Tuesday, September 25, 2012

Tahniah Aspirasi Mahasiswa, Terbaek

GENERASI PEMANGKIN PERUBAHAN
Pilihan Raya Kampus: #AspirasiMahasiswa mendahului 17 - 1, Pro-M malu besar Sehingga jam 1:40 pagi tadi, Pro-Aspirasi Mahasiswa (Pro-AM) menguasai Pilihan Raya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sidang 2012/2013


Bersama Sahabat Saya Sdr Shahar  Presiden
Alumni Aspirasi Malaysia
Pro-AM mengatasi kumpulan Pro-Mahasiswa (Pro-M) yang membawa aspirasi pembangkang dengan menguasai MPP di 17 universiti awam berbanding Pro-M yang hanya menang di sebuah universiti. Keputusan di dua buah universiti lagi, iaitu Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan Universiti Malaya (UM) masih lagi dinantikan.  

 Di UIA, Pilihan Raya MPP akan diadakan semula selepas mendapat keputusan Senat Universiti akibat kegagalan fungsi sistem e-Voting. Manakala di UM, pertandingan sengit menyaksikan Pro-AM sedang mendahului 21 kerusi, berbanding Pro-M yang memperolehi 19 kerusi dan dua lagi kerusi berkeputusan seri. Pengundian semula akan diadakan pada hari Jumaat bagi menentukan keputusan kedua-dua kerusi ini. Khamis lalu, dalam pemilihan di lima buah universiti, Aspirasi Mahasiswa telah mencatat kemenangan besar menewaskan Pro-M. 



Lima universiti itu ialah 
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) 
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

Aspirasi Mahasiswa menang kesemua kerusi di
UiTM (50 kerusi), 
UniMAP (31),
UTeM (28), 
UniSZA (24),
UTHM, 25 



Daripada 27 buah kerusi yang dipertandingkan. Keputusan rasmi Pilihanraya Kampus Universiti Sains Malaysia memihak kepada kumpulan Pro-AM. Pro-AM menang besar dengan 37 kerusi, berbanding Pro Mahasiswa, hanya 7 kerusi dan 1 kerusi tidak dipertandingkan kerana tiada calon.


ORANG SURUH BELAJAR SIBUK
BERDEMO IKUT PAKATOON 
Universiti-universiti berkenaan ialah 
Universiti Putra Malaysia (UPM); 
Universiti Utara Malaysia (UUM); 
Universiti Malaysia Sarawak (Unimas); 
Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI); 
Universiti Malaysia Pahang (UMP); 
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) 
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). 

Nampaknya Ayam tambatan Pakatoon si ADAM ADLI Dan Gengnya ditolak bulat2 oleh anak2 muda mahasiswa, duk ikut Pakatoon punya budaya politik ni lah jadinya. Mahasiswa bijak memilih mana yang baik dan mana yang tidak.. 

Bagi geng2 Adam teruskan tidor di Dataran Merdeka ikut jangan tak ikut politik ala2 kebencian ciptaan Pakatoon, anda sendiri yang memilih jalan tersebut, tetapi masih boleh kembali pada perjuangan yang betul. Call jer saya, senantiasa menerima anda untuk berada dilandasan perjuangan yang betul kerana umur anda masih muda.Jangan bazirkan usia anda mengikut orang2 yang salah akhirnya hancur masa hadapan anda kerana permainan politik mereka.

Di UPM, Pro-AM telah memenangi 39 daripada 47 kerusi yang dipertandingkan, di UUM, Pro-AM 34 kerusi daripada 36; di Unimas kesemua 12 kerusi; di UPSI 25 daripada 29 kerusi; di UMP 22 daripada 24 kerusi; di UMT 18 daripada 20 kerusi, di UPNM pula mereka menang kesemua 14 kerusi, di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) 47 daripada 54 kerusi, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) kesemua 24 kerusi; Universiti Malaysia Sabah (UMS) 34 daripada 38 kerusi; Universiti Malaysia Kelantan (UMK) 10 daripada 14 kerusi. Sehingga saat berita ini ditulis Pro-M hanya memenangi MPP di satu universiti, iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Pro-M cuma menang 19 kerusi berbanding 9 yang dimenangi Pro-AM.

Berdasarkan pada keputusan ini kita lihat generasi muda telah kembali bersama agenda negara. Budaya politik yang dibawa oleh Pro-Mahasiswa jelas ditolak oleh generasi pemangkin perubahan.

Pada rakan2 adik2 yang telah berjaya teruskan perjuangan dan amanah yang diberikan oleh rakan2 anda, pada yang gagal teruskan usaha anda, perjalanan anda masih jauh.

Saya mewakili Suara Anak Muda 1Malaysia Mengucapkan Jutaan Tahniah Pada Seluruh Jentera Pro-Aspirasi, Terbaek...

No comments: