Wednesday, February 3, 2016

Bantah Gerakan Iluminati Dalam Malaysia



Assalamualaikum sahabat2 yang dihormati,

Baru2 ini saya komen dan bantah mengenai isu lambang dajal atau gerakan iluminati yang digunakan dalam iklan Astro Hitz serta mohon penjelasan pihak pengurusan Astro dalam isu ini.

Dlm masa beberapa jam sahaja saya mendapat maklum balas yang banyak setuju ngan desakan saya terdapat isu logo iluminati atau dajal yang digunakan. Saya juga dapat maklumat bukan sahaja logo ini digunakan oleh pihak Astro Hitz dalam iklan mereka tetapi juga ianya digunapakai semasa Anugerah Juara Lagu di TV3, apa sudah jadi? 


Adakah gerakan iluminati ini sudah memasuki dalam negara kita secara tersirat dan tersorok utk merosakkan minda masyarakat? Ini bukan satu isu kecil bagi saya, tetapi ianya isu besar khususnya bagi masa hadapan negara kita.

Mungkin ramai yang tidak paham kenapa saya bantah tentang pengunaan logo iluminati ini kerana kurang penjelasan.

Banyak sekali orang didunia ini yg menafsirkan apa itu ILLUMINATI ADALAH Gerakan yang di buat berdasarkan perintah Dajjal kepada pengikutnya Perkumpulan Rahsia Paling Misterius, Secret Society yang ditemukan pada 1 Mei 1776, menurut info yang didapat Illuminati mengikuti ajaran agama yang disebut dengan nama Kaballah dan juga mengikuti para penyembah setan.

Para anggota Illuminati mempercayai bahwa anti-kristus ( Dajjal ) akan datang ke bumi dan akan memerintah selamanya. Dan musuh terbesar Illuminati adalah Islam, kerana dalam Al-Quran tertulis bahwa Anti-Kristus ( Dajjal ) akan dikalahkan oleh Imam Mahdi.

Jadi saya bantah isu logo iluminati ini kerana ianya bukan satu isu yang kecil. Tapi ianya sebuah isu yang besar yang harus kita tolak dan bantah.


Ikhlas
Armand Azha Hj Abu Hanifah
Exco Pemuda UMNO Malaysia
Post a Comment