Monday, October 31, 2011

Apo Si Aizli Nasimuddin GWM Buat Kat Sabah Pulak?



Tahniah kepada GREAT WALL MOTORS (GWM) MALAYSIA Kini di Sabah,

Hari Ini Adalah Satu Detik Sejarah Dlm Hidup Azli Nasimuddin Selaku CEO Green Oranges Sales & Services Sdn Bhd Anak Muda Yang Berusia 27tahun Telah Mengembangkan Sayap GWM Ke Sabah Hari Ini 31hb Okt 2011



Kini GWM Malaysia Sudah Mempunyai Pengedar di Sabah Dibawah Syarikat Yang Mempunyai Pengalaman Lama Dalam Industri Kereta di Sabah Iaitu FOOK LOI CORPORATION (SABAH) SDN BHD (382237-P)Mile 5.5, Lorong Kurma 1, Jalan Inanam, 88450 Kota Kinabalu, Sabah.

Fook Loi Corporatian Yang Membuka Rangkaian GWM Sabah Di Tiga Lokasi Utama Iaitu Kota Kinabalu, Sandakan Dan Tawau.

Ketua Pegawai Eksekutif Green Oranges, Mohd. Azli SM Nasimuddin berkata, pasaran pick up di Malaysia banyak didominasi oleh jenama dari Jepun dan kemasukan pick up Wingle 5 akan memberi banyak pilihan kepada pengguna.

“Pick Up ini akan dipasang di Gurun Kedah dan akan dijual pada harga bawah RM70,000,” katanya kepada di sini dan rasakan Sabah akan Menjadi salah satu negari yang akan menjual terbanyak kenderaan model Wingle 5 kerana ianya kenderaan mampu milik rakyat Malaysia"



Pick up Wingle 5 2.5L berenjin disel bercaj turbo akan mula menjadi taruhan Green Oranges untuk bertapak di Malaysia selepas mendapat sambutan yang menggalakkan di pasaran Australia.

Sebagai rekod, sebanyak 12,000 buah Wingle 5 telah dijual sepanjang tahun lalu di Australia.

Mohd. Azli berkata, GWM berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat bagi pasaran di rantau ini khususnya bagi pasaran pemanduan sebelah kanan.

Beliau berkata, kapasiti pengeluaran kilang Green Oranges di Gurun mampu mengeluarkan hampir 15,000 buah setahun.

Berdasarkan kepada keupayaan pemasangan, Green Oranges mampu mengeluarkan lebih banyak pick up untuk pasaran tempatan namun GWM meminta untuk mengukuhkan penguasaan pasaran terlebih dahulu.

Selain itu pihaknya juga merancang untuk mengeksport 1,000 buah sebulan ke Australia jika berdasarkan kepada permintaan pasaran di negara tersebut.

Katanya, kilang pemasangan itu mampu ditingkatkan kepada proses pemasangan secara lengkap merangkumi bahagian cat, pemasangan badan kenderaan dan lain-lain.

Malah pemasangan tempatan juga turut membantu lebih banyak vendor membekalkan peralatan bagi tujuan pemasangan Wingle 5 di masa depan.

Terima Kasih Sabah.

No comments: