Monday, May 23, 2011

Tahniah DS Nazri,Isu Biasiswa Bumiputra

Salam Sahabat2 Yang Di Hormati,

Tak Abis2 Isu Biasiswa Bumiputra Di Pertikaikan Oleh Wee Ka Siong Dan Tony Pua, Apa Lagi Yang Mereka Ni Tak Puas Hati, Sedangkan Hak Biasiswa Bagi Bumiputra Sudah Terang2 Termaktub Dalam Perlembagaan Negara.

Tahniah,Cantik Bahasa Pemimpin Orang Cina Hari Ini, Pertikai Biasiswa Bumiputra,Masa Yang Sama, Desak Iktiraf Sijil SM Cina,Mintak Tambah Sek Cina,Apa Lagi Diaorg Nak Mintak, Kalau Kita Pertikai Dan Tegur Dikatakan Kita Ni Racist Dan Perkauman, Abis Kalau Tak Pertahankan Nak Diam Jer Ker ?

Apa Pun Tahniah Pada DS Nazri Berani Secara Terang2 Pertahankan Isu Ini Di Kala Pemimpin2 Lain Diam Berpeluk Tubuh Takut Hilang Kerusi Empuk.

Di Bawah Ni Artikel Di Malaysian Insider :

Najib tak pernah janji semua pelajar cemerlang biasiswa, tegas Nazri
Oleh Clara Chooi

May 24, 2011

KUALA LUMPUR, 24 Mei — Sementara rasa tidak puas hati terus meningkat dari pelbagai sudut, Datuk Seri Nazri Aziz menegaskan Putrajaya tidak pernah menjanjikan biasiswa kepada kesemua pelajar yang mencatatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM untuk belajar di luar negara.
Sebaliknya kata beliau, kerajaan hanya komited untuk memastikan setiap pelajar cemerlang diberi jaminan tempat di institusi tempatan dan luar negara dengan biasiswa.

"Kami tidak pernah kata kesemua pelajar 9A+ akan dihantar ke luar negara.

"Tetapi kami ada menjanjikan bahawa mereka akan mendapat tempat sama ada di universiti tempatan atau luar negara," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Nazri (gambar), yang bertanggungjawab ke atas soal biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bertuju bahawa kerajaan ada memperuntukkan 1,500 biasiswa luar negara kepada pelajar cemerlang tetapi menekankan bahawa daripada jumlah itu, hanya 300 diberi berdasarkan merit kepada mereka yang memperoleh 9A+.

Baki 1,200 geran luar negara, kata beliau, diagihkan kepada mereka yang layak mengikut empat kategori iaitu Bumiputera Sabah (lima peratus), Bumiputera Sarawak (lima peratus),  komposisi sosial atau komposisi kaum (60 peratus) dan golongan kurang berada dari segi sosial (10 peratus).

Tambah beliau, biasiswa itu hanya akan dianugerahkan kepada pemohon-pemohon yang berjaya dalam temu bual kendalian JPA.

Bagaimanapun mereka yang tidak memenuhi syarat itu masih diberi biasiswa untuk belajar di universiti tempatan, kata Nazri.

Jelas beliau, buat masa sekarang daripada 360 pelajar yang tertakluk dalam kategori merit, hanya 300 diberi biasiswa manakala 60 gagal memperoleh biasiswa luar negara.

"Ini bermakna mereka mungkin atau mungkin tidak layak untuk memperoleh baki 1,200 geran yang disediakan. Ini bergantung pada prestasi ketika temu duga," katanya.

"Kemungkinan mereka yang tidak memperolehnya, mungkin tidak menunjukkan prestasi yang baik ketika temu duga.

"Kami mengambil kira bukan sahaja keputusan mereka, tetapi juga aktiviti kokurikulum dan bagaimana mereka berjaya dalam temu duga," kata beliau.

Bagaimanapun katanya, jika mereka gagal dalam temu duga, mereka masih akan memperoleh tempat di universiti tempatan.

Sehubungan itu, Nazri terus berhadapan dengan kritikan Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong yang mendakwa wujud salah guna kuasa di JPA.

Wee, yang juga Timbalan Menteri Pelajaran, mengetuai protes dengan pada minggu lalu mendakwa 363 pelajar yang memperoleh kesemua A+ telah gagal memperoleh biasiswa meskipun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada tahun lalu bersetuju agar kesemua pelajar yang merekodkan 8A+ dan ke atas akan menerima biasiswa JPA.

Penelitian The Malaysian Insider menunjukkan kenyataan Najib tahun lalu mendedahkan bahawa perdana menteri ada menjanjikan biasiswa kepada kesemua pelajar memperoleh 9A+ untuk belajar di universiti dalam dan luar negara.

"Jadi, jika anda tiada fakta, jangan bercakap. Saya ada ahli-ahli Parlimen pembangkang yang cuba membantu pelajar, datang berjumpa dengan saya... mereka tidak pergi kepada media.

"Tetapi Wee, sebagai MP BN dan seorang timbalan menteri, pergi kepada media dan menjerit di umum untuk publisiti murahan tanpa datang berjumpa saya untuk melihat isu yang sebenar," kata Nazri.

 


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments: