Friday, July 22, 2011

PERJUANGAN BERLANDASKAN 6666 AYAT





Assalamualaikum Sahabat2, Ramai yang bertanya bagaimana yg dikatakn ayat2 di dlm Al-Quran itu ada 6666 ayat...

Al-quran merupakan wahyu yang tidak dapat diubah atau dipinda.Al-quran sebagai pelengkap kepada semua kitab sebelumnya.



Pelbagai kaedah digunakan oleh ulama islam untuk mengira bilangan ayat. justeru itu,pelbagai nombor telah dikeluarkan.namun begitu,jumlah bilangan ayat yang berbeza bukan bererti mengurang atau menambah ayat cuma pendekatan yang digunakan sahaja yang berbeza.

Bagaimana dan siapa yang mengeluarkan jumlah ayat al-quran 6666?. Jumlah yang menunjukan bilangan ayat al-quran 6666 ialah terdapat didalam kitab Aqidah Al-Najin muka surat 99 daripada Abi Hasan.(Kitab boleh didapati dikedai buku pustaka muda ipoh,Jaafar Rawas kota bharu atau kedai jualan kitab lama).

Jumlah bilangan ayat yang disusun oleh ulama tersebut ialah:
1000 ayat al-Quran berkaitan menyuruh membuat kebaikan
1000 ayat al-Quran berkaitan mencegah kemungkaran
1000 ayat al-Quran berkaitan Janji diberi pahala
1000 ayat al-Quran Janji dibalas seksa
1000 ayat al-Quran berkaitan ayat membandingkan dengan sesuatu.
1000 ayat al-Quran berkaitan dengan Kisah dan Khabar
500 ayat al-Quran Berkaitan Halal dan Haram
100 Ayat Al-Quran berkaitan dengan Doa dan Tasbih
66 Ayat al-Quran berkaitan dengan Nasakh dan Mansuh.
Jumlah keseluruhan ialah 6666.



sehubungan itu,kaedah pengiraan diatas adalah salah satu kaedah untuk menyusun ayat al-Quran mengikut kajian bagi mendalami isi dan makna al-Quran.





Sehubungan dengan itu,umat islam yang berjaya ialah yang bertaqwa kepada Allah S.W.T.Beramal dengan perintah Allah s.w.t dan meningalkan semua larangannya.Insyallah kita termasuk dalam golongan yang mendapat Rahmat disisi Allah s.w.t."



Wahallahualam..Salam Perjuangan

1 comment:

Anonymous said...

salam perjuangan yg belum selesai..

http://xpressminda.wordpress.com/2011/07/23/arwah-baharuddin-mati-kerana-dipukul-polis/

artikel ni berkenaan rawatan & risiko CPR utk menjawab tohmahan pembangkang.