Wednesday, October 5, 2011

BAJET 2012 - HARAPAN ANAK MUDA



Bajet 2012 – Inisiatif Untuk Golongan Berpendapatan Rendah

Inisiatif kerajaan yang akan diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2012 Jumaat ini diyakini dapat menangani kesulitan yang dihadapi oleh golongan berpendapatan rendah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau memberitahu persidangan Dewan Rakyat bahawa setiap inisiatif yang akan diumumkan adalah berdasarkan kepada komitmen kerajaan untuk mengurangkan defisit fiskal negara.



Datuk Seri Najib membayangkan hadiah mengejut menanti rakyat dalam pembentangan Belanjawan Negara 2012 bulan depan.

Selain kejutan itu, beliau menegaskan teras kepada bajet itu memberi fokus kepada penjanaan kekuatan ekonomi domestik ketika berhadapan suasana ekonomi dunia yang tidak menentu kini.

"Bajet itu mesti memberi keyakinan kepada permintaan dalaman sebab dengan persekitaran luaran yang lemah dan tidak menentu, kita perlu bersandarkan kepada permintaan dalaman, jadi bajet ini mesti merangsang pelaburan."

Belanjawan Negara 2012, akan dibentang di Dewan Rakyat 7 Oktober ini .



MINGGU BELANJAWAN...SEMOGA KERAJAAN LIHAT DAN BANTU GENERASI MUDA DLM BUDGET TAHUN NI, ANAK MUDA PEMANGKIN PERUBAHAN NEGARA, KEPENTINGAN ANAK MUDA DRPD SEGI

1)EKONOMI

2)PENDIDIKAN

3)KEBAJIKAN

MERUPAKAN PERKARA ASAS BAGI ANAK MUDA YG SEHARUSNYA DIBERIKAN KEUTAMAAN OLEH PIHAK KERAJAAN, JUGA HARAP KENAIKAN GAJI MINIMA KERANA MAJORITI ANAK MUDA DIDALAM GOLONGAN GAJI MINIMA TERKINI.

SAYA MEWAKILI DRPD GERAKAN SUARA ANAK MUDA 1MALAYSIA. HARAP SUARA ANAK MUDA DI TERIMA PAKAI DAN DIAMIK PEDULI DALAM BAJET 2012..

ANAK MUDA MERUPAKAN GENERASI YANG AKAN MEWARISI NEGARA SATU HARI NANTI. SUARA ANAK MUDA SUARA TRANSFORMASI, SUARA PERUBAHAN , SUARA KERAMAT...HARGAI LAH ANAK MUDA.

No comments: