Monday, February 27, 2012

BUDIMU Tun Dr. Mahathir - Lukman Moidin



BUDIMU Tun Dr. Mahathir

Terima kasih Tunku Abdul Rahman…BAPA KEMERDEKAAN
Terima kasih Tun Abdul Razak… BAPA PEMBANGUNAN
Terima kasih Tun Hussein Onn… BAPA PERPADUAN
Al Fatihah.. Semoga roh mereka aman.

Jika hari ini …MALAYSIA BERJAYA
Jika hari ini….MALAYSIA TERNAMA
Jika hari ini…KITA BERBANGGA
Dan jika hari ini…MEGAHNYA MENJADI WARGANEGARA
Jika hari ini….TANAHAIR INI DIPANDANG MULIA..PERKASA BICARA
Jika hari ini…KEMAKMURAN TERASA
Sejarah keunggulan bermula …
Darimu……Tun Dr. Mahathir Mohamad

Kau arkitek Malaysia moden
Mewarnai wajah indah Malaysia
Melakar panorama memukau Putrajaya
Membentuk bangsamu merentas benua
Menghampar laluan membuka dunia
Memagar kekuatan membina nusa
Memacak tiang seri di persada maya
Menobat mahkota negara ke puncak mercunya

Budimu…tiada terbalas dengan kata-kata
Jasamu.. tiada ungkapan secantik bahasa
Kegigihan hidupmu menabur bakti
Allah S.W.T. jua membalasnya

Bangsamu berbangga,kerana kau milik kami
BAPA KEMERDEKAAN PEMIKIRAN
BAPA PEMBANGUNAN BERWAWASAN
BAPA PERPADUAN BERILTIZAM

Baktimu tetap subur menyinar
Sebagai permata bernilai negara
Jasamu harum semerbak
Sebagai negarawan berwibawa
Namamu terpahat ..Cemerlang, Gemilang dan Terbilang
Dalam Sejarah Peradaban Dunia

Lukman Moidin
Kuala Nerang
Post a Comment