Wednesday, August 24, 2011

Tahniah Ustaz Fathul Bari - Ulama Politik - Untuk Dakwah atau Parti?



Telah disampaikan kepada Keris akan berita mengenai Wacana Ilmiah Sinar Harian yang berlangsung pagi tadi dengan Tajuk ''Ulama Politik, Untuk Dakwah Atau Parti''. Panelis yang menjadi panelis adalah :

Dato Tuan Ibrahim Tuan Man (Ketua Penerangan PAS Pusat)
Tan Sri Harussani Zakaria (Mufti Negeri Perak)
Fathul Bari Mat Jahaya (Ulama Muda UMNO)

Bersama Moderator Prof. Madya Dr Mohd Asri Zainal Abidin yang sering mengeluarkan kenyataan-kenyataan berkenaan isu agama yang mengelirukan.

Sebagai orang muda yang berfikir secara sinikal dan kritikal mengenai isu politik di Malaysia, Keris amat mengagumi pemahaman serta perjuangan beliau di dalam mengubah persepsi rakyat mengenai Islam di dalam UMNO dengan tertib dan berhemah. Beliau dapat menerangkan kedudukan Islam sebagai salah satu perjuangan UMNO serta keberkesanan peranan beliau sebagai Ilmuwan Muda UMNO. Inilah sebahagian drpd Transformasi Pemuda UMNO dlm Isu2 semasa. Tahniah Ustaz Fathul Bari ( Ulamak Muda Umno )

No comments: