Saturday, August 13, 2011

DAP berjaya hapuskan Azan di Penang





PAS Youth today declared its support for Penang Fatwa Council's decision to prohibit the use of loudspeakers for the recital of the Quran before dawn prayers. Wow, if Umno Youth said the same thing, they wud be labelled as anti islam or worst kafir if not already. Great job PAS!



Larangan bacaan Al-Quran guna pembesar suara pada waktu subuh
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang telah mengeluarkan arahan larangan bacaan Al-Quran guna pembesar suara pada waktu subuh mengikut laporan berita harian 12 Ogos 2011. Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang mengeluarkan arahan supaya semua masjid dan surau di seluruh Pulau pinang mematuhi arahan tersebut seperti didalam surat pekeliling yang telah dikeluarkan oleh mereka.



Arahan menghentikan bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh dikatakan bercanggah dengan hukum syarak kerana boleh mengganggu orang yang berada di dalam dan di luar masjid. Arahan itu selaras dengan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri pada 7 April lalu dan surat pekeliling mengenai larangan sudah dikeluarkan pada 3 Ogos lalu dan diedarkan kepada semua jawatankuasa kariah masjid.

PENGERUSI Kariah Masjid Padang Menora, Hamir Mahamud menunjukkan pekeliling JHEAIPP melarang bacaan al-Quran dengan menggunakan pembesar suara daripada masjid dan surau ketika ditemui di Padang Menora Tasek Gelugor.



Saya nak tanya apa komen anda tentang berita ini…
Belum lagi reda tentang isu bantuan kewangan gereja kepada orang Islam di Malaysia timbul lagi isu baru kali ini, di Pulau Pinang pula masjid dan surau tidak lagi di benarkan memperdengarkan bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara. Isunya kenapa Majlis Fatwa pulau Pinang baru nak keluarkan fatwa yang ianya haram, sedangkan sudah lama amalan itu di amalkan bukan sahaja di negeri Pulau Pinang malah amalan memperdengarkan bacaan Al-Quran ketika subuh diamalkan di seluruh negara.



Kenapa negeri lain tidak keluarkan fatwa yang sama kenapa majlis fatwa kebangsaaan tidak keluarkan fatwa yang sama. Adakah orang di negeri Pulau Pinang sahaja yang terganggu dengan bacaan Al-Quran ketika Subuh. Bagaimana dengan orang kelantan, orang kedah, orang perak tidakkah mereka terganggu.



Biasanya bacaan Al-Quran diperdengarkan sebelum masuk waktu subuh sebelum azan berkumandang. Samaada dimainkan melalui cd ataupun di baca sendiri oleh orang yang datang awal subuh ke masjid atau surau. Bukan sahaja waktu subuh diperdengarkan bacaan Al-Quran, tetapi lain-lain waktu juga sperti sebelum waktu maghrib, Asar dan juga zohor. Mungkin kadang-kadang volume pembesar suara mereka terlalu tinggi sehingga mengganggu, masalah tersebut boleh di selsesaikan dengan menegur jawatankuasa masjid dan mengadakan perbincangan dengan mereka supaya memperlahankan volume pembesar suara mereka.



Saya rasa di tempat anda juga masjid dan surau bebas untuk dengarkan bacaan Al-Quran ketika sebelum masuk waktu. Begitu juga ketika ada ustaz menyampaikan ceramah dan tazkirah, pembesar suara digunakan. Tujuannya untuk menyampaikan kepada orang yang tak datang pada majlis tersebut dengan harapan mereka dapat mengambil tahu walau satu patah perkataan yang di sampaikan.




Mula-mula dilarang perdengar bacaan Al-Quran pada waktu Subuh, kita tak tahu lepas ini apa akan berlaku, mungkin waktu lain juga akan menyusul larangan serupa. Apakah pandangan umat Islam di Pulau Pinang dan pandangan umat Islam di Malaysia. Bagaimana Pas di pulau Pinang apa pendapat anda? Surau-surau pas juga akan dilarang berbuat demikian. Saya yakin ada orang yang menerima larangan ini dengan perasaan yang begitu seronok sekali dan ada juga yang kesal dengan larangan ini.

Mereka yang suka dengan larangan ini adalah mereka yang tidak mahu tidur mereka diganggu dengan mimpi-mimpi yang enak di waktu subuh di mana ianya adalah waktu yang paling susah untuk kita bangun dan ke masjid walhal hanya 2 rakaat sahaja.Kita juga ambil maklum siapa yang memerintah Pulau Pinang dan siapa majoritinya. Anda tengok dan anda fikirlah sendiri. Malah di negeri diperintah orang Islam itu sendiri pon masih bercelaru dan kekurangan inikan pula kuasa di tangan orang bukan Islam. Marilah kita berfikir apa acuan Islam yang kita perlu pada hari ini.??



Kadang-kadang kita terlepas subuh kerana tiada siapa yang mengejutkan kita. Tapi akan ada orang yang akan kata itu hal masing-masing, kubur lain-lain. Kalau siapa ingat suatu ketika di negeri Selangor berkenaan isu azan, tetapi di pulau pinang mereka bertepuk tangan…Orang Islam bangkitlah….Majlis Fatwa kebangsaan dan negeri negeri lain tolong kaji tentang isu larangan ini…

Pembesar suara-al-Quran: Kerajaan negeri tak terlibat, kata Exco
August 12, 2011

GEORGE TOWN, 12 Ogos — Kerajaan Pulau Pinang menyerahkan kepada pentadbiran masjid atau surau di negeri itu membuat pertimbangan sendiri sama ada mahu menggunakan sistem pembesar suara untuk mempendengarkan bacaan al-Quran dan zikir sebelum waktu subuh atau sebaliknya.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Abdul Malik Abul Kassim berkata, sebagai pentadbir institusi agama, pihak masjid dan surau bagaimanapun sewajarnya menghormati keputusan Majlis Fatwa Pulau Pinang yang memutuskan bahawa bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara sebelum waktu subuh adalah dilarang menurut hukum syarak.



“Majlis Fatwa yang dipengerusikan oleh Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Hassan Ahmad pada 6 Jun lepas memutuskan perbuatan berkenaan boleh mengganggu orang lain sama ada yang berada di dalam atau di luar masjid,” katanya dipetik Bernama Online.

Sebuah akhbar tempatan hari ini memetik pekeliling Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang yang mengarahkan semua masjid dan surau di negeri itu menghentikan penggunaan sistem pembesar suara ketika bacaan al-Quran pada waktu sebelum subuh kerana amalan itu bercanggah dengan hukum syarak dan boleh mengganggu orang lain di dalam dan luar masjid.

Abdul Malik berkata kerajaan negeri dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang tidak terlibat dalam keputusan Majlis Fatwa dan meminta perkara berkenaan tidak dipolitikkan.



“Saya hanya tahu perkara ini setelah membaca laporan sebuah akhbar tempatan, selepas itu saya menghubungi Majlis Fatwa dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung perkara berkenaan.

“Mufti berada di luar negara dan akan pulang hari ini, satu sidang akhbar berhubung perkara berkenaan akan diadakan dalam tempoh terdekat,” katanya.

Ditanya faktor yang mempengaruhi keputusan yang dibuat Majlis Fatwa itu, beliau berkata:”Saya berpendapat keputusan yang dibuat oleh Majlis Fatwa adalah berdasarkan pemerhatian dan situasi semasa serta pandangan umum berhubung bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara”.

No comments: