Monday, November 14, 2011

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN DAN PERTANDINGAN PIDATO POLITIK PIALA PERDANA MENTERI 2011





PERTANDINGAN PIDATO POLITIK PIALA PERDANA MENTERI 2011

1.0 SYARAT-SYARAT PENYERTAAN DAN PERTANDINGAN

1.1 Peserta

1.1.1 Terbuka kepada semua warganegara Malaysia berbilang kaum.

1.1.2 Peserta mestilah berumur di bawah 40 tahun.


1.2 Penentuan Tajuk

1.2.1 Tajuk-tajuk pidato untuk pertandingan disenaraikan sebanyak 30 tajuk.

1.2.2 Peserta boleh memilih mana-mana tajuk untuk disampaikan dan boleh
mencadangkan tajuk sendiri yang dipersetujui pihak urusetia.

1.3 Sistem Pertandingan

1.3.1 Pertandingan akan diadakan dalam Bahasa Malaysia

1.3.2 Peserta akan menyampaikan Pidato dengan tema
”SUARA GENERASI MUDA 1 MALAYSIA”.

1.3.3 Pemidato akan menyampaikan pidato masing-masing dengan tajuk yang telah
disediakan terlebih dahulu menggunakan medium Bahasa Malaysia.

1.3.4 Pertandingan ini terbahagi kepada 4 peringkat iaitu Peringkat ’Screen Test’,
Saringan, Separuh Akhir, dan Akhir.

1.3.5 5 orang peserta terbaik pada Peringkat Saringan akan dipilih untuk bertanding
di Peringkat Separuh Akhir.

1.3.6 Format untuk Peringkat Saringan dan Peringkat Akhir adalah berbeza.

1.3.7 Peringkat Saringan : Pemidato diberi masa 7 minit untuk menyampaikan pidato
berdasarkan tajuk yang telah pun dipilih sejak awal.

1.3.8 Peringkat Akhir : Pemidato diberi masa 7 minit untuk menyampaikan pidato
berdasarkan tajuk yang telah pun dipilih sejak awal. Manakala pada 3 minit
tambahan, pemidato dikehendaki menjawab soalan panel hakim.

1.3.9 Sistem permarkahan untuk kedua-dua peringkat ini juga adalah berbeza.



2.0 PERMARKAHAN

2.1 Pembahagian Markah ( Peringkat Saringan )

(a) Isi (35 markah)
Pemidato akan diadili dari segi pengutaraan isi-isi yang bernas, data-data yang tepat serta logik termasuk penghuraian.

(b) Penyampaian (25 markah)
Pemidato akan diadili dari segi persembahan yang lancar, kesesuaian nada serta persembahan yang menyakinkan penonton. Pemidato juga perlu menunjukkan gaya yang menarik dan susunan idea yang tertib.

(c) Bahasa (25 markah)
Pemidato akan diadili dari segi penguasaan bahasa yang baik, jelas dan tepat (struktur dan sebutan) serta gaya yang berkesan iaitu tepat kepada maksud yang hendak disampaikan.

(d) Adab (10 markah)
Kritikan terhadap isu-isu sensitif seperti agama, bangsa, kebudayaan dan peribadi serta perlakuan atau tutur kata yang kurang sopan akan menyebabkan kehilangan markah. Perlakuan peserta sepanjang pertandingan juga akan dinilai.

(e) Markah Bonus (5 markah)
Pemidato akan dinilai daripada segi keseluruhan persembahan dan perwatakannya.



2.2 Pembahagian Markah ( Peringkat Akhir ) ** tertakluk pada pindaan.

(a) Isi (35 markah)
Pemidato akan diadili dari segi pengutaraan isi-isi yang bernas, data-data yang tepat serta logik termasuk penghuraian.

(b) Penyampaian (25 markah)
Pemidato akan diadili dari segi persembahan yang lancar, kesesuaian nada serta persembahan yang menyakinkan penonton. Pemidato juga perlu menunjukkan gaya yang menarik dan susunan idea yang tertib.

(c) Bahasa (15 markah)
Pemidato akan diadili dari segi penguasaan bahasa yang baik, jelas dan tepat (struktur dan sebutan) serta gaya yang berkesan iaitu tepat kepada maksud yang hendak disampaikan.

(d) Adab (5 markah)
Kritikan terhadap isu-isu sensitif seperti agama, bangsa, kebudayaan dan peribadi serta perlakuan atau tutur kata yang kurang sopan akan menyebabkan kehilangan markah. Perlakuan peserta sepanjang pertandingan juga akan dinilai.

(e) Markah Bonus (5 markah)
Pemidato akan dinilai daripada segi keseluruhan persembahan dan perwatakannya.

(f) Pidato Spontan / Jawapan (15 markah)
Pemidato akan dinilai dari jawapan yang diberikan semasa menjawab soalan yang diberikan.


3.0 Pemenang akan ditentukan mengikut dua kaedah iaitu kaedah ’ranking’ dan
kaedah pengiraan markah.

4.0 Setiap Panel Hakim akan menyenaraikan kedudukan pemidato dan mata diberikan
kepada pemidato dengan mata maksimum untuk kedudukan paling atas. Kiraan mata
setiap pemidato akan dijumlahkan dari kesemua panel hakim dan pemenang adalah
berdasarkan pungutan mata tertinggi.

5.0 Jika didapati dua atau lebih peserta yang mendapat mata yang sama, maka
pemenangnya akan ditentukan berdasarkan jumlah markah yang diperoleh dari
kesemua panel hakim. Jika keputusan masih terikat, pemenang akan ditentukan
dengan mengambil kira kombinasi markah tertinggi bagi isi dan cara
penyampaian dan jika masih ada lagi persamaan , hakim akan mengambil kira
kombinasi markah bagi isi, cara penyampaian dan bahasa sebagai asas
penentuan.


6.0 KAEDAH PERTANDINGAN

6.1 Pemidato akan diberi masa selama 7 minit sahaja untuk berpidato (peringkat
saringan ) dan 3 minit untuk sesi soal jawab. ( peringkat akhir )

6.2 Loceng akan dibunyikan sekali 2 minit sebelum masa tamat dan loceng akan
dibunyikan dua kali bila masa tamat.

6.3 Apabila loceng berbunyi dua kali menunjukkan masa telah tamat dan markah
tidak akan diberikan oleh hakim kepada peserta yang masih berpidato selepas
masa tamat.

6.4 Pemidato yang membaca nota-nota atau teks-teks semasa berpidato akan dipotong
markah.

6.5 Kritikan terhadap isu-isu yang berkaitan dengan politik, agama, bangsa dan
kebudayaan atau terhadap keperibadian seseorang adalah dilarang. Pengerusi
majlis berhak mengarahkan untuk berhenti berpidato

6.6 Penggunaan bahasa dan tutur kata yang kurang sopan adalah dilarang sama
sekali

6.7 Pemidato-pemidato dilarang sama sekali menuding jari mereka atau menunjukkan
genggaman tangan mereka kepada penonton untuk melahirkan emosi mereka.

6.8 Pengerusi majlis berhak menegur pemidato yang melanggari peraturan di atas.

6.9 Peserta hanya boleh memulakan pidato mereka setelah menerima kebenaran
daripada daripada hakim untuk memulakannya.

6.10 Pemidato hendaklah hadir di tempat pertandingan empat puluh lima minit (45
minit) lebih awal untuk tujuan pengesahan pertandingan

7.0 HAKIM

7.1 Tiga orang hakim berkelayakan akan menghakimi pertandingan pada peringkat
saringan dan empat orang hakim yang berkelayakan akan menghakimi peringkat
akhir.

7.2 Dua orang pembantu akan berada bersama dengan hakim semasa pertandingan iaitu
seorang penjaga masa dan jurukira markah.

7.3 Ulasan dan komen hakim oleh ketua hakim akan diberi selepas pertandingan
berakhir.

7.4 Keputusan Hakim adalah muktamad. Sebarang rayuan tidak akan dilayan.


8.0 TAJUK

1. Muafakat Bangsa, Negara Terbela
2. Budaya Bangsa Malaysia, Mekanisme Perpaduan
3. Petunjuk Prestasi Utama Teras Kecemerlangan Kepimpinan Negara
4. Sejauh mana GTP, PTP Dan ETP dirasai rakyat?
5. Hak Asasi Manusia Teras Keharmonian Sejagat
6. Penghayatan Rukunegara Penentu Kecemerlangan Malaysia
7. 1 Malaysia Kunci Kesejahteraan Negara.
8. Budget 2012 – Siapa Yang Tidak Realistik?
9. Perlembagaan : Pusaka yang Perlu dijaga
10. Budaya Memfitnah, Trend Politik Masa kini?
11. Beza Berpolitik Untuk Kukuh Agama Dengan Guna Agama Untuk Kukuhkan Politik
12. Hak Asasi Manusia Teras Keharmonian Sejagat
13. Perang: “Menang Jadi Arang, Kalah Jadi Abu”
14. Hudud – Di antara Tuntutan Syarak Dan Modal Politik
15. Anak Muda Kini Hanya Berfikir Soal Ekonomi Diri?
16. FELDA – Pengusaha Ladang Terbaik Atau Pengusaha Yang Muflis?
17. Warisan Seni dan Budaya, Tunjang Kecemerlangan Sejagat
18. Adakah Dunia Tanpa Semapadan Pemacu Kegemilangan?
19. Mampukah Malaysia Mencapai Taraf Negara Maju?
20. Kecemerlangan Pendidikan Perlu Dikongsi Bersama
21. ISA – Antara Menjaga Keamanaan Dan Hak Asasi Individu
22. Perubahan Demi Kebaikan Dan Perubahan Demi Kuasa, Apa bezanya?
23. Perpaduan UMNO-PAS, Apa faedahnya?
24. Keadilan Ekonomi, Teras Keamanan Negara
25. Kepimpinan Berintegriti, Bangsa Bermaruah
26. Komunis - Pejuang atau Petualang?
27. Wajarkah Demonstrasi Menjadi Tunjang Demokrasi?
28. Kebejatan Moral Pemimpin Mempengaruhi Rakyat
29. Antara Mendapat Segulung Ijazah dan Berpolitik di Universiti,mampukah ia
seiring?
30. Sebarang Tajuk Yang Peserta Pilih Dan Diluluskan Penganjur

No comments: