Wednesday, February 16, 2011

ANCAMAN IFC Dihidupkan kembali Oleh Guan Eng


Salam Sahabat2 Yg Dihormati.

Kerajaan DAP Pulau Pinang Menubuhkan Portfolio Baru Untuk Hal-Ehwal Bukan Islam Babitkan Agama2 Budhha, Taoisme, Kristian, Sikh Dan Hindu Dimana Ketua Menteri Pulau Pinang Berdiri Sebagai Exco Portfolio Tersebut.

Sedar Atau Tidak DAP Sekali lagi Telah Mengerakan Gerakan IFC Kembali. Tahniah Pada Yg Menyokong Kearah Kesamarataan Yg Di bawa Oleh DAP. Kita Tidak Harus Lupa Sejarah Silam Wujudnya SI KITOL Yg Khianati Martabat Agama, Bangsa , Tanahair Tanpa Disedari Kerana Hasad Dengki Dan Tamak Yg Berjaya Mengaburi Gerakan Kesamarataan. Apa Itu IFC??? Kita Ungkapkan Kembali Apa Tuntutannya..



Ancaman Tuntutan Interfaith Commission (IFC) di Malaysia

IFC ialah satu pertubuhan bukan kerajaan yang menuntut hak kesaksamaan taraf agama (semua agama adalah satu) yang dianggotai perwakilan Christian,Buddha,Hindu, Muslim yang kebingungan dan beberapa agama lain yang terdapat di Malaysia. Ada di antara kita tidak mengetahui matlamat sebenar IFC dan menganggap bahawa untuk menunjukkan Islam itu sejahtera- peace , maka idea pluralisme dari IFC harus diterima pakai.Hakikatnya, tuntutan yang dibuat oleh IFC terus terang merugikan umat Islam di Malaysia.Antara tuntutan IFC :

1. Saorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak mengharuskan secara terus menjadi orang Islam.(note:sokongan ditunjukkan kepada Lina Joy)

2. Orang-orang bukan Islam yang telam memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.(see : Lina JOy,terbaru-Siti Fatimah)

3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah Syariah tetapi dikendali oleh mahkamah civil.

4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengnalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.


ANCAMAN InterFaith Commission Malaysia

5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.

6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak pengjagaan anak.

7. Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan hubungan kekeluargaan dengan seseorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntuk harta pusakanya selepas kematiannya.

8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadah orang bukan islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

9. Orang-orang bukan islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.(isu terkini : Allah boleh digunakan pakai atas semua tuhan..bukankah itu mengelirukan?)

10. Bible dalam bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda suatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

13. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang0orang bukan Islam.

14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaianmenutup aurat kepada pelajar sekolah.



PENUBUHAN INTERFAITH COMMISSION

1. Apakah Interfaith Commission (IFC)?

IFC yang nama asalnya ialah IRC-Inter Religious Council (IRC) adalah sebuah suruhanjaya yang dicadangkan penubuhannya seperti sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran sesetengah agama (baca:agama Islam) akibat desakan penganut agama lain. Badan ini berfungsi mirip sebuah mahkamah dan segala keputusannya adalah muktamad ke atas agama yang bersabit. IFC juga akan berfungsi seperti SUHAKAM yang menerima dan melayan aduan-aduan berkaitan agama.

2. Siapakah yang mencadangkan penubuhan IFC?

IFC digagaskan penubuhannya oleh Malaysian Concultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism and Sikhism (MCCBCHS) ataupun Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh melalui memorandumnya kepada Majlis Peguam bertarikh 21 Ogos 2001.

3. Siapakah yang paling bersemangat sekali menyokong penubuhan IFC?

Majlis Peguam terutamanya Jawatankuasa Kecil Hak Asasi Manusia amat kuat menyokong penubuhan IFC dan amat berharap ia akan berjaya. Kronologinya seperti berikut:

•Pada 8 Ogos 2001, Majlis Peguam telah menerima satu memorandum daripada MCCBCHS mengenai perkara ini dan selepas itu idea penubuhan IRC berjalan lancar.

•Pada 8 Disember 2001, satu perayaan 'Festival of Rights' diadakan dengan tema 'Kebebasan Beragama'.

•Pada 10 Disember 2001, Majlis Peguam menganjurkan forum mengenai 'Kebebasan Beragama' dan menerbitkan satu artikel dalam jurnal INSAF.

•Pada 17 Mac 2003, bengkel untuk menimbang keperluan wujudnya IRC diadakan. Bengkel ini gagal apabila kesemua NGO Islam menarik diri daripada terlibat dengan penubuhan suruhanjaya ini iaitu ABIM, ACCIN, JUST dab Sisters In Islam termasuk Dr. Chandra Muzaffar yang menjadi antara orang awal yang mencadangkan dialog antara kepercayaan. Bagaimanapun Sisters In Islam kemudian menyertai semula dan menyokong penubuhan suruhanjaya ini.

•Pada pertengahan tahun 2004, satu persidangan mengenai penubuhan IRC diadakan. Bagi menunjukkan wujudnya sokongan, penganjur seminar telah melantik kesemua ahli Jawatankuasa Kecil Syariah Majlis Peguam sebagai ahli jawatankuasa penganjur tanpa pengetahuan mereka.

•Mengemukakan draf ketiga undang-undang penubuhan IFC bertarikh Januari 2005 kepada persidangan cadangan penubuhan IFC. Persidangan ini dianjurkan oleh suatu badan yayasan Kristian yang beribu pejabat di Jerman, iaitu Konrad Adeneuer Foundation (KAF).



Setakat ini dulu perkongsian saya. InsyaAllah, saya akan sambung nanti. Kita akan tengok pula matlamat dan tuntutan orang-orang bukan Islam melalui IFC.

3 comments:

Pak tam said...

Tahniah Sdr. Armand kerana cepat bertindak memberi penjelasa tentang IFC .. pak khir yakin ramai tidak menyedari hal ini hatta pak khir sendiri kerana sebelum ini tidak ada penjelasan sejelas keterangan sdr. Cadangan: Perkasa kena anjurkan "Road Show" dedahkan kepada semua orang Melayu ..

Ridzuan said...

Salam, Congrats from me too, Sdr Amand.Just disband the IFC. Period.
Westaussiemalay@gmail.com

AZIZAN HOMESTAY said...

Tahniah Tuan Armand,Jangan biarkan mereka merosakkan agama Islam kita.Perkara yang paling digeruni pada nO 13,hak zakat..betul-betul kurang ajar kalau begini,kami anak muda Islam sanggup berjihad jika Agama Islam ini mula dicerobohi!!!