Thursday, February 18, 2016

Siapa Riduan Nak Saran Ds Zahid Letak Jawatan


Selasa
16hb Feb 2016

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa sahabat2 yang dihormati,

Tertarik hati saya lihat Sdr Mohd Ridzuan Abdullah Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana (IKHLAS) menbuat sidang akhbar yang menyarankan YAB Ds Zahid Hamidi  meletakkan jawatan kerana isu kemasukan pekerja asing.

Saya lihat beliau lebih suka mencari publisiti2 murahan untuk melonjakkan nama beliau. Kenyataan beliau saya lihat lebih kearah ucapan emosi dan terikut permainan persepsi tanpa mengunakan fakta. 

Sebelum ini beliau pernah mengeluarkan kenyataan membidas Sultan Johor dalam isu vape dan mengeluarkan kenyataan populist nak saman Ketua Polis Negara lah, nak saman Kementerian Kesihatan lah, nak saman KPDNKK lah, apa lagi kenyataaan populist yang tidak dikeluarkan oleh beliau.

Dalam isu kemasukan pekerja asing, saya lihat beliau tidak jelas tentang proses kelulusan. Syarat2 yang ditetapkan harus diamik kira kerana semuanya jika kita paham dan terang tidak seperti yang digembur2kan. Jika kita nilaikan secara matang kebanyakkan permohonan adalah bagi sektor 3D ( Dangerous, Difficult, Dirty) .

Sektor 3D boleh dikatakan kurang mendapat sambutan dan minat daripada warga kerja rakyat Malaysia khususnya generasi muda. Ini berdasarkan fakta bukan auta atau emosi. Boleh dikatakan peratusan orang muda rakyat Malaysia dalam sektor 3D tidak ramai, kerana ini syarikat memohon kemasukan warga kerja luar untuk menampung kekosongan.

Jadi cadangan saya pada sdr Ridzuan Abdullah untuk mendapatkan penjelasan yang jelas daripada pihak Kementerian Dalam Negeri dahulu sebelum membidas YAB Ds Zahid Hamidi. Nasihat saya sebagai orang muda, pada beliau. Kurangkan buat kenyataan akhbar mahupun sidang akhbar untuk nampak populist tanpa memahami isu yang dikatakan. 

Walk The Talk, No Action Talking Only is not the solution.

Armand Azha Hj Abu Hanifah
Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

No comments: