Saturday, May 21, 2011

AL FATIHAH PADA MANGSA KORBAN RUMAH ANAK YATIM








Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Sahabat2 Yang Di Hormati.

Semalam 21hb Mei 2011 Hari Yang sedih Dan Menyayat Hati Saya Bila Sebuah Rumah Anak Yatim Di Hulu Langat Menjadi Mangsa Tanah Runtuh.



Maklumat Pertama DiTerima Drpd Biro Aduan Belia-Majlis Belia Malaysia Yang Melaporkan Penghuni Rumah Anak Yatim di Kampung Sungai Gahal, Ulu Langat, Dipercayai Tertimbus Akibat Tanah Runtuh, 2 Petang ,Setelah Mendapat Maklumat Saya Bergegas Ke Sana Bersama Rakan2 Pemuda PJ Utara Untuk Turut Menjadi Sukarelawan.




Setiba Saya di lokasi, Syukur Alhamdulilah Sdr Azhar Ketua Pemuda UMNO Bhg Hulu Langat Sedang Mengetuai Misi Bantuan Tersebut Di Rumah Yatim Yang Tertimbus, Lembah Azwin Sg Semungkis Tanah Runtuh Menimpa Rumah Anak Yatim.



Bertemu Rakan2 Sahabat2 Pemuda Umno, PAS, PKR Yg Turut Turun Sebagai Sukarelawan Di Hulu Selangor Syukur Alhamdulilah fahaman Politik Di Tepikan, Tetapi Semangat Sukarelawan Untuk Kerjasama Dalam Misi Bantuan.



TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin Akan Melawat Tmpt Kejadian Kira2 Jam 10mlm , Di Lokasi Pemimpin Kerajaan Seperti Dato Sri Noh, Dato Wira Ali Rustam, Dato Shaziman, Dato Liow Tiong Lai, Dato Azeez Rahim, Ketua Wanita Selangor YM Dato Raja Ropiaah, Dato Johan Juga Pemimpin PAS Dr Hassan Ali.Hujan Sudah Berhenti Kira2 9.30malam, Tapi Operasi Penyelamat Masih Di Teruskan Utk Cari Lagi Mangsa Yang Hilang,Tanah Lumpur Menyukarkan Operasi Menyelamat.





Bersyukur Dapat Membantu Sebagai Sukarelawan Membantu Mangsa Tanah Runtuh, Tersentuh Dan Sedih Serta Menyayat Hati Melihat Tubuh2 Kecil Yg Terkorban, Aduyaaaiii Kaki Sebelah Kiri Melecet Dan Sebelah Kiri Bengkak Pulak, Sabor Jer Lar Cubaan Allah SWT, Sama2 Kita Sedekahkan Al-Fatihah Pada Yg Terkorban.

No comments: