Tuesday, July 22, 2014

Ribuan Tuntut Keadilan Bagi Mangsa MH17




Saya mohon sokongan kehadiran tuan serta teman2 untuk bersama-sama
menyertai perarakan penyerahan memorandum menuntut Keadilan bagi MH17
Pemuda BN pada hari esok 22 Julai (Selasa) yang diketuai oleh Timbalan
Ketua Pemuda BN Saudara Khairul Azwan.



PENGERUSI BNYV TURUT BERSAMA



KEDUTAAN RUSIA


BERSAMA SDR JAMAWI DAN KETUA2 PEMUDA UMNO WILAYAH PERSEKUTUAN


WAKIL DARIPADA NEGARA  INDONESIA


 Perhimpunan akan diadakan di 3
tempat sepertimana berikut :

- 1pm di Pejabat PBB di Kompleks Pejabat Damansara, Jalan Dungun

-1kumpulan 2pm Berkumpul di Great Eastern Mall Jalan Ampang untuk berarak ke Kedutaan Russia Yang Dijangka Situasi Panas


- 1kumpulan 3pm berkumpul di pekarangan Tabung Haji untuk berarak ke kedutaan Ukraine




SDR KHAIRUL AZWAN MENGETUAI HIMPUNAN 


KEDUTAAN UKRAINE


SOLIDARITY JUSTICE FOR MH17


SAHABAT SAYA DATO HAZALI EXCO PEMUDA UMNO MALAYSIA


SOLIDARITY JUSTICE FOR MH17
 

Semua dijemput hadir dengan memakai baju Hitam untuk sama2 menuntut
agar siasatan segera dapat dilakukan bagi menghadapkan penjenayah yang
bertanggungjawab kemuka pengadilan.

Armand Azha Hj Abu Hanifah
Seketeriat Himpunan #Keadilan4MH17


Sunday, July 20, 2014

Himpunan Solidariti #Justice4MH17


Info@KesatriaMuda

Himpunan Solidariti #Justice4MH17

Perpaduan kearah menyokong pembelaan maruah dan kedaulatan Negara, harus kita bersama sama berhimpun nyatakan kesetiaan kita pada Negara.

Pembunuhan kejam terhadap Rakyat Malaysia, Belanda, Australia, Indonesia, New Zealand, United Kingdom, Germany, Filipina yang berada dalam Pesawat MH17 harus dibawa ke muka pengadilan.
Bangsa-Bangsa Bersatu harus digesa untuk menyatakan pendirian bagi menyelesaikan krisis pembunuhan orang awam ini.


Kerajaan Ukraine dan Rusia yang saling menuding jari diantara satu sama lain harus bertanggunjawab untuk mencari pesalah yang menekan butang peluru yang menjatuhkan MH17.
Demi keadilan maruah, demi keadilan, mereka ini harus di hukum.

Kami memangil semua rakyat negara yang terlibat dan mereka yang mengutuk pembunuhan ini bersama-sama berkumpul di hadapan Menara Tabung Haji jalan Ampang pada Jam 3.30 hari Selasa bagi menunjukkan Solidariti mengutuk Pembunuhan ini!

Sekretariat Himpunan #Justice4MH17.

*Mohon Sahabat2 Sebarkan Demi Rakyat Malaysia. 
#TanahTumpahDarahku

Saturday, July 19, 2014

Briged Kesatria (BKM) Program Ramadan Di Pasir Ģudang


Assalamualaikum Dan Salam Aman1Msia Sahabat2 Yang Di Hormati,

Alhamdulilah Syukur Dan Tahniah Pada Ketua Pemuda Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang Sahabat Saya Sdr Hj Azman Dan Pemuda Beliau Bersama Rakan2 NGO Suara Anak Muda 1Malaysia Johor Di Bawah Sdr Mohd Fairuz , Tak Lupa Susunan Program Yang Terbaik Drpd Sahabat Saya Sdr Azlin Merangkap PSU Pemuda UMNO Pasir Gudang (Bro Azlin Awak Terbaek Bro Dan Sempoy ) Yang Telah Anjurkan Program "Kami Prihatin " Bagi Bulan Ramadan Bersama Briged Kesatria Muda Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia .



Program Bermula Seawal Pagi Dengan Program Masak Dodol Bersama Anak2 Muda Dan Di Ikuti Ngan Program Bubur Lambuk Sebelah Tengahari Nya Pulak.

Sebelah Petang Perlancaran Tabung Kecemasa "Solidarity For Palestine" Dan Tabung Kecemasan Bagi 3 Keluarga Ahli Pemuda UMNO Pasir Gudang Yang Terlibat Dalam Kebakaran Rumah Baru2 Ini Diikuti Sumbangan Bubur Lambuk Pada Masyarakat Pasir Gudang Sekitar Beberapa Pasar Ramadan Dan Diikuti Sumbangan Bubur Lambuk Pada Balai Polis Di Kawasan Tersebut Bagi Nyatakan Sokongan Pemuda UMNO Pada Pihak Polis.




Sebelah Malam Diikuti Ngan Program Berbuka Puasa Serta Solat Terawih Bersama Pemuda UMNO Pasir Gudang Diikuti Penyerahan Tabung Kilat Pada Wakil Pemuda Cawangan Bagi 3 Keluarga Mangsa Kebakaran Dan Penyerahan Tabung " Solidarity For Palestine " Pada Wakil Surau Kawasan Tersebut.



Selepas Itu Perlancaran Jentera Bermotor Briged Kesatria Muda Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang Oleh Saya Dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang Sdr Hj Azman.


Selepas Selesai Dan Majlis Moreh Bersama Pimpinan2 Pemuda Bahagian UMNO Negeri Johor Yang Diketuai Oleh Sdr Hasrin Selaku Ketua Pemuda UMNO Negeri Johor Serta AJK Briged Kesatria Muda Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor.



Sekali Lagi Saya Mewakili Briged Kesatria Muda Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Ingin Mengucapkan Jutaan Tahniah Pada Sdr Hj Azman Dan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang Atas Program Anda...Korang Semua Memang Terbaik. Syukur Kehadrat Allah SWT Diberikan Amanah Sebagai Exco Angkat Bagi Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang.

Semoga Allah SWT Berkati Dan Permudahkan Segalanya.
#1Nadi1Harapan1SuaraBKM #BrigedKesatriaMuda

Sunday, July 13, 2014

KAMI PRIHATIN ANDA BAGAIMANA?


PROGRAM KAMI PRIHATIN
Anjuran: @brigedkesatriamuda ,Pemuda Wilayah/ Selangor, @SAM1MSIA ( Suara Anak Muda 1Malaysia), Riders United, Yayasan Pertanian 1Msia, Selawat Perdana, PVTM, MJMM , Biro Ta'lim Al-aly Dan Rakan2 Bloggers Serta Media

Tarikh : 12/7/2014

Matlamat : Menyampaikan makanan dan minuman untuk golongan gelandangan sekitar Jalan Chow Kit-Jln Raja Laut-Jalan TAR-Jalan Bonus-Jalan Tun Perak-Dataran Maybank dan berakhir dilaman siar Bangunan Cahaya Suria.

Lagi Gambar Serta Cerita Program Mai Klik Link Ni :



























Friday, July 11, 2014

Pemuda UMNO sanggup korban Syawal demi Gaza


Pemuda Umno bersama wakil beberapa NGO bertindak membakar bendera Israel sebagai membantah kempen ketenteraan rejim Zionis ke atas Tebing Gaza yang sedang berlangsung sekarang ini.

       




Tindakan itu yang diketuai Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun (bercakap dengan pembesar suara) dilakukan pada satu himpunan sekitar jam 2.45 petang ini di hadapan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).  



Exco Pemuda Umno Malaysia , Arman Azha Abu Hanifah mendakwa himpunan itu 
disertai kira-kira 200 orang dan ia dibuat untuk menyatakan kemarahan Malaysia kepada 
"tindakan tidak berperikemanusiaan" Zionis.


“Kita mengecam kekejaman rejim Zionis, kita buat demonstrasi ni supaya Amerika syarikat beri tekanan kepada Israel supaya menghentikan serangan mereka ke atas Palestin dan juga negara Islam dalam dunia ini,” katanya kepada Malaysiakini.

  Menurutnya, mereka tidak gentar dan bersedia dikerahkan ke Palestin bagi menyalurkan bantuan makanan dan ubat-ubatan kepada mangsa tersebut.

“Andai dibenarkan pergi, kita akan bersedia tak kiralah dalam bulan Ramadan atau hari raya nanti, kita akan pergi,” katanya (dalam gambar kiri).


Arman juga memaklumkan satu memorandum membantah kekejaman Israel akan dihantar kepada kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, pada minggu hadapan.

  Antara NGO yang menyertai himpunan tadi adalah  Kelab Putra 1Malaysia, Suara Anak Muda 1Malaysia, Persatuan Veteran Tentera Melayu dan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM).

Sementara itu, Bernama melaporkan sekurang-kurangnya 81 orang rakyat Palestin mati dan ratusan lagi cedera akibat serangan bertubi-tubi roket tentera rejim Israel ke atas Gaza.
    

Agensi sama turut memetik laporan berita bahawa Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berkata Israel bakal menggembleng 40,000 tentera untuk serangan 
darat terhadap Gaza.

 Serangan itu yang menyusuli serangan udara sebelum ini dikenali sebagai 
 'Operasi Perlindungan Sempadan'.

 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menurut Berita Harian hari ini menyarankan agar masjid dan surau membuat solat 

 hajat dan membaca doa Qunut Nazilah untuk keselamatan umat Islam di Gaza.