Tuesday, May 3, 2011

Ulangtahun 54Tahun Kongres Melayu

Salam Sekali Lagi Sahabat2 Yg Saya Hormati,

Utk Pengetahuan Semua 54tahun Dahulu Harini Pada Tahun 1957 Kongres Melayu Ke-2 Diadakan Di Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru Untuk Gagalkan Suruhanjaya Reid cabuli Hak Org Melayu Dan Ianya Menjadi Satu Lakaran Dalam Sejarah Msia.

Suara Anak2 Muda Semangat Nationalis Muda Melayu Khususnya UMNO Telah Bangkit Dan Berani Menentang Suruhanjaya Tersebut Sehingga Gagal. Kini Adakah Sejarah Kebangkitan Suara Anak Muda Akan Kembali Pertahankan Negara Ini Drpd Penjajahan Minda Yg Berlaku Tanpa Disedari Oleh Masyarakat Msia Kini. Kongres Tersebut Juga Mendapat Sokongan Drpd Parti PAS, Parti Negara...Etc Kerana Ketika Itu Semangat Nationalisme Amat Tinggi Dalam Diri Pemimpin2 Melayu. Adakah Masih Ada Semangat Itu Kini Dlm Diri Kita ?

Kini Sudah Ada Si Kitol Moden Yang Dilihat Mula Menyebabkan Perpecahan Orang2 Melayu Bukan Sahaja Itu, Kini Kita Lihat Intergrasi Kaum2 Di Negara Ini Yg Sebelum Ini Hidup Dengan Aman, Makmur Dan Muhibbah Telah Di Ganggu Gugat Utk Kepentingan Sesetengah Individu Utk Mendapat Kuasa. Adakah Gerakan Seperti Ini Baik Atau Hanya Akan Mengulangi Sejarah Hitam Negara Iaitu 13hb Mei 1969.

Saya Rasakan Rata2 Generasi Muda Tidak Mahu Perkara Sebegini Berlaku, Kerana Idealisme Anak Muda Kini Berbeza Tetapi Harus Ada Sifat Nationalisme Yg Kental Dalam Diri Kita Utk Kita Sayangi Negara Kita Utk Terus Kekal Maju.

Suara Anak Muda Kini Memainkan Peranan Penting Dalam Mencorakkan Hala Tuju Negara Di Masa Hadapan. Kebangkitan Suara Anak Muda Yg Matang Dan Sifat Cintakan Negara Amat Penting. Kita Sebagai Anak Muda Harus Ada Sifat Amanah Dan Tanggungjawab Keatas Kemajuan Dan Pembangunan Negara. Kebangkitan Semangat Nationalis Dalam Diri Anak Muda Amat Penting.

Pihak Pemimpin Negara Harus Menerima Suara Kepimpinan Anak Muda Sebagai Perubah Landskape Negara. Anak2 Muda Harus Diberikan Peluang Utk Menjadi Suara Rakyat Khususnya Suara Anak Muda Sebagai Pengubal Dasar Belia Negara.

Anak2 Muda Juga Harus Mainkan Peranan Yg Lebih Pro Aktif Dan Matang Dlm Membicarakan Tentang Isu2 Semasa, Jgn Gunakan Emosi Utk Membuat Keputusan Kerana Selalunya Bila Membuat Keputusan Melalui Emosi Keputusan Itu Merupakan Keputusan Yg Salah. Harus Mengambil Keputusan Dengan Akal Dan Fikiran Matang Serta Tanggungjawab Nationalis Utk Memajukan Negara Ini.

Negara Ini Mencapai Kemerdekaan Suatu Ketika Dahulu Salah Satu Sebabnya Adalah Kerana Kepimpinan Anak2 Muda Yg Beridealisme Dan Bersemangat Nationalis Bagi Menentang Para Penjajah Kerana Sayangkan Negara. Maka Kini Kebangkitan Semangat Suara Anak Muda Yang Berjiwa Nationalis Kental Amat Di Perlukan Utk Memantapkan Negara. JOM KITA KEMBALIKAN KEYAKINAN SUARA ANAK MUDA SEBAGAI PEMANGKIN PERUBAHAN NEGARA. WASALAM.

-Armand-
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

1 comment:

Rimau Saka said...

anak muda adalah pejuang negara, bangkit dari berjuang dengan semangat kental. anak muda jiwanya keras semangatnya panas , perjuangan belum selesai . masa banyak onak dan duri menanti dihadapan . zaman datuk dan nenek telah berlalu kini kita penyambung obor perjuangan semarakan kecintaan bangsa ,agama dan negara.. sdr armand.. anda pelopor pejuang muda..kami bersedia berjuang dengan mu. bawalah kami sebagaimana kamu sebelum ini.. pimpimin la saf-saf perjuangan agar tembus kubu-kubu jahanam pegkhianat negara.. allah hu akbar.