan/perniagaan berteraskan kemahiran tinggi dalam industri berasaskan pengetahuan

3. Akses kepada pembiayaan –
-Objektifnya: Meningkat keupayaan belia untuk menjana pekerjaan sendiri melalui budaya teknopreneur


BAHAGIAN B: ISU-ISU BESAR BELIA YANG MENGEKANG PEMBANGUNAN BELIA DARI SUDUT SOSIAL, EKONOMI DAN PENDIDIKAN

Majlis Belia Malaysia (MBM) begitu komited menekankan kepada 3K iaitu Kesukarelaan, Kepimpinan dan Kemahiran.

Seluruh belia melahirkan rasa gembira kerana suara mereka di dengari dan diambil tindakan oleh kerajaan dimana dalam konteks kesukarelaan, kerajaan telah menyuburkan semangat kesukarelaan ini dengan insentif yang diberikan termasuk mewujudkan 1Malaysia For Youth (1M4Youth). Manakala dalam konteks kepimpinan, kewujudan Parlimen Belia memberi satu platform kepada pemimpipn belia memberi pendapat dan pandangan serta kritikan terhadap dasar dan perlaksanaan yang di jalankan oleh kerajaan.

Bagaimana pun, terdapat banyak isu besar dalam kemahiran yang memerlukan tindakan serta-merta kerajaan kerana MBM melihat ianya akan membantutkan usaha menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan 40% rakyatnya adalah berkemahiran tinggi.

(1)
Strategic Action for Youth 1Malaysia (SAY 1Malaysia) – Diumumkan semasa pembentangan Bajet 2012 di mana sebanrak RM200juta di peruntukkan untuk memberi latihan kepada golongan belia tercicir. MBM telah menyambut inisiatif itu dengan baik di mana MBM menggerakkan Program 1Belia 1Kemahiran dengan sokongan padu semua badan gabungan MBM dan pertubuhan-pertubuhan belia di Malaysia. Tetapi sehingga kini, status SAY1Malaysia tidak diketahui dan seolah-olah sepi begitu saja.


(2)
Diploma Kemahiran Malaysia (DKM – Tahap 4) dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM – Tahap 5) perlu diberi pengiktirafan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Buat masa ini, Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1 hingga 3 sahaja yang diberi pengiktirafan. Sesuatu yang pelik apabila persijilan kemahiran yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Sumber Manusia dan melalui agensinya Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) tidak diiktiraf oleh kerajaan itu sendiri. Isu ini telah berlarutan untuk sekian lama. Bagaimana kita mahukan memperbanyakkan golongan belia berkemahiran tinggi sedangkan jika mereka menjalani latihan di tahap berkenaan, kemahiran mereka tidak diiktiraf. Akhirnya, bakat-bakat atau ’talent’ berkemahiran ini akan berhijrah ke luar negara yang sentiasa membuka pintu buat mereka yang berkemahiran tinggi.


(3)
Merayu kepada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) menghapuskan peruntukan sistem kuota kepada semua institusi latihan kemahiran swasta yang menawarkan Persijilan Kemahiran Malaysia. Pinjaman latihan kemahiran wajb diberikan kepada semua belia yang memilih latihan kemahiran sebagai pilihan mereka untuk mengejar cita-cita kerjaya mereka. Golongan belia tercicir akademik lebih cenderung kepada latihan kemahiran. Mereka juga datang dari golongan keluarga berpendapatan RM2000 kebawah. Justeru, tanpa bantuan menyeluruh kepada belia berkemahiran akan menyebabkan mereka membuat pilihan ketiga iaitu bekerja berdasarkan kelulusan PMR atau SPM, menjadi penganggur dan terus tercicir, atau menjadi belia berisiko tinggi (penagih, penjenayah dan lain-lain).

(4)
Ubah kadar faedah untuk pinjaman latihan kemahiran dari 3% kepada 1%. Jika PTPTN kadar faedahnya 1% mampu kerajaan tunaikan, mengapa pinjaman PTPK untuk belia berkemahiran kerajaan mengekalkan kepada 3%? PTPTN dan PTPK mempunyai objektif dan tujuan yang sama iaitu memberi bantuan pinjaman kepada rakyat Malaysia yang ingin melanjutkan pelajaran mereka. Cumanya PTPTN dalam bidang akademik manakala PTPK untuk latihan kemahiran. Semua mekanisma pemberian pinjaman adalah sama kecuali dari segi faedah bayaran balik yang dikenakan cukup berbeza. Ini sesuatu yang tidak adil dan kerajaan tidak perlu menunggu golongan belia berkemahiran bangkit menyuarakan perkara ini barulah hendak bertindak.

(5)
Memohon kerajaan mengarahkan semua kementerian yang terlibat dengan latihan kemahiran agar menggunapakai satu standard persijilan iaitu Persijilan Kemahiran Malaysia (persijilan Sijil Kemahiran Malaysia, Diploma Kemahiran Malaysia dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia). Ini kerana sistem ini diterima pakai oleh industri kerana pihak industri terlibat dalam pembangunan Sandard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan atau National Occupational Skills Standard (NOSS). Malangnya, selepas berbilion ringgit dihabiskan membangunan standard pekerjaan dan membuat penambahbaikan selari dengan keperluan industri dan teknologi, ego kementerian-kementerian tertentu begitu menebal dengan terus menggunakan standard sendiri. Akhirnya, industri di Malaysia keliru dengan persijilan yang ada di Malaysia dan paling menakutkan tahap kemahiran golongan belia yang dikeluarkan oleh institusi kemahiran berbeza-beza mengikut selera institusi dan bukannya selera industri.

(6)
Belia berkemahiran adalah Tangan Emas Negara. Pengiktirafan perlu diberikan kepada belia berkemahiran yang kompeten dalam latihan mereka. Hingga ke hari ini, tiada biasiswa atau pengecualian bayaran balik diberikan kepada pelajar kemahiran yang menunjukkan kompeten yang tinggi. Berbanding pelajar akademik yang cemerlang akan diberi biasiswa atau diskaun bayaran balik.


DISEDIAKAN OLEH
RIZAN HASSAN
Tokoh Belia Negara 2011
Tokoh Belia ASEAN 2011

TAHNIAH SAHABATKU, SEMOGA ALLAH SWT BERKATI PERJUANGAN KITA UNTUK  BELIA BERKEMAHIRAN INI BERJAYA , INSYALLAH

Oppa KL STYLE, Tersenyum Saya Pagi Ni :)


HAHAHAHAHA..TERSENYUM SAYA PAGI NI TENGOK VIDEO NI
KL STYLE TERBAEK HEHEHEHEH

Tuesday, September 25, 2012

Tahniah Aspirasi Mahasiswa, Terbaek

GENERASI PEMANGKIN PERUBAHAN
Pilihan Raya Kampus: #AspirasiMahasiswa mendahului 17 - 1, Pro-M malu besar Sehingga jam 1:40 pagi tadi, Pro-Aspirasi Mahasiswa (Pro-AM) menguasai Pilihan Raya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sidang 2012/2013


Bersama Sahabat Saya Sdr Shahar  Presiden
Alumni Aspirasi Malaysia
Pro-AM mengatasi kumpulan Pro-Mahasiswa (Pro-M) yang membawa aspirasi pembangkang dengan menguasai MPP di 17 universiti awam berbanding Pro-M yang hanya menang di sebuah universiti. Keputusan di dua buah universiti lagi, iaitu Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan Universiti Malaya (UM) masih lagi dinantikan.  

 Di UIA, Pilihan Raya MPP akan diadakan semula selepas mendapat keputusan Senat Universiti akibat kegagalan fungsi sistem e-Voting. Manakala di UM, pertandingan sengit menyaksikan Pro-AM sedang mendahului 21 kerusi, berbanding Pro-M yang memperolehi 19 kerusi dan dua lagi kerusi berkeputusan seri. Pengundian semula akan diadakan pada hari Jumaat bagi menentukan keputusan kedua-dua kerusi ini. Khamis lalu, dalam pemilihan di lima buah universiti, Aspirasi Mahasiswa telah mencatat kemenangan besar menewaskan Pro-M. 



Lima universiti itu ialah 
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) 
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

Aspirasi Mahasiswa menang kesemua kerusi di
UiTM (50 kerusi), 
UniMAP (31),
UTeM (28), 
UniSZA (24),
UTHM, 25 



Daripada 27 buah kerusi yang dipertandingkan. Keputusan rasmi Pilihanraya Kampus Universiti Sains Malaysia memihak kepada kumpulan Pro-AM. Pro-AM menang besar dengan 37 kerusi, berbanding Pro Mahasiswa, hanya 7 kerusi dan 1 kerusi tidak dipertandingkan kerana tiada calon.


ORANG SURUH BELAJAR SIBUK
BERDEMO IKUT PAKATOON 
Universiti-universiti berkenaan ialah 
Universiti Putra Malaysia (UPM); 
Universiti Utara Malaysia (UUM); 
Universiti Malaysia Sarawak (Unimas); 
Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI); 
Universiti Malaysia Pahang (UMP); 
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) 
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). 

Nampaknya Ayam tambatan Pakatoon si ADAM ADLI Dan Gengnya ditolak bulat2 oleh anak2 muda mahasiswa, duk ikut Pakatoon punya budaya politik ni lah jadinya. Mahasiswa bijak memilih mana yang baik dan mana yang tidak.. 

Bagi geng2 Adam teruskan tidor di Dataran Merdeka ikut jangan tak ikut politik ala2 kebencian ciptaan Pakatoon, anda sendiri yang memilih jalan tersebut, tetapi masih boleh kembali pada perjuangan yang betul. Call jer saya, senantiasa menerima anda untuk berada dilandasan perjuangan yang betul kerana umur anda masih muda.Jangan bazirkan usia anda mengikut orang2 yang salah akhirnya hancur masa hadapan anda kerana permainan politik mereka.

Di UPM, Pro-AM telah memenangi 39 daripada 47 kerusi yang dipertandingkan, di UUM, Pro-AM 34 kerusi daripada 36; di Unimas kesemua 12 kerusi; di UPSI 25 daripada 29 kerusi; di UMP 22 daripada 24 kerusi; di UMT 18 daripada 20 kerusi, di UPNM pula mereka menang kesemua 14 kerusi, di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) 47 daripada 54 kerusi, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) kesemua 24 kerusi; Universiti Malaysia Sabah (UMS) 34 daripada 38 kerusi; Universiti Malaysia Kelantan (UMK) 10 daripada 14 kerusi. Sehingga saat berita ini ditulis Pro-M hanya memenangi MPP di satu universiti, iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Pro-M cuma menang 19 kerusi berbanding 9 yang dimenangi Pro-AM.

Berdasarkan pada keputusan ini kita lihat generasi muda telah kembali bersama agenda negara. Budaya politik yang dibawa oleh Pro-Mahasiswa jelas ditolak oleh generasi pemangkin perubahan.

Pada rakan2 adik2 yang telah berjaya teruskan perjuangan dan amanah yang diberikan oleh rakan2 anda, pada yang gagal teruskan usaha anda, perjalanan anda masih jauh.

Saya mewakili Suara Anak Muda 1Malaysia Mengucapkan Jutaan Tahniah Pada Seluruh Jentera Pro-Aspirasi, Terbaek...

Sunday, September 23, 2012

1Pemuda Bersatu Tentang Sam Bacile "Innocent Of Muslim"

Ini Lah Dia Musuh Islam SAM BACILE
FILEM YANG TELAH MENCETUSKAN KEMARAHAN UMAT ISLAM SELURUH DUNIA

Salam Pd Para Pejuang2 Yg Saya Hormati, Saya dgn rendah diri mengucapkan tahniah kepada semua rakyat Malaysia, tanpa mengira apa agama yg anda anuti, fahaman poltik dimana kita turun beramai-ramai bersama YB Khairy Jamaluddin untuk membantah semua usaha menghina agama lyg semakin berleluasa dewasa kini.
RIBUAN YANG HADIR
Kita rakyat yg bertamadun, kita perlu menghormati agama, adat dan budaya kaum lain. Jangan kita gadaikan prinsip asas yg mengekalkan keharmonian negara ini. Sejarah telah dilakarkan pada hari Jumaat 21/9 jam 1pm di Masjid Kg Baru bersatu menzahirkan bantahan kita terhadap satu dua kerat manusia yg tak reti menghormati kaum lain. Dalam kes filem "Innocent of Muslims" kita perlu ingat bahawa musuh utama kita ialah Sam Barcile yg menghasilkan filem tersebut, bukan rakyat Amerika.

UCAPAN YB KHAIRY
Jutaan Rakyat Amerika, kususnya yg beragama Islam juga kecewa Nabi Muhammad s.a.w. dihina sedemikian rupa3 Kita gesa google menghentikan dasar yang tidak sihat dan tidak menghormati sensitiviti agama dan kaum ini Kalau di Amerika pihak yang menyumbangkan dana untuk menyerang dan menjatuhkan Kerajaan Amerika disifatkan sebagai pengganas (terrorist).



Di Malaysia pun sama lah..Anwar boleh dilabel sebagai pengganas di rantau Asia yang berusaha menjatuhkan Kerajaan Malaysia yg dipilih rakyat. Anwar mempunyai rangkaian pengganas dari luar negara seperti George Soros Dan Israel yg menyumbangkan dana untuk menghancurkan negara Malaysia!

MASIH lagi balaci pembangkang yang benak-benak ini pura-pura tak faham dengan siginifikasi penerimaan dana asing oleh beberapa NGO dan portal berita yang diketahui pro Pakatan haram ini dengan pelbagai aktiviti untuk menjatuhkan kerajaan. Apa yang mereka tidak faham atau sengaja tidak mahu faham ialah, dana asing ini bukan dari sebarangan organisasi tapi organisasi yang ada kaitan dengan pertubuhan yahudi yang diketahui aktif dalam aktiviti menjatuhkan beberapa kerajaan Arab sebelum ini.


Kalaupun nak jatuhkan kerajaan dengan menggunakan dana asing, takkanlah dana yahudi itu juga yang diterima? Apa dah takde jalan lain sangat ke? Bersih, Suaram, Malaysiakini, semuanya sudah diketahui menerima dan dari George Soros atau National Endowment Democracy (NDI) – juga ada hubung kait dengan yahudi. Aktiviti semua NGO haram ini sudah diketahui hanya untuk menjatuhkan kerajaan saja. Tidak setakat menyalurkan dana, organisasi asing ini juga terlibat dalam urusan strategi menghadapi pilihanraya parti-parti pembangkang.


NDI contohnya adalah konsultan yang terlibat dalam menyediakan kursus menghadapi piilihanraya bagi PKR (rujuk disini), dan sememangnya antara 3 komponen Pakatan Rakyat, PKR adalah pihak yang mempunyai kaitan rapat dengan semua media yang disebutkan di atas. Semuanya melalui kaitan Anwar Ibrahim dan organisasi pemberi dana asing ini.
RIBUAN YANG HADIR NYATAKAN BANTAHAN

UCAPAN DRPD DATO AZEEZ PRESIDEN KELAB PUTRA 1MALAYSIA

TURUT BERSAMA YB DATO IBRAHIM ALI DAN YB DATO HASSAN ALI

Jadi yang PAS bersusah payah menyertai demo membantah yahudi kerana penglibatan dengan filem "Innocence of Muslim" yang menghina Islam itu buat apa, sebab PAS sendiri pun dibayar mengguna duit yahudi untuk menghadirkan ahli-ahlinya dalam beberapa demo yang diadakan Pakatan haram ini sebelum itu. Antaranya Bersih itulah. Tak tahulah sama ada PAS dan DAP sedar atau tidak bahawa mereka dipergunakan PKR untuk mendapatkan dana asing bagi keuntungan Anwar dan PKR sahaja.


Sebab itu yang hebat ke sana ke mari naik jet eksekutif ialah pemimpin PKR dan yang ada kaitan dengannya (Anwarinas). Begitu juga dengan para penyokong PAS ini, mungkin ada yang tidak tahu bahawa sumber wang yang digunakan untuk menampung kedatangan mereka semasa menghadiri demo Bersih 3.0 tempoh hari adalah dari dana yahudi (Ambiga mengaku terima dana Soros dan NDI untuk jayakan himpunan Bersih)!!


Penyokong DAP tidak ada masalah sebab mereka bukan ada hal makan benda-benda haram pun. Patutlah perjuangan Pakatan Rakyat ini tidak berkat, rupanya terima dana yahudi untuk jatuhkan kerajaan Islam Malaysia. Ini kalau bukan tamparan hebat, tak tahulah nak panggil apa.

FIKIRKAN INI MASA HADAPAN NEGARA KITA
JIKA KITA IZINKAN KITA KHIANATI  PEJUANG2 LAMPAU DAN ANAK CUCU KITA

TIDAK KAH SAUDARA TERTANYA, MANA ANWAR DALAM ISU INI
KITA PUNYA AKAL DAN FIKIRAN UNTUK MENILAI MANA BAIK DAN MANA TIDAK, JGN MENANG BERSORAK HILANG NEGARA TERCINTA PADA GERAKAN TERSIRAT YAHUDI...

APA PUN TAHNIAH PADA PEMUDA UMNO , PEMUDA PAS SERTA RAKAN2 NGO YANG BERSATU DALAM MEMBANTAH ISU INI 1PEMUDA BERSATU HARAPAN NEGARA.

Wednesday, September 19, 2012

Blogger PAS Tulang Besi Taksub Pd Anwar? Sanggup Makan Babi Kerana Politik Ish2



Apa Nak Jadi Ni? Blogger Kesayangan Husam, Tokey Kambing "Tulang Besi Malaysianwaves" Sampai Sanggup Jual Nama Rasullullah Dan Makan BABI Utk Tujuan Kepentingan Politik.

Apa Nak Jadi Ngan PAS Ni, Politik Menghalalkan Cara Demi Nak Dapat Kuasa.. Ni Blogger Tersohor PAS Tulang Besi Malaysianwaves Mengeluarkan Hujah Mengatakan Rasullullah Nak Anwar Ibrahim Jadi Perdana Menteri Malaysia.. Apa Benda Ni?

Bukan Itu Sahaja Itu, Si Tulang Besi Malaysianwaves Juga Kata Ulamak2 Dunia Mimpi Anwar Ibrahim Akan Jadi Penyelamat Dunia Islam... Mak Aiii..



Anda Bagaimana? Setujukah Statement Beliau..PAS Kini Menghalalkan Apa Jua Statement2 Sebegini Asal Dapat Kuasa...Apo Nak Jadi Lar...



Kita Punya Akal Dan Fikiran Utk Berfikir Ngan Matang..Ini Lah Dikatakan Puak2 PAS Kini Berkiblatkan Anwar Ibrahim , Ketaksuban Sehingga Tahap Sanggup Jual Agama, Jual Nama Rasullullah Demi Kerusi Politik.



Ya ALLAH, Kau Bukakan Lah Hati2 Mereka Utk Kembali Ke Jalan Sebenar Mu Ya ALLAH..Kau Berikan Lah Kemenangan Pada Yg Benar, Kau Jauhkan Lah Pada Sifat Ketaksuban..

"Rasullullah Nak Anwar Ibrahim Jadi Perdana Menteri Malaysia" Nilaikan Statement Ini... Pada Tulang Besi Malaysianwaves Cukup2 Lah Politik Kebencian Ni..

Berapa Ramai Umat Islam Di Luar Sana Sanggup Makan BABI Kerana Politik, Boleh Saya Tahu?
Kita Kearah Politik Perpaduan Lebih Baik..

Saturday, September 8, 2012

Penubuhan Majlis Ulama Umno Transformasi



SHAH ALAM: Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (ILMU), Fathul Bari Mat Jahaya menegaskan beliau dan rakan-rakannya diberikan kebebasan penuh oleh parti itu untuk mengeluarkan sebarang kenyataan atau pandangan mengenai agama.

Menurut Fathul, autonomi yang diberikan oleh Umno dan kerajaan kepada mereka menggambarkan parti itu menyokong usaha dakwah Islam yang dibawa oleh ILMU untuk disuluhkan kepada masyarakat.

“Daripada menteri kabinet, tidak ada apa-apa larangan, tidak ada. Jadi kita mengulas sebab kita nak sampaikan Islam. Islam itu agama rahmat jadi tidak perlu bimbang untuk kita akan timbulkan kekacauan sebab kita nak pertahankan keamanan dalam negara ini,” kata beliau kepada Antarapos.

Tambah beliau, peluang yang diberikan oleh kerajaan kepada ILMU perlu dimanfaatkan sepenuhnya kerana dakwah Islam harus berjalan secara berterusan.

“Kita diberi ruang untuk bercakap. Kita terbuka pada hari ini. Kita diberi peluang untuk mengulas tentang Islam tanpa batasan. Saya kira itu hal yang sangat baik. Tidak ada satu sekatan pun kepada kita. Tidak pernah kita dihubungi dan dilarang bercakap isu-isu tertentu.

“Jadi kita mengambil peluang seluas-luasnya daripada manfaat ini, kita sampaikan yang sepatutnya disampaikan.” ujarnya.

Fathul sebelum ini telah mencadangkan penubuhan Majlis Ulama Umno untuk menarik minat golongan ulama supaya lebih ramai menyertai parti itu.

Cadangan tersebut turut disokong oleh Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang berharap badan itu mampu memberi nasihat serta mengukuhkan panduan parti kelak.

Namun katanya, keputusan sama ada majlis tersebut bertindak sebagai sayap parti perlu diperhalusi terlebih dahulu.

Malah sesetengah pihak turut berpendapat bahawa majlis tersebut harus diberi peluang mencampuri urusan dasar parti agar Umno dilihat lebih mesra keislaman.

Sumber: Antarapos

http://ilmuanmalaysia.com/2012/08/21/fathul-bari-umno-beri-kebebasan-penuh-kembangkan-islam/

Ni Lah Dikatakan TRANSFORMASI Umno Di Alaf Baru, Saya Sebagai Ahli Akar Umbi Menyokong Penuh Penubuhan Majlis Ulamak UMNO..

*Ustaz Fathul Insyallah Saya Nak Ikut Ustaz Ke Umrah Bersama2 Tahun Hadapan Jika Di Izinkan Allah SWT..

Thursday, September 6, 2012

Mana YB Nurul Izzah? Rintihan Peniaga Kecil Lembah Pantai, Dia Tak Layan!!!

Perjuangan Suara Anak Muda 1Malaysia, Terus Membela Suara Rakyat Yang Perlukan Pembelaan



Suara Anak Muda 1Msia (SAM1M) Sessi Pertemuan Ngan Peniaga2 Bangsar Niaga Di Bawah Pengurusan UDA Holding, Mendengar Rintihan Hati Peniaga Kecil Bumiputra Yg Perlukan Pembelaan Dan Suara Mereka Di Dengar.



Pihak Pengurusan Tertinggi UDA Harus Perihatin Dan Turun Padang Dan Lihat Situasi Keadaan Komplek Ini Dan Peniaga2, Nyata Komplek Ini Tidak Diurus Dengan Baik Utk Kebajikan Peniaga2 Ini.

Pengurusan UDA Harus Ingat Asal Penubuhan UDA, Jgn Lupa Kenapa UDA Di Tubuhkan...


Peniaga2 Kecil Bumiputra Bersama2 Suara Anak Muda 1Malaysia Mengadakan Sidang Akbar Di Luang Legar Komplek Bangsar Niaga.



Syukur Alhamdulilah, Selepas Sidang Akhbar Tersebut, Saya Mendapat Panggil Telefon Di Mana YB Ds Ismail Sabri Telah Memberikan Persetujuan Utk Turun Bertemu Ngan Peniaga2 Kecil Bumiputra Kompleks Niaga Utama Bangsar Pada Hari Isnin 10hb Sept 2012 3ptg,

Ni Lah Contoh Pemimpin Perihatin Pd Rakyat,Saya Mewakili SAM1M Dan Peniaga2 Kecil Bumiputra Di Kompleks Niaga Utama Bangsar Ingin Mengucapkan Terima Kasih YB Ds Ismail Sabri Menteri Perihatin.



Dimana Ahli Parlimen Lembah Pantai YB Nurul Izzah? Kenapa Tak Turun Padang Dan Bantu Rakyat? Asyik Sibuk Ceramah Bantai Kerajaan, Sehingga Rintihan Peniaga2 Kecil Dalam Kawasannya Sendiri Pun Tidak Di Endahkan.



Peniaga2 Kecil Bumiputra Ini, Memberikan Keyakinan Lebih Kepada NGO Suara Anak Muda 1Malaysia (SAM1M) Utk Membantu Mereka Daripada Ahli Parlimen Lembah Pantai YB Nurul Izzah..

Kalau Tak Leh Nak Jaga Kebajikan Rakyat Lembah Pantai, Lain Kali Jgn Sibuk Nak Jadi Wakil Rakyat, Ini Dah Dapat Mandat Tak Buat Kerja..Adeiii..









SAM1M Akan Terus Bela Rakyat Tanpa Kira Kaum, Agama Dan Bangsa Atas Dasar Semangat Perpaduan 1Msia.