Showing posts with label Pakatan. Show all posts
Showing posts with label Pakatan. Show all posts

Thursday, January 23, 2014

DUA PEMIMPIN PKR PULAK BERTUMBUK DI RESTORAN SEBAB PERKATAAN 'MELAYU BODOH'!!!

Di sebalik isu-isu hangat yang mengitari PKR terutama membabitkan Ketua .Umum mereka, Anwar Ibrahim yang dihalau keluar dari Jepun kerana status bekas banduan, hari ini juga ada isu yang lebih hangat iaitu perceraian antara Nurul Izzah dan suaminya yang failnya dibuka dan disebut di mahkamah tetapi Nurul Izzah dalam Twitter menafikannya.

Dalam minggu ini juga, PKR sedang bergolak dengan hebat di Selangor apabila Azmin Ali hangat hati kerana hilang sebahagian daripada pendapatan mewahnya selaku Ahli Lembaga Pengarah PKNS dan cuba menggulingkan Khalid Ibrahim.

Insiden yang berlaku antara jam 9:30 sehingga 10:30 pagi tadi di Restoran Maya, Jalan Beserah, Kuantan tidak kurang hebatnya. Insiden tersebut membabitkan ahli MPP PKR yang juga Pengerusi PKR merangkap Adun Bandar, Terengganu, Azan Ismail dengan ADUN Semambu, Lee Chean Chung.

Semuanya bermula apabila YB Azan  menegur Lee Chean Chung berhubung isu menghina sidang DUN pada 19 November 2013 dengan menyatakan bajet tambahan yang dibentangkan oleh Menteri Besar adalah bajet palsu.

YB Azan Ismail menyatakan, perbuatan  Lee Chean Chung itu hanya akan memburukkan imej parti PKR sekaligus menunjukkan betapa bodoh dan gelojohnya mereka yang dipilih menjadi pemimpin PKR.

Yb Azan turun menasihati Lee Chean Chung agar bertindak secara profesional dan bukannya bertindak  mengikut perasaan. Rupa-rupanya teguran tersebut tidak dapat diterima oleh Lee Chean Chung.

Berlakulah pertikaman lidah antara Lee Chean Chung. Saksi menyatakan, Lee Chean Chung tidak dapat menerima teguran Azan Ismail kerana AZAN ISMAIL ADALAH MELAYU.

Ketika bertikam lidah, Lee Chean Chung  secara sengaja telah mengejek Azan  dengan menyatakan, 'MELAYU SEMUANYA BODOH' dan memberitahu  kalau bukan kerana sokongan Cina, Azan dan Anwar Ibrahim tidak mungkin berada pada kedudukan sekarang.

'MELAYU SAKAI MASUK HUTAN' menyebabkan Azan hilang sabar dan cuba bertindak menampar Lee Chean Chung kerana bermulut celupar. Tetapi seorang rakannya berjaya menenangkan Azan. Berbeza pula dengan rakan Lee Chean Chung - juga seorang Cina - apabila melihat Azan mulai kendur, telah mengangkat kerusi dan cuba menghentam kepala Azan.

Mujurlah seorang pelanggan yang ada di situ, yang turut menyaksikan pergaduhan antara kedua-dua pemimpin PKR berlainan bangsa itu, berjaya menangkap kerusi berkenaan sebelum sempat  menghentam kepala Azan Ismail.

Apabila menyedari  pergaduhan mereka telah menarik perhatian para pelanggan dan orang ramai selain turut diminta oleh pemilik restoran agar menunjukkan sikap sebagai pemimpin, kedua-dua pemimpin PKR itu berlalu meninggalkan restoran.

MELAYU BODOH dan MELAYU SAKAI MASUK HUTAN merupakan punca  pergaduhan tersebut. Tanggapan hodoh dan hina terhadap orang Melayu oleh Lee Chean Chung pula menjadi punca kemarahan dan reaksi spontan Azan Ismail yang mahu menampar mulutnya.

Manakala sikap tidak boleh menerima  teguran daripada seorang Melayu walaupun menganggotai parti yang sama, menjadi punca Lee Chean Chung hilang hormat kepada ahli MPP PKR yang pernah menjadi  Ahli Parlimen Indera Mahkota.

Saat-saat bahagia... Lee Chun Cheng (paling kiri), Azan Ismail (tengah) dan Ibrahim Sidek (kanan) ketika pemilihan parti peringkat Cabang Indera Mahkota pada tahun 2010

Petikan Drpd BLOG : Flying Kick Blogspot ( Cucu Tok Wan)

Sunday, January 5, 2014

SAYA AKAN SAMAN FITNAH GAMBAR PROVOKASI ISU KALIMAH ALLAH

Salam Sahabat2 Yang Di Hormati,

Sebentar tadi saya terkejut dan marah dimana ada pihak yg tidak bertanggungjawab menyiarkan serta menyebarkan Gambar Palsu bagi provokasi isu Kalimah Allah yang sedang hangat diperkatakan kini..

Bagi saya tujuan menyebar gambar palsu dan fitnah ini adalah nak menjatuhkan imej saya sebagai Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia serta satu penipuan dan fitnah yang jijik mainan pihak yang cuba menganggu keharmonian negara kita. 

Mereka menyatakan saya terlibat dalam demonstrasi jalanan hadapan gereja di Selangor pagi tadi dan membakar gambar Tuhan mereka..Ini jelas satu fitnah yang jijik dan bodoh oleh pihak yang menyiarkan fitnah ini di media2 sosial..

Saya akan mengambil tindakan undang-undang serta menyaman pihak yang menyebarkan gambar ini baik pihak yang pertama mahupun mana2 pihak yang sebarkan gambar yang telah di ubah..

Saya amat kesal pihak yang tidak bertanggungjawab ini menfitnahkan diri saya terutama dalam isu Kalimah Allah. .Ini satu contoh provokasi murahan yang patut kita tolak..

Satu Laporan Polis akan dibuat dlm masa terdekat ini oleh saya selaku yang kena Fitnah ni bagi meneruskan proses undang-undang dan saman pihak yang tidak bertanggungjawab. .

SEKIAN TERIMA KASIH

Armand Azha Hj Abu Hanifah
Exco Pemuda UMNO Malaysia
"SAMAN TETAP SAMAN"

Thursday, August 15, 2013

Kesian Nya Pencacai Rejim


Assalamualaikum Dan Salam Aman1Msia,

Kesian saya lihat budak2 tak cukup akal ciptaan rejim pakatan ni. Askar robot tak berakal red bean army ni..


Rajin betul pencacai pakatan ni provoke saya hari2 kat FB Saya dah tak layan pasal tiada fakta dalam hujah2 nya hanya tau maki , caci , kutuk dan fitnah jadi bagi saya buang masa layan provokasi murahan depa ni. Dalam UMNO ada lebih 3juta ahli tapi depa sayang betul kat saya ni..


Skang Main Watsapps lak heheheh, tiap2 hari antor gmbar2 provokasi murah, kesiannya dia ni.
Sapa2 nak macai rejim pakatan yang nak digunapakai ada no handphone dia pada gambar dibawah. Sesiapa yg nak no Mr Red Bean Army Melayu A.K.A Cicak Mengkarung Panglima Tempang Pakatan..
KESIAN NI KER LAUNGAN POLITIK BARU ALA REJIM PAKATAN..

Takut ker ngan saya ni puak2 Cicak Mengkarung Panglima Tempang Pakatan atau Sayang Sangat Kat Saya. ..Hehehehe...

Serang lah saya macam mana sekalipun, prinsip perjuangan saya kekal bagi memartabatkan agenda Agama , Bangsa Dan Tanah Air..

"SAYA RELA DIPENJARAKAN KERANA PRINSIP PERJUANGANKU, TAPI AKU TAK RELA PRINSIP PERJUANGAN KU DI PENJARAKAN"

Wednesday, May 22, 2013

Sokong Adam Masuk Syurga

Apa Nak Jadi Ni..Adam Adli Ni Boleh Tentukan Sapa Masuk Syurga...Adeiii Mahasiswa apa ni?

Nanti macam biasa statement ini pun yang akan disalahkan adalah UMNO..

Saya doakan semoga beliau dan penyokong2 akan buka pintu hati untuk melihat akan kebenaran...

Thursday, April 4, 2013

PAKATAN ALAT ISRAEL PRU13?

PKR Guna Israel Untuk PRU13?
Posted by kak chah on April 5,

Media sebelum ini mendedahkan firma lobi Amerika Syarikat (AS), Orion Strategies telah mengatur perjumpaan wakil Suaram (Suara Rakyat Malaysia) dengan Ahli Kongres AS bagi mendapatkan kepakaran untuk menghadapi Pilihan raya Umum ke-13 (PRu-13).

Untuk melaksanakan misi ‘perwakilan Malaysia’ itu, Mike Mitchell bagi pihak Orion Strategies dilaporkan telah menghubungi Hana Atuatasi, kakitangan Kongres untuk mengatur perjumpaan tersebut.

Mitchell juga turut menamakan dua delegasi Malaysia iaitu Pengarah Suaram Cynthia Gabriel, dan Pengarah Merdeka Centre, Ibrahim Suffian, dua NGO yang mendapat tajaan yayasan AS, National Endowment for Democracy (NED) dan Open Society Institute (OSI) yang mana organisasi diketahui menyokong penuh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

Orion Strategies menurut sourcewatch.org adalah badan pelobi milik kumpulan neo-konservatif  atau lebih dikenali sebagai Yahudi yang mencipta ‘Project for the New American Century‘ (PNAC).
Salah satu pelanggan Orion Strategies adalah Open Society Policy Center (OSPC), badan yang ditaja penyangak mata wang Yahudi, George Soros.

Mesyuarat antara wakil Malaysia dengan Kongres sepatutnya diadakan pada 14 dan 15 Mac, namun kandungan e-mel tidak menyatakan sama ada mesyuarat itu berlaku atau sebaliknya.

Malah, semakan media juga mendapati Strategi Orion diketuai oleh Randy Scheunemann, bekas penasihat kepada bekas Setiausaha Pertahanan Donald Rumsfeld, dari parti Republikan AS.

Scheunemann digambarkan sebagai neo-konservatif, yang juga pernah berkhidmat untuk calon presiden Republikan, John McCain sebagai penasihat semasa pilihanraya Presiden AS 2008.

Anwar juga sekitar tahun 2006 hingga 2007 pernah berkhidmat kepada Jabatan Negara AS, di bawah naungan Paul Wolfowitz, juga dari parti Republikan.

Walau bagaimana pun, Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli menafikan perkara itu dan menganggap sebagai gimik pilihanraya.

Rafizi juga menganggap parti pembangkang itu mempunyai tokoh yang berkaliber dan tidak memerlukan bantuan luar.

Siapa? Rafizi? Malah turut difahamkan, Orion juga akan membawa pengarah Suaram itu ke Washington.

Apabila PR menggunakan khidmat Yahudi ini, sudah pasti kaedah dan cara politik mereka serta pentadbiran mereka umpama kumpulan neo-konservatif.

APA PULA KOMEN CAI2 PAKATAN ISU NI...SEPERTI BIASA KALAU PAKATAN BUAT TAK SALAH...APA ANWAR BUAT SEMUA OK..KERANA DLM HATI DAH HITAM DAN PENUH NAFSU KEBENCIAN CIPTAAN YAHUDI YANG DITANAM DALAM MINDA...TANPA DISEDARI...MENANG BERSORAK MALAYSIA TERGADAI...

Monday, April 1, 2013

BERUK DAPAT BUNGA

Info@PRU13

"BERUK JUMPA BUNGA"

Saya Menwakili Suara Anak Muda 1Malaysia mengutuk tindakan pemimpin biadab seorang pemimpin DAP, Hew Kuan Yau yg menunjukkan isyarat lucah ke arah papan iklan Datuk Seri Najib seperti dlm blog stophelies semalam. Saya ingin memohon rakyat supaya bijak memilih pemimpin. Kita tidak mahu negara ini tercemar dgn perilaku yg negatif dan kebudak2kan seperti beliau.

Ini menunjukkan secara jelas sifat dan jenis pemimpin ciptaan Pakatan yg mengajar budaya yg sonsang pada rakyat. Kita nilaikan sifat kebiadapan beliau ibarat "BERUK JUMPA BUNGA" seperti tidak tahu menilai mana yang baik dan mana yang tidak.

Kecederungan pembangkang yg sering menggunakan provokasi utk menaikkan popularitinya dan supaya dilihat berani di mata rakyat walau pun perlu menggunakan sesuatu yg diluar kewarasan dan jika dilihat daripada sikap Kuan Yau Si Beruk DAP juga boleh memwujudkan kebencian bangsa lain terhadap rakyat cina sekaligus rakyat akan menjadi racist.

Apabila perkara ini terjadi, ekonomi negara akan tumbang

PRU13 Wajib Seluruh Rakyat Malaysia Menolak Kepimpinan "BERUK JUMPA BUNGA" Pakatan.

Ingat Pakatan Ingat "BERUK JUMPA BUNGA"

Armand Azha Hj Abu Hanifah
Presiden
Suara Anak Muda 1Msia