Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Malaysia. Show all posts

Monday, July 4, 2016

Pemimpin Silih Berganti, UMNO Terus kukuh


Assalamualaikum dan salam 1Perjuangan.

Pemimpin silih berganti, pemimpin datang dan pergi...Perkara ini sudah berlaku sejak zaman pemimpin lama lagi

Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
Bapa Kemerdekaan dan juga Bapa Malaysia
UMNO
1957–1970
(13 Tahun)

Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein
Bapa Pembangunan
UMNO
1970–1976
(6 Tahun)

Tun Hussein bin Dato' Onn
Bapa Perpaduan
UMNO
1976–1981
(5 Tahun)

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
Bapa Pemodenan
UMNO
1981–2003
(22 Tahun)

Tun Abdullah bin Ahmad Badawi
Bapa Pembangunan Modal Insan[2][3]
UMNO
2003–2009
(6 Tahun)

Dan kini dizaman

Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak
Bapa Transformasi...
2009-hingga kini

Apa yang pasti UMNO terus kuat dan kukuh kerana kekuatan akar umbinya dan kerana asas perjuangan UMNO senantiasa jadi panduan serta prinsip dlm hati orang2 UMNO.

UMNO sudah biasa lalui "A Perfect Storm" dan tiap kali UMNO akan keluar daripada "A Perfect Storm" ini dengan berjaya malah akan terus kukuh kerana Akar Umbinya..

Pemimpin yang pergi kita ucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan serta jasa sepanjang dalam saf perjuangan.

Pada yang setia dan senantiasa sedia berkhidmat, sama2 kita rapatkan saf, kuatkan barisan dan perkukuhkan hubungan setiakawan serta setia bersahabat untuk terus maju kehadapan sebagai pewaris perjuangan #Kita1Hati

Ikhlas

Dato Armand Azha Hj Abu Hanifah
Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
Pewaris Perjuangan UMNO
04hb Julai 2016
4.04ptg

Sunday, July 20, 2014

Himpunan Solidariti #Justice4MH17


Info@KesatriaMuda

Himpunan Solidariti #Justice4MH17

Perpaduan kearah menyokong pembelaan maruah dan kedaulatan Negara, harus kita bersama sama berhimpun nyatakan kesetiaan kita pada Negara.

Pembunuhan kejam terhadap Rakyat Malaysia, Belanda, Australia, Indonesia, New Zealand, United Kingdom, Germany, Filipina yang berada dalam Pesawat MH17 harus dibawa ke muka pengadilan.
Bangsa-Bangsa Bersatu harus digesa untuk menyatakan pendirian bagi menyelesaikan krisis pembunuhan orang awam ini.


Kerajaan Ukraine dan Rusia yang saling menuding jari diantara satu sama lain harus bertanggunjawab untuk mencari pesalah yang menekan butang peluru yang menjatuhkan MH17.
Demi keadilan maruah, demi keadilan, mereka ini harus di hukum.

Kami memangil semua rakyat negara yang terlibat dan mereka yang mengutuk pembunuhan ini bersama-sama berkumpul di hadapan Menara Tabung Haji jalan Ampang pada Jam 3.30 hari Selasa bagi menunjukkan Solidariti mengutuk Pembunuhan ini!

Sekretariat Himpunan #Justice4MH17.

*Mohon Sahabat2 Sebarkan Demi Rakyat Malaysia. 
#TanahTumpahDarahku

Wednesday, March 26, 2014

Briged Kesatria Tabik Hormat Hishammuddin


Saya ingin mengucapkan tahniah pada YB Ds Hishammuddin pemimpin negara yang saya hormati sejak dahulu hingga kini. Pelbagai cabaran, halangan, kritikan dan tekanan terhadap beliau sepanjang perjalanan politik beliau. .

Namun beliau tabah mengharunginya tanpa putus-asa terhadapa segala cabaran yang diberikan oleh Allah SWT dalam dunia politik nya.

Sekali Lagi tahniah pada manusia yang bermana DS Hishammuddin yang begitu tenang, fokus dan bertungkus - lumus secara konsisten dalam isu penyelesian #MH370 serta menjawab soalan-soalan media baik dalam negara mahupun luar negara kerana amanah dan tanggungjawab yang digalaskan oleh beliau.

Briged Kesatria Muda akan terus bersama individu bernama DS  Hishammuddin yang tabah ngan ujian Allah SWT.

Armand Azha Hj Abu Hanifah
Exco Pemuda UMNO Malaysia
Pengerusi Briged Kesatria Muda