Sunday, August 30, 2009

UMNO Kini Sudah Berubah atau Rebah....


Salam 1Malaysia rakan2 yg dihormati.UMNO BERUBAH ATAU REBAH ini satu soalan yg kita harus hadapi dgn perasaan jujur.

Perubahan yg hebat dilaungkan ketika Pemilihan yg lalu oleh tiap yang bertanding dalam UMNO, sehingga kini sudahkan kita lihat Perubahan yg dilaungkan..

Ada dlm berita dahulu menyebut "UMNO perlu Wow! faktor", ada jugak pemimpin yg menyeru "keluar dari zon selesa", ada rakyat yg kata "kami mahukan perubahan"

Tetapi,ada jugak dlm berita kata "UMNO masih relevan", ada juga pemimpin yg cakap "org yg kita pilih sesuai" sebagai pemimpin.

Mungkin apa yang akan saya katakan akan ditentang oleh sebahagian ahli UMNO tetapi atas dasar cintakan Parti perkara ini harus dihadapi sama ada kita mahu atau pun tidak.

Laungan 1Malaysia merupakan WOW faktor tetapi kita masih gagal meimplantasi pemahaman maksud 1Malaysia. Tidak dinafikan jika semua Rakyat Malaysia memahami konsep ini maka perpaduan akan kembali berputik. Jika hanya sekadar hebat dalam Laungannya tetapi penerapan dan pemahaman tidak beri kepada Rakyat Malaysia konsep ini akan gagal.


Betulkan pemimpin kita sudah keluar drpd zon selesa, jawapannya masih belum lagi...Tetapi tahniah saya ucapkan kepada PM kita DS Najib dan TPM kita T.S Muhyiddin yang begitu commited utk berubah, tetapi perubahan seharusnya berlaku disemua peringkat..


Pemimpin itu, katanya, mestilah membawa pemikiran glokal dengan ideanya merentasi sempadan negara tetapi jiwanya dan akarnya adalah berteraskan bumi bertuah ini."Rakyat Malaysia sudah cukup matang dalam menilai pemimpin mereka.


Mereka tidak mahu lagi didendangkan dengan lagu-lagu sumbang tentang retorik perubahan tetapi hampa isi di dalamnya. Mereka mahukan "result"."Mereka mahu melihat perubahan itu berlaku!" katanya.Najib berkata gelombang perubahan hari ini menuntut negara memiliki bukan sekadar politikus biasa yang manis senyumnya dan muluk tuturnya, sebaliknya pemikir politik yang kaya ideanya dan hikmah tingkahnya.


Perubahan dan pembaharuan sudah menjadi satu tema dominan dalam arus politik dunia, katanya. Akses kepada lebuh raya maklumat dan televisyen satelit berbayar telah mendedahkan rakyat Malaysia kepada fenomena ledakan maklumat dan ia memberi dimensi baru kepada evolusi penghakupayaan rakyat Malaysia sebagai pengundi.

Kebelakangan ini, berbagai masalah menimpa UMNO. Banyak isu berkaitan rasuah, kepercayaan, salah guna wang rakyat dan tikam menikam sesama bangsa sendiri. Apa pendapat rakan sekalian, adakah UMNO masih lagi mempunyai Maruah?


Jawapannya rakan2 sudah tahu..


WALK THE TALK......................wasalam.
Post a Comment