Saturday, September 8, 2012

Penubuhan Majlis Ulama Umno Transformasi



SHAH ALAM: Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (ILMU), Fathul Bari Mat Jahaya menegaskan beliau dan rakan-rakannya diberikan kebebasan penuh oleh parti itu untuk mengeluarkan sebarang kenyataan atau pandangan mengenai agama.

Menurut Fathul, autonomi yang diberikan oleh Umno dan kerajaan kepada mereka menggambarkan parti itu menyokong usaha dakwah Islam yang dibawa oleh ILMU untuk disuluhkan kepada masyarakat.

“Daripada menteri kabinet, tidak ada apa-apa larangan, tidak ada. Jadi kita mengulas sebab kita nak sampaikan Islam. Islam itu agama rahmat jadi tidak perlu bimbang untuk kita akan timbulkan kekacauan sebab kita nak pertahankan keamanan dalam negara ini,” kata beliau kepada Antarapos.

Tambah beliau, peluang yang diberikan oleh kerajaan kepada ILMU perlu dimanfaatkan sepenuhnya kerana dakwah Islam harus berjalan secara berterusan.

“Kita diberi ruang untuk bercakap. Kita terbuka pada hari ini. Kita diberi peluang untuk mengulas tentang Islam tanpa batasan. Saya kira itu hal yang sangat baik. Tidak ada satu sekatan pun kepada kita. Tidak pernah kita dihubungi dan dilarang bercakap isu-isu tertentu.

“Jadi kita mengambil peluang seluas-luasnya daripada manfaat ini, kita sampaikan yang sepatutnya disampaikan.” ujarnya.

Fathul sebelum ini telah mencadangkan penubuhan Majlis Ulama Umno untuk menarik minat golongan ulama supaya lebih ramai menyertai parti itu.

Cadangan tersebut turut disokong oleh Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang berharap badan itu mampu memberi nasihat serta mengukuhkan panduan parti kelak.

Namun katanya, keputusan sama ada majlis tersebut bertindak sebagai sayap parti perlu diperhalusi terlebih dahulu.

Malah sesetengah pihak turut berpendapat bahawa majlis tersebut harus diberi peluang mencampuri urusan dasar parti agar Umno dilihat lebih mesra keislaman.

Sumber: Antarapos

http://ilmuanmalaysia.com/2012/08/21/fathul-bari-umno-beri-kebebasan-penuh-kembangkan-islam/

Ni Lah Dikatakan TRANSFORMASI Umno Di Alaf Baru, Saya Sebagai Ahli Akar Umbi Menyokong Penuh Penubuhan Majlis Ulamak UMNO..

*Ustaz Fathul Insyallah Saya Nak Ikut Ustaz Ke Umrah Bersama2 Tahun Hadapan Jika Di Izinkan Allah SWT..

No comments: