Saturday, March 12, 2016

Sokong Keputusan Kabinet


SOKONG KEPUTUSAN KABINET 

Briged Kesatria Muda Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menyokong keputusan kabinet untuk tidak meneruskan perkhidmatan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Penasihat Petronas. 

Kami yakin bahawa perjalanan Petronas mampu dipacu dengan baik bersadarkan rekod perniagaan yang cemerlang serta pemantauan Ahli Lembaga Pengarah syarikat negara itu yang sedia ada.

Briged Kesatria Muda Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia  menyokong keputusan kabinet ini dan juga ingin meminta agar Kerajaan menyemak dan melihat semula penjawat jawatan penting di semua Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) samada mereka masih mendukung  hasrat dan aspirasi  kerajaan sedia ada atau sebaliknya. 

Jika tindakan dan pendirian  penjawat awam ini tidak selari lagi dengan Kerajaan Persekutuan maka, kami meminta agar kontrak mereka tidak disambung atau pun perkhidmatan mereka ditamatkan serta merta.

Briged Kesatria Muda Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan sentiasa memberi sokongan tidak bersyarat dan tidak berbelah bahagi kepada Y.A.B Dato Seri Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia untuk terus menerajui kepimpinan negara.

ARMAND AZHA HJ ABU HANIFAH
Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
Pengerusi Briged Kesatria Muda
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
12 Mac 2016
Post a Comment