Thursday, March 15, 2012

DS NAJIB BUAT MAJLIS ANAK DI MALAYSIA, BUKAN BAWAK LARI ANAK ORG NIKAH KAT SIAM CAM SIAPA??



Merujuk kepada isu yang dibangkitkan oleh Pengarah Penipuan PKR, Rafizi Ramli bahawa perbelanjaan pertunangan anak perempuan YAB Perdana Menteri di Hotel Shangri-La. Sebenarnya isu ini tidak akan timbul melainkan ada pihak yang menjual maklumat kepada puak pembangkang ini. Maklumlah zaman sekarang duit menjuarai motivasi diri berbanding undang-undang negara mahupun rukun iman dan rukun Islam sebagai seorang muslim dalam hal berkenaan wang. Ada ungkapan anak muda yang menyebut,"Asal dapat sapu je bro!''.



Berkata tentang isu penjualan maklumat kepada pihak pembangkang, Saya melihat situasi ini sebagai satu perkara yang tidak punya etika dalam perniagaan. Pihak pengurusan Hotel Shangri-La harus berwaspada dan mengambil serius tentang bagaimana invois tersebut boleh berada ditangan individu diluar pejabat Shangri-La.



Siasat siapa yang 'menjual' maklumat itu kerana ini merupakan perancangan secara terang-terangan untuk mencalarkan imej pemimpin nombor satu negara. Dimanakah letaknya integriti dan akauntibiliti sesuatu organisasi didalam privasi perkhidmatan pelanggan jika sebarang maklumat pelanggan berada di tangan orang lain? Isunya disini tidak kira mana-mana syarikat mahupun industri yang memberi khidmat kepada pelanggan contoh bank, hotel, telco dan sebagainya harus memahami dan memandang serius privasi dan kesulitan pelanggan. Ini merupakan satu isu menyeluruh kerana bukan tidak pernah kita mendengar kisah kakitangan sektor swasta atau awam yang dibicarakan di mahkamah kerana pertuduhan rasuah, memplagiat karya orang lain, membuat tuntutan palsu, menjual maklumat sebut harga atau tender, menyalahgunakan kedudukan dan kemudahan pejabat untuk kepentingan peribadi, merakam waktu masuk dan keluar pejabat untuk orang lain, memfitnah dan mengumpat rakan sekerja untuk menghalang kenaikan pangkat, memburukkan pemimpin dan pekerja sendiri dan menjalin hubungan intim yang berlebihan dengan staf di bawah seliaan.



Itu semua akan berlaku sekiranya etika perniagaan tidak diamalkan secara mendalam dalam mana-mana organisasi. Jangan sampai masyarakat hilang kepercayaan untuk berurusan. Keris sendiri kini sudah was-was untuk berada di mana-mana hotel jika benar ada maklumat akan dijual. Jika mengikut sudut pandangan Islam, menjual maklumat sama seperti memecah amanah. Islam mengutuk semua perbuatan rasuah, menipu, pecah amanah dan mungkir janji.

Saya mendesak supaya pihak pengurusan Hotel Shangri-La menyiasat dan membuat tindakan yang bijak dalam menangani hal ini kerana ia melibatkan privasi perkhidmatan pelanggan. Kini pihak pengurusan hotel boleh berterima kasih kepada Rafizi Ramli kerana sekarang sudah banyak pihak tidak percaya untuk membuat sebarang majlis di sana lagi. Ramai sudah mula mempersoalkan integriti dan privasi mereka di mana-mana hotel. Pada siapa harus dipersalahkan? Yang menjual maklumat ataupun yang mendedahkan maklumat? Yang terkesan kini adalah imej Perdana Menteri sendiri namun dalam masa yang sama pihak hotel Shangri-La juga telah hilang kredibiliti dalam industri perniagaan. Apalagi pihak hotel saman sahajalah Rafizi!



Pihak PMO yang masih tenang dan telah kehadapan secara profesional dalam menangani isu ini, Keris mahu ucapkan tahniah. Jangan khuatir kerana rakyat tahu siapa yang lebih banyak berbohong daripada bekerja untuk mewakili rakyat. Perdana Menteri masih nombor satu di hati rakyat!



Sebelum ini PKR mendakwa majlis pertunangan yang berjumlah RM409,767 itu dibiayai oleh Pejabat Menteri (PMO) ekoran invois yang dialamatkan secara terus kepada pejabat berkenaan. Walaupun kenyataan PMO dan pihak hotel sebelum ini yang menafikan bahawa kos tersebut dibayar PMO sebaliknya ianya dibayar sendiri oleh DS Najib dan keluarganya, ianya dilihat masih gagal menyakinkan banyak pihak.



Benarkah selaku seorang Perdana Menteri beliau tidak akan mampu berbelanja hampir setengah juta hanya untuk satu majlis pertunangan?

Menurut satu sumber yang diemelkan (dihantar oleh seseorang yang mendakwa ini tangga gaji PM & TPM tahun 1997-1999 semasa Anwar Ibrahim menjadi TPM) - tangga gaji bagi seorang Perdana Menteri pada tahun 1999 serta Timbalannya adalah :

1. Gaji Pokok RM18,000 – sulit, tidak boleh didedah (OSA).
2. Elaun Keraian RM10,500.00 – tidak sulit.
3. Elaun Perumahan RM10,800.00 – tidak sulit.
4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00 – tidak sulit.
5. Elaun parking RM 5,700.00

Jika benar maklumat yang dikirimkan kepada saya di atas secara puratanya pendapatan bulanan bagi seorang Perdana Menteri adalah RM55,650.00.

Mengikut ilmu hisab yang saya belajar dari Siti Sifir - anggaran kasar pendapatan tahunan seorang Perdana Menteri adalah RM667,800.00 dan jumlah ini belum ditambah dengan lain-lain kemudahan serta elaun-elaun yang telah diperuntukkan kerajaan kepada PM dan TPM.

Jadi adakah seorang Perdana Menteri yang mana bapanya juga merupakan bekas Perdana Menteri tidak mampu untuk menampung kos berjumlah setengah juta jika dikira dengan pendapatan yang diperolehi oleh beliau?

Itu belum dikira dengan jumlah kekayaan yang dimiliki oleh...

Adik kepada DS Najib Tun Razak iaitu DS Nazir Razak dari CIMB Groups dan OSK Holdings (mengikut majalah Malaysian Bussiness tahun 2008) yang merupakan antara 40 individu terkaya di Malaysia dengan kekayaan sebanyak USD 100 juta.

Logikkah tuduhan PR bahawa DS Najib Tun Razak dan keluarga TIDAK MAMPU membiayai sendiri kos pertunangan sedangkan arwah bapa, adik beradik DS Najib Tun Razak mempunyai kekayaan sendiri yang mana ada diantara mereka memperolehi kekayaan sebelum DS Najib Tun Razak menjawat jawatan Perdana Menteri?

Harus diingat, individu yang melangsungkan majlis pertunangan iaitu Nooryana Najwa merupakan anak kepada Perdana Menteri Malaysia sudah tentulah DS Najib Tun Razak selaku bapa dan juga Perdana Menteri Malaysia perlu melaksanakan kedua-dua tanggungjawabnya iaitu dengan melangsungkan majlis yang melibatkan anaknya secara besar-besaran kerana tetamu yang dijemput melibatkan individu penting negara seperti DYMM Agong dan Permaisuri, Kerabat-Kerabat Di Raja dalam dan luar negara.



Mungkin PKR dan Rafizi Ramli lebih suka DS Najib Tun Razak tunangkan anaknya secara diam-diam, lepas itu nikahkan secara diam-diam di sempadan Siam akhirnya ianya menimbulkan fitnah dan syak wasangka sebagaimana Anwar Ibrahim lakukan kepada Kak Wan masa muda-muda dulu.



TAHNIAH YAB DS NAJIB DAN KELUARGA, SELURUH RAKYAT MALAYSIA TEGUH BERSAMA2 YAB DS NAJIB...FITNAH DAN DENGKI SUDAH JADI DARAH DAGING PR, TANPA BENDA TU PR AKAN TERKUBUR..

No comments: