Thursday, November 27, 2008

Anwar , Nepotisme and Kronisme...


Anwar, Nepotisme, dan Kronisme


Saya tertarik dengan artikel yang ditulis oleh belantan yang boleh didapati di http://www.mykmu.net/modules.php?name=News&file=article&sid=7366. Dalam artikel tersebut, penulis memetik sebahagian daripada kandungan buku tulisan Yahaya Ismail bertajuk "62 Dalil Mengapa Reformasi Anwar Gagal". Kandungan artikel tersebut memaparkan betapa buruknya kelakuan Anwar Ibrahim dan keluarganya mempraktikkan nepotisme:


"Ayahnya, Datuk Ibrahim A Rahman, menjadi Pengerusi IOI. Sebelum Anwar menjadi Menteri, sewaktu menjadi mudir Yayasan Anda, nama ayahnya sebagai tokoh korporat tidak timbul. Bila Anwar menjadi menteri, terutama sekali sebagai Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri tuah Pak Ibrahim melonjak naik. Kini IOI mempunyai hartatanah yang banyak di berbagai-bagai negeri. Malah di Sabah saja dikatakan hartatanah IOI melebihi 50,000 hektar.


"Memang benar, malah berjuta-juta saham Syarikat Nissan IOI . Laporan Utusan pada 19 Jun 1998, http://utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=1999&dt=0620&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=fp_01.htm menyatakan: "Dalam senarai saham, bapa dan dua adik Anwar dicatatkan sebagai turut mendapat peruntukan saham bumiputera yang dikeluarkan oleh kerajaan.
Bapanya, Datuk Ibrahim Abdul Rahman dan adik beradiknya, Farizan dan Marzukhi memegang saham berjumlah lebih 7.1 juta unit dalam tiga buah syarikat."Pada 2 Mei 1998, bapa Anwar, Dato' Ibrahim Abdul Rahman, memiliki 250,000 saham Pengkalen Holdings Berhad dan 3,790500 saham Nissan Industrial Oxygen Incorporated manakala adik-beradik Anwar, Farizon memiliki 250,000 saham Pengkalen Holdings Berhad dan Marzukhi Memiliki 2,800,000 saham Penas Corporation.Bapa Anwar juga menjadi Pengerusi bagi Syarikat IOI Corporation.Berikut adalah petikan jadual dari majalah Asiaweek yang menunjukkan penerimaan saham yang diperuntukkan kerajaan yang diterima Ibrahim Abd Rahman



Dato’ Hj Ibrahim B Abdul Rahman
Nissan Industrial Oxygen Incorporated Bhd
3,790,500.00
10/6/97

Lam Soon Huat Development Bhd
400,000.00
4/3/85

Industrial Oxygen Incorporated Bhd
2,000,000.00
24/04/1993


Dato' Kamaruddin Jaafar merupakan kroni Anwar yang paling banyak menerima habuan. Kamaruddin Jaafar merupakan bekas Setiausaha Agung ABIM. Setelah Anwar keluar ABIM dan memasuki UMNO, Kamaruddin juga menyertai UMNO dan kemudian memegang jawatan Ketua UMNO bahagian Tumpat. Berikut dipetik dari artikel Utusan yang sudah tersebut:"Bekas Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Datuk Kamaruddin Jaafar, mengetuai senarai kroni Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendapat habuan projek dan saham yang bernilai berpuluh bilion ringgit.


Mengikut senarai itu, syarikat milik Kamaruddin merupakan pemegang saham utama dalam tiga buah projek iaitu Kuala Lumpur Linear City, KL People-Mover Rapid dan Sabah Shipyard Sdn. Bhd. yang nilai kos keseluruhannya ialah RM11.319 bilion.


Beliau memiliki saham dalam dua syarikat mengendalikan pembinaan pengangkutan di ibu negara ia itu KL Linear City bernilai RM10 bilion dan KL PRT Sdn Bhd. bernilai RM1,298 juta serta projek Sabah Shipyard Sdn. Bhd sebanyak RM21 juta.Kamaruddin juga tersenarai sebagai pemegang saham utama dalam dua syarikat iaitu Westmont Land (Asia) Berhad dengan saham sebanyak 4,700,592 pada 13 Februari 1996 dan Malaysian Mosaics Berhad (sebanyak 7.5 juta)."Kamaruddin kemudian menyertai PAS. Dengan bodohnya, PAS pula menerima Kamaruddin Jaafar sebagai Setiausaha Agung PAS. Jadi tiadalah kejutan bahawa Kamaruddin Jaafar yang memegang jawatan tinggi dalam PAS itu salah satu pemimpin PAS yang kuat menyokong Anwar.


Berbillion-billion ringgit dalam bentuk projek sudah diterima syarikatnya semasa waktu Anwar berkuasa.Malah, Naib Presiden PAS, Hj Mohd Sabu pun pernah menyatakan Anwar "mengganas" dalam soal nepotisme. Dalam satu wawancara dengan Majalah Tamadun yang dipaparkan dalam edisi Julai 1998, http://www.angelfire.com/emo/doaanwar/tamadun.html Naib Presiden PAS tersebut berkata:...Kita boleh bertanya, nisalnya, adakah Kamaruddin Jaafar atau Kamaruddin Mohd Nor menjadi jutawan segeran kerana dia pandai berniaga atau disebabkan sahabatnya menjadi Menteri Kewangan?Begitu juga dengan Rani Ibrahim, Marzukhi Ibrahim, dan Rosli Ibrahim yang naik mendadak dalam perniagaan, adakah kerana mereka pandai berniaga atau kerana saudara mereka menjadi Menteri Kewangan?


Begitu juga dengan bekas setiausaha sulit Anwar, Nasarudin Jalil dan beberapa orang lain yang dekat dengan Anwar yang naik mendadak...""... Bagi saya, walaupun Anwar belum mempunyai kuasa penuh, dia sudahpun menunjukkan bakat "keganasannya" melebihi Perdana Menteri!""... Kita ingin bertanya lebih kurang 300 juta saham Petronas Dagang dilabur ke mana hingga perwakilan Sabah menyokong Ghafar kepada Anwar dengan begitu mengejutkan? Ini bermakna Anwar saling "mengganas" dalam soal nepotisme!"Jadi, memang tidak rasional bagi penokong PKR untuk menganggap Anwar Ibrahim sebagai bersih, malah Anwar merupakan ahli politik paling kotor dalam Malaysia.


Banyak lagi gejala kroni dan nepotisme Anwar, tapi dalam artikel ini saya hanya tunjuk ahli keluarganya dan kroni terbesarnya. Ramai lagi seperti Rahim Ghouse, yang mana syarikatnyamendapat projek Express Rail Link bernilai RM2.4 bilion, ABRAR group, Kamaruddin Md Nor, dan skandal seperti "Skim Kontraktor Berwibawa" di mana Anwar memberi projek bernilai RM1 Billion kepada setiap 15 syarikat melalui direct nego.Rumusannya, bapa dan adik-beradik Anwar menerima berjuta-juta saham, saham peruntukan bumiputera, kroni-kroninya menerima berbillion-billion projek. Anwar Ibrahim merupakan manusia kotor di mana semasa dia berkuasa keluarganya menerima berjuta-juta saham dan saham peruntukan kerajaan.For




Kenapa ramai yang tabsub ngan Anwar sedangkan dia ni Bukannya Rasul atau Nabi yang tak lari daripada Rasuah.........Pikir-pikirkan lar wahai rakan2

Post a Comment