Monday, September 19, 2011

PVTM NGO YANG BERKHIDMAT TANPA PUTUS ASA



Persatuan Veteran Tentera Melayu(PVTM) ditubuhkan pada 4/2010 di luluskan pada 27/1/2011 demi menjaga kebajikan Ahli2, Balu2 bekas tentera PVTM, Oku bekas tentera PVTM, Anak-anak bekas tentera PVTM & Wargamas bekas tentera PVTM. kami PVTM juga menyatukan NGO2, menyokong pihak kerajaan serta tegur pihak kerajaan.







Kini PVTM merupakan salah satu NGO yang bergerak aktif dalam negara khususnya dalam menjaga kebajikan veteran tentera malah seisi keluarga bekas-bekas anggota beruniform yang telah berbakti dan berkhidmat pada Negara.

Persatuan Veteran Tentera Melayu Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PVTM) yang disahkan penubuhannya,akan memberi tumpuan kepada bantuan untuk kelompok kecil bekas tentera khususnya yang berada di kawasan pinggir bandar juga bandar bagi membolehkan mereka memperoleh bantuan selayaknya.











Ketika ini, Ahli Jawatankuasa (AJK) persatuan sudah mula bergerak ke beberapa kawasan bagi membela nasib golongan terbabit selain mengalu-alukan penyertaan sebagai ahli.

Presidennya, Mohd Ali Baharom, berkata terdapat sembilan kawasan dimasuki pihaknya untuk tujuan menyalurkan bantuan antaranya Sepang, Kajang, Puchong, Hulu Selangor, Ampang, Klang, Cheras dan Kepong.

Katanya, pihaknya berharap bekas tentera di kawasan berkenaan memberi kerjasama dengan mendaftar sebagai ahli bagi menyemarakkan kembali hubungan baik sesama mereka seperti sering ditekankan ketika berkhidmat.









“Penubuhan PVTM bermatlamat memberi bantuan kepada rakan seperjuangan kita dari kalangan bekas tentera sama ada darat, laut mahupun udara banyak menabur bakti sepanjang tempoh perkhidmatan.



Bantuan diberi berbentuk khidmat nasihat, khidmat saluran maklumat mengenai bantuan atau saluran seperti Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) untuk memudahkan berurusan.
PVTM akan membantu menyelesaikan masalah dihadapi secara berperingkat dan sistematik dan diharap bekas tentera berjaya dalam perniagaan tampil membantu PVTM memperbaiki kekurangan dalam persatuan.

Menghargai sumbangan askar veteran,duka sejarah hidupnya,menabur jasa dan bakti demi masa depan agama, negara dan anak bangsa




Program Persatuan Veteran Tentera Melayu Jejak Balu-balu Tentera & Polis di Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Begitu Konsisten Sejak Di Tubuh hingga Kini.‎





Alhamdulilah kini 3 Presiden Gabungan PVTM,PBTM & PBPM Bersatu demi prinsip perjuangan yang sama iaitu menjaga kebajikan veteran dan bekas anggota beruniform telah ke Majlis Memperingati Perjuang Negara bertempat Balai Polis Bukit Kepong Muar Johor Pada 13 Sept 2011.



Soalan saya disini, Dikatakan Kerajaan kini menghargai jasa-jasa mereka menjaga keselamatan Negara.Kenapa tidak diberikan Kedudukan SENATOR Pada Kedua2 Persatuan Yang Mewakili Bekas Veteran Anggota Tentera dan Bekas Veteran Anggota Polis Yang konsisten aktif dalam menjaga kepentingan dan kebajikan anggota mereka.







Apa2 Pun Tahniah PVTM Semoga Allah Swt Berkati dan Permudahkan Urusan Anda, Saya selaku Presiden Gerakan Suara Anak Muda 1Malaysia Senantiasa Akan Menyokong Pihak Yang konsisten Dan Aktif Dlm Perjuangan Kebajikan Dan Memartabatkan Agama,Bangsa Dan Tanah Air..

No comments: