Semalam saya telah membuat satu keputusan besar dalam kehidupan saya iaitu meletakkan jawatan sebagai Ketua Wira Perkasa Malaysia, ramai yg menghubungi saya selepas itu baik drpd rakan2 NGO Mahupun Pemimpin Parti2 Politik Yang Memberikan Kata2 Semangat Dan Sokongan, Saya Ingin Mengucapkan Terima Kasih Semua Atas Keperihatinan Sahabat2 Semua.
Walaupun Saya Meletakan Jawatan Saya ,Insyallah Saya Akan Terus Memperjuangkan Prinsip Perjuangan Saya Selagi Hayat Di Kandung Badan.
Di Bawah Adalah Petikan Drpd AgendaDaily Mengenai Perletakan Jawatan Saya :
Arman Azha Abu Hanifa mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Ketua Wira Perkasa untuk aktif dalam politik tetapi kekal sebagai ahli seumur hidup.
Pada sidang media di Kuala Lumpur, Selasa, Arman juga menepis anggapan yang mengatakan dia meletak jawatan kerana kecewa.
"Saya meletak jawatan bukan kerana kecewa tetapi atas prinsip untuk memperjuangkan agama, bangsa dan negara. Untuk melakukan apa-apa perubahan, kita perlukan kuasa politik.
"Hanya dengan kuasa politik sahaja kita boleh memastikan kuasa, hak dan martabat Bumiputra di negara kita akan tercapai. Tanpa kuasa politik, walaupun kita desak, apa jua perjuangan kita tak akan tercapai," katanya.
Diminta mengulas khabar angin yang mengatakan punca dia meletak jawatan kerana kecewa tidak mendapat projek besar, Arman menganggapnya sebagai fitnah.
"Ini semua fitnah. Saya tidak pernah melobi apa apa projek dan tak terfikir tentang projek selama berjuang dengan Perkasa," katanya.
Pada sidang media itu juga Arman memaklumkan menerima tawaran daripada parti kerajaan, pembangkang serta beberapa NGO. "Memang ada beberapa pihak datang menemui saya menawarkan jawatan dalam parti, tetapi saya belum bagi kata putus. Saya bukan memburu jawatan. Saya mahu menyertai parti yang memperjuangkan prinsip agama, bangsa dan negara.
"Tetapi mana ada parti politik yang benar-benar memartabatkan agenda agama Islam, bangsa Melayu dan tanah air? Sampai saat ini saya belum memberi kata putus. Saya kena lihat dulu parti mana yang benar-benar membawa prinsip seperti yang saya perjuangkan," katanya.
Arman juga mengetepikan soalan sama ada dia mempunyai cita-cita menjadi wakil rakyat. "Buat masa ini saya tak terfikir nak jadi wakil rakyat. Bagi saya perjuangan bukan terletak pada jawatan. Jawatan tak penting. Hari ini saya buktikan. Kalau saya gila kedudukan, saya tidak akan letak jawatan," tambahnya.
Menurut Arman dia telah menghantar surat perletakan jawatan kepada Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali menerusi faks dan SMS. Arman juga mengesahkan Ketua Wiranita, Raihan Sulaiman Palestine juga meletakkan jawatan serentak dengannya.
Arman berkata keputusan meletak jawatan difikirkan sejak tiga bulan lalu dan keputusan muktamad hanya dibuat malam tadi (Isnin) setelah dia solat istiharah
Beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO Petaling Jaya, berkata tidak takut dikenakan tindakan disiplin oleh parti kerana kelantangannya menyuarakan pendapat.
"Jika saya dipanggil biro disiplin, saya reda, tetapi mereka harus menunjukkan sikap keterbukaan menegur dan sebagainya. Jika kita tidak boleh menegur dasar dan sebagainya, baik jangan buat parti politik. Baik buat pemerintahan diktator," katanya. – 29/03/11.
Terima Kasih Sahabat2 Atas Sokongan Anda Semua..Takbir!!!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment