Thursday, October 22, 2015

TPPA Fakta Bukan Auta Oleh Tok Pa



Intipati dan ringkasan penting #ForumTPPA bersama Menteri Perdagangan Industri Dan Antarabangsa Dato' Sri Mustapa Mohamed anjuran Akademi Kepimpinan Kapten Hussein Pemuda UMNO Malaysia sebentar tadi. Hadir sama Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin.


STATUS PERJANJIAN :
• Rundingan selesai di Atlanta pada 5 Oktober 2015

• Perjanjian BELUM ditandatangani
• Akan dibentangkan di Parlimen Malaysia bersama dua kajian impak

• Parlimen Malaysia akan membahas dan membuat keputusan dalam tempoh masa 3 bulan

• Ratifikasi 2 tahun selepas ditandatangani


RUNDINGAN TPPA DIBUAT ATAS TERMA MALAYSIA :

• Rundingan secara konsensus 12 negara TPP

• Rakan TPP memperakui dan mengiktiraf Dasar Bumiputera

• Harga ubatan naik? Ciri-ciri utama dasar paten perubatan kekal

• TPP meningkatkan kebajikan buruh, peluang pekerjaan tidak terjejas

• TPP menggalakkan pelaburan yang akan menjana pekerjaan

• TPP mempromosikan pematuhan kepada piawaian antarabangsa - Alam Sekitar, Buruh, Tadbir Urus Yang Cekap dan Telus

• TPP mengiktiraf hak penguatkuasaan sijil halal

• Untuk ISDS ( Investor-state dispute settlement), kerajaan telah merundingkan 'safeguards' bagi memastikan ruang dasar yang mencukupi



PERTEMUAN DENGAN PIHAK BERKEPENTINGAN :
• Persatuan-Persatuan Perniagaan

• Kaukus Parlimen Yang Terdiri Dari 11 orang (6 Ahli Parlimen BN, 5 Ahli Parlimen Pembangkang)

• Badan Bukan Kerajaan (NGO)

• 'Think Thank

• Kumpulan Industri

• Jumlah sesi penerangan dan konsultasi yang telah diadakan oleh Ministry of International Trade and Industry, Malaysia :

-> 2013 - 56 sesi penerangan (TPP Open Day pada 1 Ogos 2013)

-> 2014 - 40 sesi penerangan

-> 2015 - 20 sesi penerangan

• Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri 


Mohon kerjasama sahabat2 untuk sebarkan maklumat ini terima kasih.
 

No comments: