Sunday, November 28, 2010

Artikel 153 Perlembagaan Malaysia


Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga hak keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputera. Artikel menjurus bagaimana kerajaan pusat melindungi kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia juga biasanya dianggap sebagai sebahagian daripada sosial kontrak, dan biasanya dikatakan sebagai pertahanan legal bagi ketuanan Melayu.



Kamus Dewan mentakrifkan istilah ‘ketuanan’ sebagai membawa maksud hak menguasai dan memerintah sama ada sesebuah negeri, daerah dan sebagainya.



Istilah ‘ketuanan’ juga dirujuk sebagai kedaulatan. ‘Ketuanan’ berbeza dengan perkataan ‘tuan’ yang membawa maksud orang tempat menghambakan diri.



Istilah Ketuanan Melayu ini merujuk kepada sejarah bahawa negara ini pernah diperintah Sultan dan Raja-raja Melayu, yang merupakan tuan kepada tanah Melayu yang sudi memberikan kuasa mereka kepada rakyat melalui penerimaan sistem Raja Berperlembagaan, memandangkan mengikut perlembagaan negara, Sultan dan Raja-Raja Melayu adalah simbol kepada ketuanan Melayu di negara ini, seperti mana di negara-negara barat lain yang mempunyai Raja.



Memperhambakan Sejarah sendiri membuktikan bahawa Melayu tidak pernah memperhambakan kaum-kaum lain pada bila-bila masa sekali pun. Melayu berjuang membebaskan tanah air daripada belenggu penjajah bukan demi kepentingan Melayu semata-mata. Hasil kemerdekaan dan kemakmuran Tanah Melayu dikongsi dengan kaum-kaum lain demi memastikan perpaduan dan kemakmuran sentiasa terjalin dengan kukuh serta sentiasa bertolak ansur dan beralah demi menjaga hati saudara yang bukan sebangsa yang menjadi rakyat di negara ini.



Catatan dalam Artikel 153 Perlembagaan Malaysia juga bukanlah bermakna sepenuhnya kuasa veto itu terletak di tangan bangsa Melayu, dalam menyediakan Hak Istimewa kepada ketuanan Melayu, bangsa-bangsa lain juga bebas memperjuangkan ‘ketuanan’ mereka masing-masing samada dari aspek politik, ekonomi dan sosial. Mereka bebas untuk mengamalkan budaya dan cara hidup sendiri, bebas dalam meningkatkan taraf ekonomi kaum, bebas beragama, bebas meneruskan sistem pendidikan sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil dengan mengekalkan pengajaran bahasa ibunda masing-masing dan sebagainya. Faktor ini membuktikan bahawa konsep Ketuanan Melayu itu, bukanlah satu konsep yang mengiktiraf bahawa bangsa Melayu itu menjadi tuan, sementara kaum-kaum lain menjadi hamba kepada bangsa Melayu. Negara mana yang memberi kelonggaran seluas ini sedangkan bukankah orang yang mendatang mesti menyesuaikan diri dengan negara yang dikunjunginya.



Selain itu, kita wajar mengakui bahawa Melayu dominan dari segi politiknya dan hak-hak Melayu dilindungi di sisi Perlembagaan, tetapi sejauh mana benarnya istilah ketuanan Melayu bermaksud menghambakan kaum lain mesti dijawab oleh pihak yang berkenaan. Kita tidak pernah terlepas pandang bagaimana harmoninya rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum menjalani kehidupan seharian. Keharmonian ini mesti dizahirkan secara jujur dan ikhlas, agar tiada wujud rasa sangsi dan iri hati sehingga istilah ketuanan Melayu yang telah digunakan turun temurun itu pun mendatangkan masalah.



Mungkin benar mata pelajaran sejarah diberi pendedahan seluas-luasnya dan mesti diwajibkan di semua peringkat dan aliran, supaya rakyat lebih memahami apa makna sebenar ketuanan Melayu.



Bangsa-bangsa lain masih ada ketuanan di negara asal mereka tetapi Melayu inilah negara tanah tumpah bangsa Melayu. Tiada dua jauh sekali tiga, oleh itu kekalkan istilah ketuanan Melayu.



Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga hak keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputera. Artikel menjurus bagaimana kerajaan pusat melindungi kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia juga biasanya dianggap sebagai sebahagian daripada sosial kontrak, dan biasanya dikatakan sebagai pertahanan legal bagi ketuanan Melayu.Kamus Dewan mentakrifkan istilah ‘ketuanan’ sebagai membawa maksud hak menguasai dan memerintah sama ada sesebuah negeri, daerah dan sebagainya.Istilah ‘ketuanan’ juga dirujuk sebagai kedaulatan. ‘Ketuanan’ berbeza dengan perkataan ‘tuan’ yang membawa maksud orang tempat menghambakan diri. Istilah Ketuanan Melayu ini merujuk kepada sejarah bahawa negara ini pernah diperintah Sultan dan Raja-raja Melayu, yang merupakan tuan kepada tanah Melayu yang sudi memberikan kuasa mereka kepada rakyat melalui penerimaan sistem Raja Berperlembagaan, memandangkan mengikut perlembagaan negara, Sultan dan Raja-Raja Melayu adalah simbol kepada ketuanan Melayu di negara ini, seperti mana di negara-negara barat lain yang mempunyai Raja.Memperhambakan Sejarah sendiri membuktikan bahawa Melayu tidak pernah memperhambakan kaum-kaum lain pada bila-bila masa sekali pun.



Melayu berjuang membebaskan tanah air daripada belenggu penjajah bukan demi kepentingan Melayu semata-mata. Hasil kemerdekaan dan kemakmuran Tanah Melayu dikongsi dengan kaum-kaum lain demi memastikan perpaduan dan kemakmuran sentiasa terjalin dengan kukuh serta sentiasa bertolak ansur dan beralah demi menjaga hati saudara yang bukan sebangsa yang menjadi rakyat di negara ini.Catatan dalam Artikel 153 Perlembagaan Malaysia juga bukanlah bermakna sepenuhnya kuasa veto itu terletak di tangan bangsa Melayu, dalam menyediakan Hak Istimewa kepada ketuanan Melayu, bangsa-bangsa lain juga bebas memperjuangkan ‘ketuanan’ mereka masing-masing samada dari aspek politik, ekonomi dan sosial. Mereka bebas untuk mengamalkan budaya dan cara hidup sendiri, bebas dalam meningkatkan taraf ekonomi kaum, bebas beragama, bebas meneruskan sistem pendidikan sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil dengan mengekalkan pengajaran bahasa ibunda masing-masing dan sebagainya. Faktor ini membuktikan bahawa konsep Ketuanan Melayu itu, bukanlah satu konsep yang mengiktiraf bahawa bangsa Melayu itu menjadi tuan, sementara kaum-kaum lain menjadi hamba kepada bangsa Melayu.



Negara mana yang memberi kelonggaran seluas ini sedangkan bukankah orang yang mendatang mesti menyesuaikan diri dengan negara yang dikunjunginya.Selain itu, kita wajar mengakui bahawa Melayu dominan dari segi politiknya dan hak-hak Melayu dilindungi di sisi Perlembagaan, tetapi sejauh mana benarnya istilah ketuanan Melayu bermaksud menghambakan kaum lain mesti dijawab oleh pihak yang berkenaan. Kita tidak pernah terlepas pandang bagaimana harmoninya rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum menjalani kehidupan seharian. Keharmonian ini mesti dizahirkan secara jujur dan ikhlas, agar tiada wujud rasa sangsi dan iri hati sehingga istilah ketuanan Melayu yang telah digunakan turun temurun itu pun mendatangkan masalah.Mungkin benar mata pelajaran sejarah diberi pendedahan seluas-luasnya dan mesti diwajibkan di semua peringkat dan aliran, supaya rakyat lebih memahami apa makna sebenar ketuanan Melayu.Bangsa-bangsa lain masih ada ketuanan di negara asal mereka tetapi Melayu inilah negara tanah tumpah bangsa Melayu. Tiada dua jauh sekali tiga, oleh itu kekalkan istilah ketuanan Melayu

No comments: