Showing posts with label PRU13. Show all posts
Showing posts with label PRU13. Show all posts

Thursday, April 4, 2013

Warkah Dato Seri Najib Tun Razak

Empat Tahun Membina Masa Depan Yang Lebih Cerah

Saudara/Saudari Arman Azha Bin Abu Hanifah.

Salam 1Malaysia,

Kelmarin genaplah empat tahun pentadbiran saya sebagai Perdana Menteri. Sepanjang tempoh itu, saya dan para Jemaah Menteri telah berusaha sedaya upaya untuk memberi khidmat terbaik kepada seluruh rakyat Malaysia.
 
Matlamat saya adalah untuk melihat negara kita ini terus maju. Sebab itulah, saya sentiasa bekerja keras bagi memastikan hasrat itu tercapai.
 
Sebaik memegang jawatan Perdana Menteri, saya telah memperkenalkan prinsip 1Malaysia yang menekankan mengenai perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini. Menerusi prinsip ini, saya telah perkenalkan pelbagai inisiatif yang memberi manfaat dan meringankan beban setiap rakyat tidak kira bangsa mahupun kepercayaan agama mereka.
 
Semasa mula-mula mengambil alih tampuk pentadbiran negara, ekonomi global berada pada keadaan tidak menentu. Namun, pengenalan Program Transformasi Ekonomi telah berjaya memberi kemajuan ekonomi kepada negara sekali gus mengelakkan kita dari terjerumus ke kancah kegawatan ekonomi yang berterusan.
 
Dalam tempoh itu juga, saya telah melaksanakan pelbagai transformasi politik yang memberi lebih kebebasan kepada Rakyat. Ini termasuklah dengan meminda, memansuh serta menggantikan undang-undang yang dianggap tidak lagi sesuai dilaksanakan dalam landskap politik semasa.
 
Selain itu, pentadbiran saya juga turut menyumbang kepada kepimpinan global. Pergerakan Kesederhanaan Global yang saya perkenalkan mendapat pengiktirafan ramai pemimpin dunia termasuk Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dan Perdana Menteri Britain, David Cameron.
 
Kerajaan pentadbiran saya sentiasa berusaha untuk merapatkan hubungan dengan Rakyat. Maka sebab itulah Kerajaan memperkenalkan saluran secara online untuk menggalakkan penglibatan Rakyat dalam setiap keputusan Kerajaan. Laman sosial seperti Facebook dan Twitter benar-benar membantu saya bukan sahaja berkomunikasi malah juga mendengar suara hati Rakyat.
 
Untuk itu, dengan pembubaran Parlimen ke-12 kelmarin, kini, terpulanglah kepada anda untuk menilai kerja keras kami selama ini. Teruslah menyokong saya dan kongsilah emel ini bersama rakan-rakan, ahli keluarga atau rakan sekerja anda agar kita dapat sama-sama memastikan impian untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 dapat dicapai.

Najib Razak

PAKATAN ALAT ISRAEL PRU13?

PKR Guna Israel Untuk PRU13?
Posted by kak chah on April 5,

Media sebelum ini mendedahkan firma lobi Amerika Syarikat (AS), Orion Strategies telah mengatur perjumpaan wakil Suaram (Suara Rakyat Malaysia) dengan Ahli Kongres AS bagi mendapatkan kepakaran untuk menghadapi Pilihan raya Umum ke-13 (PRu-13).

Untuk melaksanakan misi ‘perwakilan Malaysia’ itu, Mike Mitchell bagi pihak Orion Strategies dilaporkan telah menghubungi Hana Atuatasi, kakitangan Kongres untuk mengatur perjumpaan tersebut.

Mitchell juga turut menamakan dua delegasi Malaysia iaitu Pengarah Suaram Cynthia Gabriel, dan Pengarah Merdeka Centre, Ibrahim Suffian, dua NGO yang mendapat tajaan yayasan AS, National Endowment for Democracy (NED) dan Open Society Institute (OSI) yang mana organisasi diketahui menyokong penuh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

Orion Strategies menurut sourcewatch.org adalah badan pelobi milik kumpulan neo-konservatif  atau lebih dikenali sebagai Yahudi yang mencipta ‘Project for the New American Century‘ (PNAC).
Salah satu pelanggan Orion Strategies adalah Open Society Policy Center (OSPC), badan yang ditaja penyangak mata wang Yahudi, George Soros.

Mesyuarat antara wakil Malaysia dengan Kongres sepatutnya diadakan pada 14 dan 15 Mac, namun kandungan e-mel tidak menyatakan sama ada mesyuarat itu berlaku atau sebaliknya.

Malah, semakan media juga mendapati Strategi Orion diketuai oleh Randy Scheunemann, bekas penasihat kepada bekas Setiausaha Pertahanan Donald Rumsfeld, dari parti Republikan AS.

Scheunemann digambarkan sebagai neo-konservatif, yang juga pernah berkhidmat untuk calon presiden Republikan, John McCain sebagai penasihat semasa pilihanraya Presiden AS 2008.

Anwar juga sekitar tahun 2006 hingga 2007 pernah berkhidmat kepada Jabatan Negara AS, di bawah naungan Paul Wolfowitz, juga dari parti Republikan.

Walau bagaimana pun, Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli menafikan perkara itu dan menganggap sebagai gimik pilihanraya.

Rafizi juga menganggap parti pembangkang itu mempunyai tokoh yang berkaliber dan tidak memerlukan bantuan luar.

Siapa? Rafizi? Malah turut difahamkan, Orion juga akan membawa pengarah Suaram itu ke Washington.

Apabila PR menggunakan khidmat Yahudi ini, sudah pasti kaedah dan cara politik mereka serta pentadbiran mereka umpama kumpulan neo-konservatif.

APA PULA KOMEN CAI2 PAKATAN ISU NI...SEPERTI BIASA KALAU PAKATAN BUAT TAK SALAH...APA ANWAR BUAT SEMUA OK..KERANA DLM HATI DAH HITAM DAN PENUH NAFSU KEBENCIAN CIPTAAN YAHUDI YANG DITANAM DALAM MINDA...TANPA DISEDARI...MENANG BERSORAK MALAYSIA TERGADAI...

Wednesday, April 3, 2013

Kayuhan Patriotik Bersama @najib_razak

Najib, menteri kabinet kayuh basikal sekitar Putrajaya
03/04/2013 8:24pm

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyertai kira-kira 10,000 peserta dalam Program Kayuhan Patriotik 1Malaysia di sekitar pusat pentadbiran kerajaan persekutuan ini, yang menjadi program pertama beliau melibatkan khalayak ramai selepas mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat hari ini.

Ia juga berlangsung pada hari genap empat tahun Najib menjadi perdana menteri keenam Malaysia. Najib yang mengetuai konvoi bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menteri-menteri Kabinet mengayuh basikal sejauh 12 kilometer dalam acara bermula 5.20 petang itu.

Turut serta Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim, Menteri Pelancongan, Datuk Seri Ng Yen Yen, Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Ali Hamsa, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Cetusan idea Najib sendiri, program kayuhan itu bermula di depan Kementerian Kewangan dan berakhir di depan Istana Kehakiman. - BERNAMA..

ALHAMDULILAH Team Suara Anak Muda 1Malaysia Berjaya Tamat Kayuhan Patriotik Bersama @najib_razak Sejauh 20km. .Tahniah Pada Semua Yang Hadir, Korang Terbaek. .

Monday, April 1, 2013

BERUK DAPAT BUNGA

Info@PRU13

"BERUK JUMPA BUNGA"

Saya Menwakili Suara Anak Muda 1Malaysia mengutuk tindakan pemimpin biadab seorang pemimpin DAP, Hew Kuan Yau yg menunjukkan isyarat lucah ke arah papan iklan Datuk Seri Najib seperti dlm blog stophelies semalam. Saya ingin memohon rakyat supaya bijak memilih pemimpin. Kita tidak mahu negara ini tercemar dgn perilaku yg negatif dan kebudak2kan seperti beliau.

Ini menunjukkan secara jelas sifat dan jenis pemimpin ciptaan Pakatan yg mengajar budaya yg sonsang pada rakyat. Kita nilaikan sifat kebiadapan beliau ibarat "BERUK JUMPA BUNGA" seperti tidak tahu menilai mana yang baik dan mana yang tidak.

Kecederungan pembangkang yg sering menggunakan provokasi utk menaikkan popularitinya dan supaya dilihat berani di mata rakyat walau pun perlu menggunakan sesuatu yg diluar kewarasan dan jika dilihat daripada sikap Kuan Yau Si Beruk DAP juga boleh memwujudkan kebencian bangsa lain terhadap rakyat cina sekaligus rakyat akan menjadi racist.

Apabila perkara ini terjadi, ekonomi negara akan tumbang

PRU13 Wajib Seluruh Rakyat Malaysia Menolak Kepimpinan "BERUK JUMPA BUNGA" Pakatan.

Ingat Pakatan Ingat "BERUK JUMPA BUNGA"

Armand Azha Hj Abu Hanifah
Presiden
Suara Anak Muda 1Msia

Saturday, March 30, 2013

PRU13 BN MENANG BESAR : TUN DAIM

Tun Daim ramal BN menang majoriti lebih besar

Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin yakin Barisan Nasional (BN) akan menang dengan majoriti yang lebih besar pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Katanya, walaupun BN mungkin kehilangan beberapa kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Johor, Sabah dan Sarawak namun keputusan keseluruhan akan lebih baik berbanding tahun 2008 kerana BN juga dijangka akan memenangi balik banyak kerusi di Selangor, Kedan dan Kelantan.

Beliau berkata demikian dalam temuramah bersama akhbar China Press yang disiarkan hari ini.

Kata beliau, BN memiliki peluang yang cerah untuk menawan kembali Selangor dan Kedah tetapi masih tidak mampu untuk mendapatkan kembali Pulau Pinang dan Kelantan.

“Penduduk Kedah dilihat bersedia mahu membantu Mukhriz Tun Mahathir untuk menjadi Menteri Besar negeri itu,” katanya.

Selangor pula katanya berpeluang jatuh kembali ke tangan BN andai perikatan berkenaan dapat menyediakan calon menteri besar yang sesuai dan diterima ramai.

Perak pulak jelas beliau, wujud peluang sama rata atau 50-50 kepada BN dan Pakatan Rakyat bagi menguasainya.

Menurut Daim, permasalahan terbesar dengan pembangkang di negara ini ialah mereka tidak memenuhi janji-janji yang dibuat dalam manifesto tahun 2008.

Katanya, disebabkan itu pembangkang dilihat kurang kredibiliti dan tidak dipercayai rakyat.

Beliau juga menafikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai terlepas peluang keemasan untuk membubarkan Parlimen seperti yang dijaja beberapa pemimpin DAP.

Katanya, pembubaran boleh dilakukan pada bila-bila masa yang sesuai dan bukan dalam tempoh tertentu sahaja.

Dalam temuramah berkenaan, beliau juga menasihati pengundi Cina agar berfikir secara mendalam dan berhati-hati sebelum mengundi.

“Apa yang anda dapat dengan cuba menghukum BN,” soalnya.

Beliau juga yakin pengundi kali ini akan mengundi berdasarkan tiga faktor utama iaitu menolak penyelewengan, ekonomi dan masa hadapan.

Mengulas mengenai insiden pencerobohan di Lahad Datu beliau berkata, ia merupakan sesuatu yang menyebelahi BN walaupun ia tidak dirancang oleh pihak itu.

Pandangan Daim mengenai keputusan pilihan raya umum adalah sesuatu yang ditunggu terutama apabila meramal dengan tepat keputusan PRU ke 12 (2008) yang menyaksikan BN kehilangan beberapa negeri yang dilihat kubu kuat kerajaan ketika itu.

TERBAEK. .SAYA PILIH MENGUNDI. SAYA PILIH BARISAN NASIONAL. .

# Terima Kasih Minda Hijrah