Wednesday, February 9, 2011

YAB DS NAJIB PEMIMPIN BERANI

PM tolak Suruhanjaya Peluang Saksama bukan kerana Perkasa, kata Ibrahim

KUALA LUMPUR, 9 Feb – Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali menafikan dakwaan anggota Majlis Penasihat Ekonomi Kebangsaan (MPEN) Datuk Dr Zainal Aznam Mohd Yusof bahawa Datuk Seri Najib Razak tunduk kepada pertubuhan membela hak orang Melayu itu.

Pada sidang media yang diadakan hari ini, Ibrahim berkata langkah Najib menolak idea Suruhanjaya Peluang Saksama (EOC) dalam Model Baru Ekonomi(MBE) tidak ada kena-mengena dengan Perkasa.

"Beliau (Dr Zainal) kata Perkasa tolak MBE, beliau memperjuangkan konsep ekonomi yang sama rata.

"Beliau tuduh Perkasa dan label kita sebagai pertubuhan berhaluan kanan, kita adalah pertubuhan bahagian depan tiada kanan, kiri, belakang. Kita adalah pertubuhan depan yang berbicara soal orang Melayu," katanya.

Ibrahim yang juga Ahli Perlimen Pasir Mas berkata tuduhan Zainal yang mengatakan Najib tunduk kepada arahan Perkasa adalah tidak benar sama sekali.

"Perdana Menteri wujudkan MPEN untuk berbincang dan hasil yang diperoleh adalan hasil perbincangan yang diambil dari cadangan-cadangan yang dikemukan.

"Bukan Perdana Menteri, Kabinet takut kepada Perkasa, saya rasa beliau (Dr Zainal) ini sakit juga kerana tidak bercakap sebagai seorang prefosional dan kenyataan yang dikeluarkan itu sungguh memalukan," katanya.

Tambah Ibrahim, Zainal perlu berhujah berdasarkan fakta yang tepat bukan menyalahkan Perkasa semata-mata.

Tambah wakil rakyat Bebas itu, agenda ekonomi Bumiputera sepatutnya dijadikan agenda ekonomi negara.

"Zainal orang Melayu tapi lupa asal-usul... tak tahu dari mana asalnya. Agenda ekonomi Bumiputera sepatutnya dijadikan ekonomi negara.

"Ia penting sebagai agenda nasional yang boleh jamin ketenteraman negara selain ada kaitan dengan Perlembagaan Persekutuan yang menjaga hak Bumiputera," katanya.

Beliau juga berharap matlamat transformasi ekonomi perlu memberi keadilan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum.

"Matlamat pembaharuan ekonomi negara perlu menjaga semua kaum bukan sekadar 'bread and butter' sahaja.

"Kita kena menyelami hati rakyat melalui perjuangan dan pengalaman, bukan hanya bercakap berdasarkan kertas sahaja," katanya.

Semalam, Zainal berkata cadangan EOC telah dibuat tetapi tidak dimasukkan dalam versi akhir laporan MBE yang dilancarkan Disember lalu.

Beliau menuduh pentadbiran Najib mengalah kepada Perkasa dan tidak ada kemahuan politik untuk melaksanakan reformasi, seperti membentuk EOC.

Selain itu, Ibrahim juga mencadangkan agar Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas) untuk membeli pegangan saham dari lima syarikat Bumiputera yang akan disenaraikan dalam Bursa Saham bagi mengekalkannya dalam tangan komuniti.

Beliau juga berharap dengan penubuhan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) ia dapat membantu syarikat Bumiputera yang sederhana di negara ini.

"Ya, daripada RM52 bilion saham Bumiputera , kini hanya ada RM2 bilion (masih menerangkan mengapa); Saya juga mengacau, tetapi sekarang ada Ekuinas.

"Kerajaan boleh memastikan saham hanya boleh dijual kepada Ekuinas sahaja," katanya.

SYUKUR YAB DS NAJIB, MENDENGAR DAN BERANI DLM MEMBUAT KEPUTUSAN DEMI MASA DEPAN NEGARA, DS NAJIB PEMIMPIN 1MALAYSIA.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: