Sunday, April 3, 2011

Tahniah, Kasi Jgn Tak Kasi Al-Kitab!!!

Salam Sahabat2 Yg Dihormati, Isu Bible BM Ni Salah Satu Permintaan Dlm IFC Samada Kita Sedar Atau Tidak..

Lihat Bila Persatuan Mereka Bersatu Dalam Desakan Terhadap Kerajaan Dlm Isu Al Kitab, Tapi Sayang Mana Dia Hero2 Yang Memartabatkan Islam Dalam Negara, Kenapa Semua Diam!!!

Apa Yg Berlaku Hari Ni Akan Menentukan Masa Depan Generasi Akan Datang, JUTAAN TAHNIAH PD YG BERPELUK TUBUH DLM ISU BIBLE BM ATAU AL KITAB, TAHNIAH PADA PARTI ISLAM, ULAMAK ISLAM, BLOGGERS2 PEJUANG ISLAM DALAM ISU NI..

Tunduk Jangan Tak Tunduk, Hari Ni Kasi Betis Esok Nak Peha, Apa Ada Hal..Kita Semua Angguk Dan Senyum Jer Dlm Isu2 Sebegini..Jgn Menyesal Kemudian Hari!!!!!.

Saya Bukan Perkauman Atau Racist Dlm Isu Ini, Selama Ini Kita Selalu Bertoleransi Dan Menghormati Terhadap Semua Kaum Dan Agama Atas Dasar Kita Sebuah Negara Majmuk Dan Berbilang Bangsa, Tapi Ada Kalanya Mereka Juga Harus Menghormati Kita Sebagai Umat Islam Dan Kaum Majority, Tidak Lupa Negara Ini Meletakkan Islam Sebagai Agama Persekutuan Negara. Mrk Juga Harus Jaga Perasaan Dan Sensitiviti Org Islam Di Negara Ini...

Putrajaya tawar 10 formula selesaikan isu Alkitab

KUALA LUMPUR, 2 April – Kerajaan pusat mengumumkan 10 langkah – perkembangan terbaru bagi menyelesaikan isu Alkitab yang masih berlarutan - antaranya kitab Injil dalam semua bahasa, termasuk Bahasa Malaysia atau Indonesia boleh diimpot ke Malaysia.

Selain itu, sebagaimana diumumkan minggu lalu, Putrajaya juga memutuskan Alkitab juga boleh dicetak di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

"Ini adalah perkembangan baru yang seharusnya diterima dengan senang oleh kumpulan Kristian," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala (gambar) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan petang ini.

Keputusan 10 formula ini diumumkan ketika tinggal empat hari sebelum penamaan calon pilihan raya negeri Sarawak.

Formula penyelesaian lain ialah:

* Kitab Injil dalam bahasa etnik laik di Sabah dan Sarawak seperti Iban, Kadazan-Dusun dan Lun Bawang boleh dicetak dalam negeri dan diimpot masuk

* Bagi Sabah dan Sarawak yang mempunyai komuniti Kristian besar, tidak terdapat syarat kepada pengimpotan dan percetakan kitab Injil dalam Bahasa Malaysia/Indonesia dan bahasa asli lain. Syarat untuk cap "Penerbitan Kristian" dan juga nombor siri turut terkecuali dan tidak perlukan.

* Bagaimanapun, bagi menghormati komuniti Islam yang besar di Semenanjung Malaysia, Bible dalam Bahasa Malaysia/Indonesia mesti tertera dengan "Penerbitan Kristian" ("Christian Publication") dan tanda Salib pada kulit hadapan.

* Demi semangat 1 Malaysia dan akuan bahawa ramai yang berhijrah antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia, tidak terdapat larangan bagi mereka yang membawa kitab Injil dan bahan bacaan Kristian semasa melawati negeri-negeri tersebut.

* Arahan telah dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri untuk memastikan isu kitab Injil ini diimplementasi dengan cara berkesan mengikut keputusan ahli kabinet. Tindakan disiplin akan diambil terhadap pegawai yang gagal mematuhi peraturan mengikut Perintah-perintah Am. Taklimat akan diberikan oleh pegawai tertinggi kerajaan termasuk Peguam Negara, kepada penjawat awam yang releven untuk memastikan pemahaman yang menyeluruh dan pelaksanaan yang mengikut perintah.

* Bagi kitab Injil dalam Bahasa Malaysia/Indonesia yang disita di Kuching, Gideon, para pengimpot boleh memungut 30,000 kitab Injil tersebut tanpa sebarang kos. Ini adalah berikutan tawaran daripada kumpulan penderma Kristian untuk membiayai kos yang terlibat. Tawaran sama juga telah dibuat untuk pengimpot 5,100 kitab Injil dalam Bahasa Malaysia/Indonesia di Pelabuhan Kelang yang telah dipungut oleh Bible Society Malaysia minggu lepas.

* Lebih daripada isu Alkitab dalam Bahasa Malaysia/Indonesia ini, kerajaan mengekalkan komitmen untuk terus bekerja dengan kumpulan Kristian dan juga kumpulan penganut agama lain untuk mencari jalan penyelesaian bagi isu-isu agama demi mengekalkan persefaham antara agama dan penyelesai mengikut Perlembagaan negara dan Undang Undang di Malaysia. Bagi mempercepatkan penyelesaian terhadap isu ini, Perdana Menteri Malaysia akan bertemu dengan wakil daripada Persekutuan Kristian Malaysia (CFM)

* Anggota Kbinet yang beragama Kristian turut akan bertemu dengan wakil daripada kumpulan-kumpulan Kristian untuk membincangkan isu-isu agama dan mencari jalan penyelesaian bersama lementerian yang relevan dan Perdana Menteri.

Idris berkata, "adalah harapan saya agar jalan penyelesaian yang berdasarkan 10 aspek yang telah dikemukakan diterima oleh kumpulan Kristian secara positif, adil dan munasabah."

Beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Pemudah berkata, "kita harus mencari jalan penyelesaian yang berkenaan isu kitab Injil dalam Bahasa Malaysia/Indonesia dan mesti mengambil kira bagaimana isu-isu yang akan datang dapat dihadapi dengan kumpulan-kumpulan Kristian."

Katanya, adalah malang isu Alkitab tercetus akan tetapi, demi menghormati Lent, marilah "kita mengambil situasi ini untuk membuat pengorbanan, pendamaian dan pengampunan."

"Dalam sejarah negara kita, banyak yang telah dicapai, namun begitu, banyak juga ketidaksempurnaan.

"Kerajaan dan para penjawat awam hanya manusia biasa yang dikaryakan secara cantik dan indah oleh Tuhan tetapi sememangnya setiap insan penuh dengan kekurangan tersendiri. Untuk setiap ketidaksempurnaan dalam menangani isu kitab Injil ini, kami berharap para penganut Kristian dapat memaafkan kami," kata Idris lagi.

Idris juga berkata, di Gereja yang beliau lawati iaitu SIBKL, "kami telah memanjangkan doa untuk kebangkitan agama Kristian secara rohani untuk kepentingan semua rakyat and negara ini."

TAHNIAH SEMUA, BERI, KASI JGN TAK IKUT....
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments: