Tuesday, September 12, 2017

Sejarah Hidup Ku


Ada anak muda tanya saya bagaimana nak jadi Exco Pemuda UMNO Malaysia?

Saya tanya balik, kenapa nak jadi Exco Pemuda UMNO Malaysia dan sudah sediakah pikul amanah berat ni?

Dia diam...

Saya jawap :

Nak jadi Exco Pemuda UMNO Malaysia bukan satu perkara mudah kerana harus ada komitment tinggi pada Parti..Harus sedia korbankan masa bersama keluarga, wang ringgit dan masa demi Parti.


Sebelum saya jadi Exco Pemuda UMNO Malaysia aktif diperingkat UMNO Bahagian sebagai Ketua Penerangan diperingkat nasional saya aktif dlm NGO dan merupakan Naib Pengerusi Unit Pidato Pemuda UMNO Malaysia.

Sebagai Naib Pengerusi Unit Pidato, tanggungjawab saya adalah turun ke akar umbi untuk berikan penerangan dan ceramah dibahagian malah terlibat di semua pilihanraya kecil dan pilihanraya negeri Sarawak. Adakala lebih 15hari tak jumpa keluarga kerana galas amanah yg diberikan sebelum jadi Exco Pemuda UMNO Malaysia.



Bila turun ke akar umbi, saya mengunakan pendekatan SetiaBersahabat bersama Ketua2 Pemuda dan akar umbi. Saya konsisten menghormati orang2 lama dan abang dalam parti, dimana sehingga kini hubungan saya berkekalan. Harus senantiasa rendah diri dan terbuka untuk teguran serta kritikan. 
Perkukuhkan rangkaian persahabatan diseluruh negara sebelum menawarkan diri sebagai calon Exco Pemuda UMNO Malaysia dan check respon akar umbi samada ok atau tidak untuk menawarkan diri sebagai Exco Pemuda. Bila respon ok, baru menawarkan diri.


Semasa saya bertanding sebagai Exco Pemuda UMNO Malaysia saya membawa tagline #TeamPisang ( Boleh baca diblog saya pemahaman team pisang di armandpju.blogspot.com ) dan menawarkan diri sebagai "Budak Nakal Pemuda UMNO" dimana saya nyatakan sanggup berpanas, berhujan, sedia ditangkap dan akan terus turun ke akar umbi tanpa protokol dan tolak POLITIK WANG. Ini yang saya bawa sepanjang kempen saya sebagai Exco Pemuda. Yang banyak membantu saya adalah rangkaian politik sahabat2 , abang2 dan otai2 sepanjang berkempen. Saya yakin hubungan SetiaBersahabat ini amat penting dalam politik dimana sehingga akhirnya saya diangkat sebagai Exco Pemuda UMNO Malaysia.

Bila saya diberikan amanah dan tanggungjawab sebagai Exco Pemuda UMNO Malaysia, saya kotakan segala janji saya ketika bertanding dahulu iaitu Budak Nakal Pemuda UMNO. Komitment saya sejak dipinjamkan atau diberikan jawatan Exco Pemuda UMNO Malaysia oleh perwakilan tidak pernah luput sehingga hari ini secara konsisten.


Saya dah laksanakan lebih 452 program sejak 2013-semalam. Diantara pengalaman yang terbaik adalah Banjir 2013-2015 pantai timur, Jurucakap ICAPP (International Conference Of Asian Political Party) di Sri Lanka dan China, Jurucakap di OIC Istanbul Turkey (Humanitarian Mission) Malaysia Cybergames 2015 (Malaysia Book Of Records) , Road To Haj 2016, Jelajah Pendidikan Bumiputera 2016-2017 (Berjaya berikan peluang pendidikan pada bumiputera seramai 100,810 org ditempatkan di IPTA , IPTS dan Institut Kemahiran)
Ini sebahagian sejarah hidup saya...

Dan insyallah saya akan terus galas amanah yang diberikan jika diizinkan oleh akar umbi dimasa hadapan..
Ikhlas
Dato Armand Azha Hj Abu Hanifah
Exco Pemuda UMNO Malaysia
13hb Sept 2017
12.10tghri

1 comment:

Urgent Loan said...

Do you need personal loan?
Loan for your home improvements,
Mortgage loan,
Debt consolidation loan,
Commercial loan,
Education loan,
Car loan,
Loan for assets.
financialserviceoffer876@gmail.com Whatsapp +918929509036