Wednesday, December 1, 2010

Kenapa Kita Lupa 7 Wasiat Raja2 Melayu

Salam Sahabat2 Yg Dihormati, Skali Lagi Ada Juak2 Sekali Lagi Bermain Dgn Api Dengan Bermain Dengan Isu "Ketuanan Melayu"

Hari Kita Renungkan Kembali 7Wasiat Raja-Raja Melayu ( Ketika Memperkenankan Watikah Kemerdekaan 1957)

1) Kita Namakan dan Kami Panggil Dia, Bumi Yg Kamu Pijak Dan Langit Yang Kamu Junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU ( Skang Dikenali Dgn Nama Malaysia)

2)Kami Isytisharkan Dan Kami Simpan Utk Kamu Dan Kami Benarkan Kamu Isytishar Dan Simpan Utk Anak-Anak Cucu Kamu, Selain Gunung-ganang, Tasik dan Hutan Simpan, Tanah SIMPANAN MELAYU Sehingga Nisbah 50%, Selebihnya Kamu Rebutlah Bersama-sama Kaum Lain.

3)Bagi Menjaga Kamu Dan Melindungi Anak Cucu Kamu Serta Harta Hak Milik Kamu, Kami Tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU Selain Untuk Membanteras, Kekacauan Dlm Negara Dan Ancaman Drpd Luar Negara.

4)Kami Kekalkan Dan Kami Jamin Kerajaan Dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU Memerintah Negara Ni.

5)Kami Isytiharkan ISLAM Adalah Agama Persekutuan.

6)Kami Tetapkan Bahasa Kebangsaan Ialah BAHASA MELAYU.

7)Kami Amanahkan dan Kami Pertanggungjawabkan Kepada Raja-Raja MELAYU Untuk Melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU DAN KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN ( Kemudian Ditambah Kedudukan Istimewa Anak2 Negeri Sabah Dan Sarawak)

Bila BERSATU BANGSA BERJAYA

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Post a Comment