Saturday, February 26, 2011

TAHNIAH PERKASA PERAK

Salam Sahabat2 Yg Saya Hormati.

Saya amat gembira dan terharu di atas kehadiran, sokongan serta kepercayaan dari semua. Kami mendoakan agar kalian semua dilindungi Allah SWT dan selamat tiba ke lokasi masing2.

Tahniah PERKASA PERAK atas kejayaan "PERHIMPUNAN MELAYU PERKASA PERAK".

Tapi satu peristiwa yang secara peribadi yg saya tidak akan lupakan adalah dimana seorg wanita yang mengandung hadir bersama keluarganya drpd Sg Petani Kedah Tiba2 Emergency dan "MELAHIRKAN ANAK PERJUANGAN" Di Perhimpunan tersebut , alhamdulilah kecekapan pihak Hospital Perak yg berada disitu telah berjaya membantu melahirkan seorang bakal pewaris Perjuangan.

Terima kasih Pihak Polis, Rela, Rakan2 Media, Bloggers, Hospital Perak Dan Semua Yg Terlibat Dlm Kejayaan Perhimpunan Semalam.

Semoga Allah SWT memberkati dan merahmati perjuangan murni kita demi agama, bangsa dan tanahair.. Hidup melayu.!! Allahu Akbar.!!

Kita jumpa lagi di Perhimpunan Melayu Perkasa Kedah pada 26 April 2011 nanti.. Bangkitlah Melayu.!!

Berikut Dibawah Artikel DiPetik Drpd BERNAMA :

Anwar dan Nik Aziz pengkhianat Melayu, dakwa Mahathir

KAMPUNG GAJAH, 26 Feb – Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengulangi kecaman terhadap penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang disifatkan sebagai pengkhianat bangsa Melayu kerana sanggup memecahbelah perpaduan ummah hanya semata-mata untuk kepentingan politik.

Beliau berkata Anwar sanggup memecah belahkan orang Melayu untuk meraih sokongan semata-mata membolehkan beliau ke Putrajaya untuk menjadi Perdana Menteri, Nik Abdul Aziz pula menjadikan isu agama untuk mengkafirkan orang lain dengan membuat andaian orang yang berjuang untuk bangsa adalah orang kafir.

"Saya tidak tahu Nik Aziz dapat dari mana-mana hadis atau Al-Quran yang mengatakan sedemikian," katanya berucap pada Perhimpunan Melayu anjuran Perkasa Perak di sini.

Bekas Perdana Menteri itu berkata mengikut kenyataan Menteri Besar Kelantan itu, mereka yang menjadi nasionalis dianggap telah menolak agama.

"Bagi Nik Aziz kalau hendak menjadi Islam bukan saja mengucap dua kali syahadah tetapi menjadi tiga kalimah termasuk menjadi ahli dalam parti PAS, baru dianggap sah sebagai orang Islam," katanya.

Dr Mahathir berkata pemimpin PAS itu juga sanggup mengeluarkan kenyataan beliau sedih dilahirkan sebagai orang Melayu kerana ingin mendapat simpati dan sokongan daripada kaum lain.

Bercakap kepada pemberita selepas perhimpunan itu, beliau berkata Negara perlu mencatat pertumbuhan ekonomi 7 peratus setiap tahun bagi mencapai sasaran taraf negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Beliau berkata rakyat juga perlu bekerja kuat untuk memastikan pengeluaran produktiviti berkualiti tinggi kerana negara tidak boleh bergantung kepada pelaburan luar sahaja sebaliknya mesti memberi galakan kepada pelaburan dalam negara.

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali, Anggota Parlimen Pasir Salak Datuk Tajuddin Abdul Rahman dan bekas Menteri Besar Perak Tan Sri Ramli Ngah Talib adalah antara orang yang menghadiri perhimpunan itu. – Bernama


Salam 1Perpaduan Melayu, 1Penyatuan Melayu Kearah 1Malaysia.

WASALAM.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: