Sunday, January 15, 2012

TAHNIAH, PROTON KINI MILIK DRB-HICOM



KUALA LUMPUR, 16 Jan — Khazanah Nasional Berhad hari ini akan mengumumkan DRB-Hicom telah memenangi bidaan dengan kepentingan sebanyak 42.7 peratus pegangan saham dalam Proton Holding Berhad, dengan harga jualan RM6 seunit untuk keseluruhan jumlah bernilai RM1.4 billion, menurut sumber.

Syarikat berkenaan memilih jutawan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary, pemilik DRB-Hicom sebagai pembeli untuk saham-saham tersebut walaupun terdapat tawaran lain. Turut difahamkan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah dimaklumkan berkenaan pembelian tersebut.



“DRB-Hicom telah berjaya dalam bidaan tersebut, dan akan diumumkan pada Isnin ini,” menurut sumber berkenaan.

Sumber lain pula mengesahkan penjualan berkenaan, Khazanah berpuas hati dengan penawaran sebanyak antar RM6 dan RM8 sesaham. Saham Proton ditutup pada RM5.18 seunit pada Jumaat lepas, dan memberinya modal pasaran besar bernilai RM2.8 billion.

Dengan anggaran harga jualan RM6 sesaham, pembelian kepentingan Khazanah dan saham-saham selebih pembuat kereta nasional itu perlu membayar sejumlah lebih daripada RM3.29 billion.



Pengarah Urusan Khazanah, Tan Sri Azman Mokhtar sebelum ini berkata, dana tersebut akan menjual keseluruhan blok saham Proton, dan sekiranya ia terjadi, maka akan berlakunya penawaran awam.

Pihak yang bertanggungjawab terhadap pembelian tersebut ialah Pengerusi Proton Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh , dan DRB Hicom, manakala beberapa pihak lain dikatakan adalah Naza Group, dan rakan kongsi bersama Sri Arumugam Apavoo Packiri dan Gerald Lopez of Genii Capital. UMW Holdings Bhd,



Sime Darby Bhd dan Tan Chong Motor Holdings Bhd menafikan dakwaan mereka mempunyai minat terhadap Proton.

DRB-Hicom telah menyerahkan bidaan tersebut kepada pembuat kereta nasional itu pada 9 Januari lalu.

“DRB-Hicom melihat Proton Holding Berhad sebagai pemain industri automotif yang penting dan DRB-Hicom sentiasa menunggu peluang untuk mengambil peluang yang bermanfaat untuk mengembangkan perniagaan,” menurut DRB-Hicom sebagai respon ketika bursa saham.

Laporan berita terdahulu memetik penasihat Proton, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Khazanah Nasional akan menjual kepentingan 42.7 peratusnya dalam Proton kepada DRB Hicom. Dia juga berkata dia menentang tawaran awam untuk semua saham jika DRB Hicom memenangi tawaran tersebut.



Arkitek projek kereta nasional itu telah bekerja keras sejak 1980an sebaik sahaja menjadi perdana menteri dan memastikan identiti Ptoron terpelihara dengan memastikan rakyat tempatan menguasai syarikat tersebut.

Beliau dengan lantang menentang cadangan Khazanah untuk menjual kepentingan syarikat kepada syarikat Jerman pada 2007 wlaaupun perjanjian terbabit akan memanfaatkan Proton untuk memperluaskan rangkaiannya berikutan Volkswagen berhasrat untuk mengeksport keretanya ke Asean.



Aset bersih Proton sesaham adalah RM9.80, tetapi saham-saham tersebut kurang memuaskan ekoran pendapatannya yang berkurang dan perbelanjaan yang tinggi untuk subsidiarinya di UK, Lotus International.

Dalam pasaran domestik, Proton telah kehilangan penguasannya terhadap pasaran terhadap pembuat kereta nasional Perodua, dan pada masa sama, kenderaan asing sedang menguasai pasaran automotif tempatan dengan persekitaran yang lebih liberal.

Aset utama Proton adalah tiga kilang pengeluarannya, tetapi sama ada DRB-Hicom akan membayar untuk premuim tersebut, khazanah hanya berkata akan tunggu dan lihat tindakan seterusnya.

Terdapat juga laporan yang mengatakan bahawa pembuat kereta daripada Amerika General Motor berminat untuk membeli 50 peratus kepentingan kilang Proton di Tanjung Malim pada harga RM800 juta, dibawah harga keseluruhan membangunkan keseluruhan fasiliti tersebut yang bernilai RM1.8 billion.

Sementara itu, turut timbul keraguan dalam kalangan dunia korporat kerana empayar perniagaan Syed Mokhtar yang terlalu luas, meliputi pelabuhan, perkhidmatan pos, bekalan kuasa, pertahanan, dan perkhidmatan kewangan.

SEMOGA PROTON AKAN TERUS BERKEMBANG MAJU KEHADAPAN...TAHNIAH PADA DRB-HICOM MILIK USAHAWAN BUMIPUTRA. SYUKUR ALHAMDULILAH.

No comments: