Friday, October 21, 2011

SI AZLI NASIMUDDIN NI SASAR APA PULAK NI?



AZLI NASIMUDDIN Sasar lima peratus pasaran PICK UP MALAYSIA

Oleh WAN NAJIB WAN DAUD
bisnes@utusan.com.my

Mohd. Azli SM Nasimuddin
Ketua Pegawai Eksekutif Green Oranges

KUALA LUMPUR 5 Sept. - Green Oranges Sdn. Bhd. (Green Oranges), pemasang dan pengedar kenderaan GWM di Malaysia menyasarkan penguasaan lima peratus pasaran kenderaan pikap di Malaysia yang berjumlah 40,000 buah setahun.

Great Wall Motor (GWM) yang berpusat di China merupakan syarikat pembuat kenderaan milik swasta pertama disenaraikan di Bursa Saham Hong Kong yang memiliki 30 anak syarikat serta 38,000 orang pekerja.

Antara produk utama GWM termasuklah kenderaan utiliti sukan (SUV) Haval, sedan Voleex dan pikap Wingle.

Pada tahun ini, syarikat itu telah berkeupayaan mengeluarkan 800,000 buah kenderaan dan peralatan selain menghasilkan sendiri peralatan utama dan aksesori seperti enjin, transmisi dan lain-lain.

Ketua Pegawai Eksekutif Green Oranges, Mohd. Azli SM Nasimuddin berkata, pasaran pikap di Malaysia banyak didominasi oleh jenama dari Jepun dan kemasukan pikap Wingle 5 akan memberi banyak pilihan kepada pengguna.

“Pikap ini akan dipasang di Gurun Kedah dan akan dijual pada harga bawah RM80,000,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Pikap Wingle 5 2.5L berenjin disel bercaj turbo akan mula menjadi taruhan Green Oranges untuk bertapak di Malaysia selepas mendapat sambutan yang menggalakkan di pasaran Australia.

Sebagai rekod, sebanyak 12,000 buah Wingle 5 telah dijual sepanjang tahun lalu di Australia.

Mohd. Azli berkata, GWM berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat bagi pasaran di rantau ini khususnya bagi pasaran pemanduan sebelah kanan.

Beliau berkata, kapasiti pengeluaran kilang Green Oranges di Gurun mampu mengeluarkan hampir 15,000 buah setahun.

Berdasarkan kepada keupayaan pemasangan, Green Oranges mampu mengeluarkan lebih banyak pikap untuk pasaran tempatan namun GWM meminta untuk mengukuhkan penguasaan pasaran terlebih dahulu.

Selain itu pihaknya juga merancang untuk mengeksport 1,000 buah sebulan ke Australia jika berdasarkan kepada permintaan pasaran di negara tersebut.

Katanya, kilang pemasangan itu mampu ditingkatkan kepada proses pemasangan secara lengkap merangkumi bahagian cat, pemasangan badan kenderaan dan lain-lain.

Malah pemasangan tempatan juga turut membantu lebih banyak vendor membekalkan peralatan bagi tujuan pemasangan Wingle 5 di masa depan.

No comments: