Sunday, February 15, 2009

Apahal Lar P.R ni


KUALA LUMPUR 12 Feb. – Pengerusi DAP, Karpal Singh tidak boleh memulakan prosiding di mahkamah sivil terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah kerana tindakan itu dihalang oleh peruntukan Perkara 181(2) Perlembagaan Persekutuan.Malah, peguam veteran itu juga tidak mempunyai locus standi untuk berbuat demikian kerana beliau bukan rakyat negeri Perak dan tidak akan terjejas oleh sebarang keputusan Sultan Azlan Shah.


Pakar undang-undang, Prof. Salleh Buang berkata, dalam soal locus standi, pihak yang sepatutnya menyaman Sultan Azlan Shah ialah bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dan bukannya Karpal.Katanya, jika Karpal menyaman Sultan Perak atas alasan sultan bertindak menggunakan prerogatif baginda, tidak ada mahkamah di Malaysia akan melayan saman itu kerana hanya mahkamah khas yang boleh mendengarnya


Ish2...apa lar nak jadi ni....

No comments: