Thursday, March 29, 2012

PEMILIHAN KOMPEM, SIAPA CALON2 NYA



Confirm, pemilihan akan diadakan Jun 2012. Pemilihan apa plak nie? Takkan pemilihan UMNO atau PAS. PKR dan DAP confirm tak lahkan sebab depa nie parti anak-beranak.


Jais Abd Karim, Presiden

Pemilihan yang aku maksudkan ialah Pemilihan Jawatankuasa Majlis Kerja Tertinggi Gabungan pelajar Melayu Semenanjung (GPMS). Khabarnya hebat gak persaingan kali nie, ramai yang dah turun berkempen kecuali Tuan Presiden.

Tahniah kepada sahabat aku, Jais Abd Karim yang bakal dinobatkan sebagai Presiden buat penggal kedua kerana tidak ada tokoh lain yang layak untuk menerajui GPMS untuk penggal yang seterusnya.

Pengerusi baru GPMS Selangor, namanya Ismadee Asmara Dato’ Ishak yang juga merupakan Ahli MKT GPMS Kebangsaan.


Ismadee Asmara Dato' Ishak

Kesian sahabat saya sdr Mohd Faizal Salleh telah disingkirkan dari jawatan walaupun ada pihak yang mengatakan beliau meletakkan jawatan. Kalau benar mana surat letak jawatan beliau.



Apa pun sabar jer lar bro, perjalanan masih jauh..Teruskan perjuangan anda bro.

Itu bukan persoalannya, yang penting adalah GPMS berada di landasannya untuk menjaga hak-hak, mengemukakan segala permintaan dan memperbaiki keadaan pelajar-pelajar Melayu dari segenap lapisan. GPMS Sedar harus dipatri dalam hati setiap pejuang dan penggerak GPMS….. Itu lebih utama.

Berbalik kepada persaingan dan perebutan jawatan dalam kepimpinan GPMS ini, ia akan bermula dari peringkat Timbalan Presiden. Khabarnya, dua nama yang bakal dilihat akan menduduki kerusi no 2 ini ialah Ezaruddin Abd Rahman yang juga Naib Presiden 2 GPMS selain Setiausaha Agung, Zambri Mohd Isa.

Namun jika dicongak-congak, Ezaruddin lebih selesa menduduki kerusi no 2 nie berbanding Zambri.

Cukup setakat di sini, selepas nie kita jengok pula calon-calon Naib Presiden GPMS. Nama-nama hebat juga yang berminat jawatan Naib ini … kita tunggu dan lihat perkembangan seterusnya…..

#HEHEHEHEH..RAMAI SAHABAT2 UMNO DUK GELISAH PASAL PEMILIHAN, SAMPAI ISU PEMILIHAN GPMS PUN SEMUA TERTUNGGU2 NAK TAU PEMILIHAN APA..OHHH LUPA SABTU NI ADA PEMILIHAN PIBG SEKOLAH ANAK SAYA, SESIAPA BERMINAT BOLEH MASUK NAMA..HEHEHEHEH.



JGN MARAH TAU, YANG PASTI PRU13 ADALAH AGENDA UTAMA KITA SEMUA, JOM BERSATUM BEKERJASAMA, FOKUS, TEKUN, YAKIN DAN TERUSKAN BERKHIDMAT PADA RAKYAT UNTUK PASTIKAN PRU13 MILIK BARISAN NASIONAL..
Post a Comment