Tuesday, October 18, 2011

SUARA ANAK MUDA 1MALAYSIA BERSAMA HIMPUN



SUARA ANAK MUDA 1MALAYSIA (SAM1M) Akan Bersama Di Perhimpunan Sejuta Umat (Himpun) yang akan diadakan pada 22hb Oktober ini di Stadium Shah Alam adalah suatu peringatan kepada semua pihak agar menghormati dan sensitif terhadap kedudukan Islam di negara ini.

Perhimpunan betujuan menyuarakan secara lantang dan berterus-terang bahawa umat Islam ingin hidup secara aman dan damai di negara ini mengikut lunas undang-undang dan kerangka Perlembagaan Persekutuan.

SUARA ANAK MUDA 1MALAYSIA (SAM1M) percaya umat Islam adalah komuniti yang sangat bertoleransi untuk hidup secara harmonis dengan penganut agama lain sebagaimana telah dibuktikan semenjak 1957.



Walaupun sejarah umat Islam dimurtadkan dan dinafikan hak untuk melaksanakan undang-undang Islam ke atas umat Islam sendiri, SUARA ANAK MUDA 1MALAYSIA (SAM1M) yakin selagi kedudukan Islam dan pegangan umat Islam dihormati dan tidak dicerobohi, umat Islam masih boleh hidup dengan penuh hormat dengan penganut agama lain.
Apa matlamat HIMPUN?



Ia bermatlamat menyatukan umat Islam dalam satu saf yang sama untuk menegaskan pendirian mempertahankan akidah Islam. Ia akan merupakan “permuafakatan akbar” seluruh umat Islam tanpa mengira aliran mahupun kepentingan agar bersatu mempertahankan akidah.



HIMPUN juga bermatlamat mengangkat keprihatinan, menggugah kesedaran dan menuntut tindakan supaya pihak-pihak yang berkuasa serta pihak yang berniat untuk menggugat akidah umat Islam berhenti daripada meneruskan agenda itu.

HIMPUN meletakkan hadaf yang utama iaitu memastikan bukan sahaja akidah Islam dipertahankan malah penghayatannya hendaklah disemarakkan agar seluruh aspek kehidupan umat akan tunduk dan diselaraskan dengan prinsip yang terkandung dalam makna akidah tauhid berdasarkan al-Quran dan as-sunnah.

Sementara itu kami juga ingin menyampaikan mesej kepada seluruh rakyat berbilang kaum dan agama di negara ini bahawa umat Islam mahu kedudukan istimewa Islam dihormati. Matlamat kami ialah agar jangan dilihat isu murtad ini isu sampingan dan dilihat dari sudut kebebasan beragama seperti negara lain.



Apakah acara yang akan berlaku dalam HIMPUN?


Perhimpunan akan diserlahkan dengan acara yang memenuhi matlamat tersurat dan tersirat iaitu menyatukan umat Islam dengan kalimah tauhid dan membina kekuatan menangkis segala rancangan pihak luar untuk menghakiskan kuasa umat Islam dan menukar pegangan umat Islam.

HIMPUN akan menghadirkan pemidato-pemidato khas dari dalam dan luar negara untuk menyatakan keperluan semua umat Islam mengambil sikap waspada terhadap gugatan akidah.

Apakah HIMPUN melibatkan politik?

HIMPUN mengundangkan seluruh umat Islam dari semua kelompok. Ia merentas aliran politik. Ia tidak didalangi oleh kelompok politik tetapi didokong oleh seluruh umat.

Perhimpunan ini hanya mahu menumpu kepada persoalan pegangan akidah umat Islam yang mahu diperkukuh dan dipertahankan. Mana-mana umat Islam dari mana-mana aliran politik diundang bersama-sama memikul tanggungjawab agar semua kaum Muslimin bersatu atas akidah tauhid.

Apa kesan yang diharap akan dicapai oleh HIMPUN?


HIMPUN berharap umat Islam akan berhimpun secara besar-besaran seterusnya berlanjutan menjadi saluran penyuaraan umat untuk mengangkat isu akidah dan kedudukan Islam di negara ini.



Malah HIMPUN boleh menjadi penggerak supaya ia akan menyatukan umat Islam di peringkat nasional dan serantau.

Pelbagai gerak kerja lanjutan di peringkat negeri dan daerah akan dilaksanakan. Kempen nasional dan serantau akan digerakkan secara massa bagi membangkitkan kesedaran berpersatuan di kalangan umat Islam. Risalah, buku serta forum mengenai murtad akan diketengahkan kepada masyarakat.

Gerakan Suara Anak Muda 1Malaysia Berdiri Teguh Dalam Martabat Agama Islam, Bangsa Malaysia dan Tanah Air...Allahuakbar..Allahuakbar..Allahuakbar

No comments: