Monday, January 2, 2012

Saya Anak Malaysia



Wahai manusia bergelar pemimpin dan rakyat...
Sejarah semakin kita lupakan
Adat dan nilai kita ketepikan
Pengetahuan agama mula diperkotak-katikkan
Politik dan kuasa menjadi keutamaan
Kepentingan diri menjd tujuan!



Sampai bilakah mahu sedar
Sampai bilakah mahu insaf
Jangan nasi menjadi bubur
Jangan rebung menjadi buluh
Sudah terhantuk baru nak terngadah
Ketika itu tiada guna menangis lagi
Nasi sudah menjadi basi
Yang dikejar tak dapat
Yang dikendong berciciran.



Masa masih tersisa
Mahu berubah atau diubah
Semuanya ada di dalam diri
Tepuk dada tanya selera
Jangan sia-siakan pengalaman lalu
Jangan sia-siakan pengorbanan orang terdahulu
Keharmonian ini harus kita pertahankan
Berpadu atas nama ukhuwah
Bersatu teguh bercerai kita roboh!

Sayangi Malaysia, Yakini BN...
Post a Comment